10 Amalan Ibu Bapa Untuk Membentuk Anak Yang Soleh | 10 amalan yang baik diamalkan oleh ibu bapa, serta panduan bagi yang bakal menjadi ibu bapa dalam membentuk anak yang soleh. Tips keibubapaan ini dikongsikan oleh Prof Dr Muhaya.
10 Amalan Ibu Bapa Untuk Membentuk Anak Yang Soleh
1. Kirim bacaan Al-Fatihah untuk anak.
Kalau tiba-tiba teringatkan anak, kirimkan bacaan Al Fatihah untuknya. Sampai ke ayat “iyyakanakbudu waiyyakanastain“ – yang ertinya “Hanya kepada-Mu kami sembah dan hanya pada-MU pohon pertolongan..“, mintalah apa-apa hajat masa itu yang ada hubung kait dengan anak yang kita ingat tu.
Habiskan bacaan surah Al Fatihah, doakan semoga anak kita diberi kefahaman yang sebenarnya dalam urusan agamanya, memiliki ilmu yang bermanafaat, dan serahkan urusan anak kepada Allah untuk menjaganya.
2. Doa semasa anak tidur.
Pandang wajahnya semasa dia sedang tidur dan ucapkan bahawa, “Ibu nak (nama anak) jadi anak yang soleh sayang”. Cubalah amalkan. Ustaz kata, perbuatan ini seolah-olah kita bercakap dengan roh si anak. Ucapan ini adalah DOA. Dan, Allah maha mendengar lagi maha melihat.
3. Solat hajat di sisinya.
Masa bangun solat malam, buatlah solat hajat disisinya. Maksudnya, ibu ayah solat dalam bilik dia, dan dekat dengan dia. Jika kita selalu buat, dan kita juga selalu beritahu dia yang kita sering doakan dia, dia akan rasa satu ikatan kasih sayang yang hakiki yang kita amat sayangkan dia, dan nak dia jadi anak yang soleh. Anak akan tahu kita selalu solat hajat untuknya.
4. Amalkan Ayat 40 Surah Ibrahim.
Amalkan membaca ayat 40 dari surah Ibrahim, bertujuan supaya kita, anak dan zuriat keturunan kita termasuk dalam golongan orang-orang yang tetap mendirikan Solat.
“Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan solat dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.”
5. Minta dikasihani.
Ucapkan setiap masa bahawa kita ni sedang menunggu panggilan Allah. Jika dia tak jadi anak yang soleh, bermakna dia tak sayangkan kita, dan tentunya ibu ayah akan merana di Alam Barzah nanti.
6. Peluk anak selalu.
Peluklah anak selalu walaupun dia sudah besar, sebagaimana kita tatang dia masa kecilnya. Aura ciuman dan belaian ibu, sambil bisikkan padanya yang kita bangga mempunyai anak sepertinya.
7. Maafkan anak selalu.
Maafkan anak kita setiap masa walaupun perbuatannya amat melukakan hati kita. Muhasabbah diri. Mungkin kesilapan yang anak lakukan itu adalah kerana dosa-dosa ibu ayah di masa lampau.
8. Jaga tutur kata kita.
Jangan sekali-kali ucapkan perkataan yang boleh melukakan hatinya. Jika ini berlaku juga kerana ‘terkeluar’ dari mulut tanpa sengaja, cepat-cepat cari masa yang sesuai untuk kita minta maaf padanya. Mengakulah padanya itu kelemahan kita. Ibu ayah marah kerana anak buat salah, bukan bermaksud membenci. Ceritalah pelbagai cara, macam drama pun boleh.
9. Tekankan kepentingan peribadi mulia.
Selalu ingatkan anak bahawa tak guna ada pangkat, belajar tinggi, hatta hafal Quran sekalipun jika tidak mempunyai peribadi yang mulia. Allah tak pandang wajah yang cantik, tapi pandang hati yang cantik. Allah tak sayang, manusia tak suka.
10. Amalan ketika membasuh beras.
Basuh beras arah lawan jam (macam orang tawaf), sambil selawat kepada Nabi Muhamad S.A.W. Masa basuh beras, niatkan “Ya Allah lembutkanlah hati anak-anak ku (sebut nama anak) untuk memahami agama-Mu, sebagaimana engkau lembutkan beras ini menjadi nasi”.
Kenapa kita nak anak faham agama? Kerana anak yang tidak faham agama boleh bawa ibu ayah juga ke neraka. Masa buat kerja ini hati jangan lalai, ingat Allah selalu.
Jom ibu ayah kita amalkan bersama-sama. Semoga anak-anak kita membesar menjadi anak yang soleh dan musleh. Insya Allah… 😀
*DISCLAIMER
These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.
Kami ialah Pengedar Sah Shaklee anda di SETIA ALAM, Bukit Raja, Meru, Kapar, Klang dan Shah Alam. Penghantaran produk Shaklee menggunakan kurier ke seluruh Malaysia & Indonesia. Untuk order produk Shaklee, daftar keahlian, atau peluang jana pendapatan dengan Shaklee, hubungi:
Call/ SMS/ WhatsApp : 017-303 0081/ 012-218 0781
E-Mail : genkimomma@gmail.com
Masukkan No. ID Sponsor : 830022 jika daftar keahlian (Express Enrolment) di “Join Now“.
Noriza Rahman says
Memang amalkan juga ayat Ya Latif tu masa memasak dan basuh makanan pun..bagi lembut hati dan ingat kita selalu
GenkiMomma says
Betul, zikir “Ya Latif” untuk lembutkan hati anak.. Insya Allah…