“Abang nie dah Darjah 1. Kenapa lembab sangat, tak boleh membaca lagi?”
Aduh, kasihan anak-anak kita. Ibu ayah, janganlah terlalu cepat buat kesimpulan sebegitu. Cuba perhati anak betul-betul, kemungkinan anak anda ada disleksia.
Disleksia bukan suatu penyakit. Disleksia merupakan satu gangguan di dalam pembelajaran, iaitu gangguan kemampuan membaca dan menulis, dan biasanya di alami oleh kanak-kanak.
Dyslexia berasal dari perkataan Greek iaitu “dys” bermaksud “kesukaran”, manakala “lexia” bermaksud “bahasa”. Ringkasnya, disleksia bermaksud kesukaran dalam berbahasa.
10 Ciri-ciri Anak Anda Mungkin Disleksia
Kebanyakkan anak disleksia sukar untuk membaca, menulis, mengeja, memahami dan mengira. Ini kerana perbezaan otak berfungsi dalam menghubungkan simbol visual dengan bunyi.
Dianggarkan 4-8% pelajar sekolah mempunyai disleksia, di mana kanak-kanak lelaki lebih ramai bermasalah disleksia berbanding perempuan.
Ini 10 ciri-ciri anak anda mungkin mengalami disleksia.
Di peringkat pra-sekolah kanak-kanak disleksia mungkin akan:
- Lambat bertutur.
- Sukar tulis nama sendiri.
- Sukar kenal bentuk dan warna.
- Sukar menyebut perkataan beritma.
- Sukar menceritakan semula cerita yang didengarinya.
Di alam persekolahan, anak disleksia mungkin akan:
- Gagal kuasai tugasan sekolah seperti membaca, menulis, mengeja dan mengira.
- Kesilapan membaca huruf, perkataan atau nombor. Di baca terbalik.
- ‘b’ dengan ‘d’
- ‘was’ dengan ‘saw’
- 17 dengan 71. Contohnya, mulut sebut tujuh belas, tapi di tulis sebagai 71.
- Sukar memahami, mengingati dan mengikuti arahan.
- Keliru dengan konsep masa seperti ‘semalam, ‘hari ini’ dan ‘esok’.
- Kurang koordinasi seperti sukar mengikat tali kasut.
Sekiranya ibu ayah mendapati ciri-ciri ini ada pada anak tersayang, segeralah bawa berjumpa dengan doktor untuk pemeriksaan lanjut. Doktor akan buat ujian penilaian (assessment) untuk menentukan samaada anak anda disleksia atau tidak, dan juga tahap disleksia anak.
Masalah Yang di Alami Anak Disleksia
Di antara salah faham tentang anak dyslexia ialah, sering di salah sangka sebagai:
- Malas, kerana tidak suka membaca dan mengelak dari membaca.
- Lembab, kerana dah buat ulangkaji banyak kali pun masih tidak faham.
- Bodoh, kerana gagal nak buat tugasan yang diberi, walaupun tugasan mudah.
Jika disleksia tidak dikenal pasti di peringkat awal, boleh menyebabkan anak:
- Mengalami gangguan emosi, seperti kemurungan.
- Masalah tingkah laku, seperti kuat melawan dan kecelaruan tingkah laku.
- Pencapaian akademik merosot, dan mungkin boleh keciciran sekolah.
- Pembentukan imej diri terjejas. Rasa rendah diri.
Famous People with Dyslexia
Jika dikenalpasti di peringkat awal, diberikan sokongan dan rawatan yang betul, kanak-kanak disleksia boleh menjadi sama hebat dengan kanak-kanak normal.
Ramai orang disleksia punyai daya imginasi tinggi, amat kreatif dan mampu berfikir dari pelbagai sudut. Mereka juga dianugerahkan dengan kemahiran tangan ataupun sukan.
Berikut ialah beberapa individu terkenal dan popular yang mempunyai disleksia:
Antaranya ialah Albert Einstein (saintis), JF Kenndey (Perdana Menteri USA), Leonardo da Vinci (artis), Steve Jobs (pengasas Apple), Steven Spielberg (pengarah), Tom Cruise (selebriti), Mohammed Ali (world heavyweight champion boxer), Jamie Oliver (chef masakan) dan ramai lagi.
Dapatkan sokongan dan rawatan secepat mungkin, kerana kebanyakkan anak disleksia mampu berjaya seperti kanak-kanak lain, jika mendapat rawatan yang betul.
Kelebihan setiap anak disleksia tidak sama. Mari kita raikan keistimewaan tersebut.
Belang Tarung says
Tuhan dah jadikan dengan lengkap..jika ada terkurang di satu bahagian..mesti ada bakat lain yang akan menyempurnakannya..yang penting sabar
GenkiMomma says
Betul, sabar dan redha dengan ujian-Nya, Insya Allah…