10 Kebaikan dan Khasiat Zinc Complex | Cuba tengok kuku di jari jemari tangan anda. Ada tak sebarang tompok berwarna putih (white spots)?
Masa kecil-kecil dahulu orang cakap, kalau ada tompok-tompok putih di kuku maknanya ada orang yang rindu kat kita. 1 tompok sama dengan 1 orang. Maknanya, kalau ada banyak tompok putih tue kita famous lah! Hehehe… Rupa-rupanya mitos belaka.
Hakikatnya, kehadiran tompok putih di jari, Leukonychia, bermakna badan kita kekurangan nutrisi Zinc. Leukonychia berasal daripada perkataan Greek di mana leuko (putih) dan onux (kuku). Biasanya tompok putih ini disebabkan kecederaan pada dasar kuku di mana kuku terbentuk.
Ada pendapat mengatakan tompok putih ini disebabkan oleh kekurangan Zinc di dalam badan. NetDoctor menyarankan pengambilan 20 – 40mg Zinc sehari untuk mengatasi kekurangan mineral Zinc ini.
10 Kebaikan dan Khasiat Zinc Complex
Zink merupakan komponen penting dalam setiap sel tubuh. Ia memainkan peranan dalam tindak balas enzim, dan terlibat dalam pelbagai aktiviti biokimia. Zink diperlukan untuk pertumbuhan dan perkembangan yang normal, menguatkan ketahanan imun tubuh, juga penting untuk sintesis protein dan bahan genetik DNA.
10 khasiat Zink kepada tubuh kita:
- Penting untuk sintesis protein dan pembentukan kolagen.
- Mempercepatkan proses penyembuhan luka dalaman dan luaran.
- Menghilangkan tanda putih di kuku jari anda. Dengan kata lain, jika anda mempunyai banyak white spots di kuku, maknanya badan anda kekurangan nutrisi Zinc.
- Mengembalikan selera makan. Kurang selera makan juga petanda badan kekurangan Zinc.
- Membantu masalah ketidaksuburan (infertility). Zinc memperbanyakkan kuantiti sperma lelaki.
- Membantu mengelakkan masalah prostat.
- Membantu di dalam rawatan masalah mental (promote mental alertness).
- Mengurangkan tempoh dan kekerapan diserang demam (immune booster).
- Mengurangkan masalah rambut gugur dan kehadiran uban sebelum waktunya.
- Membantu penghasilan insulin, penting untuk pesakit Diabetes.
Banyak betul khasiat Zinc rupanya, walaupun nampak macam tak berapa penting sahaja.
Bagaimanakah Nak Dapatkan Khasiat Zinc Harian?
Sumber semulajadi bagi Zinc ialah daging merah, hati, makanan laut (terutama tiram), brewer’s yeast, biji labu, telur, susu rendah lemak dan ground mustard.
Namun, adakala kita tak dapat penuhi 100% nilai harian Zinc melalui makanan sahaja. Kebanyakan Zinc di dalam makanan musnah semasa diproses, dan adakala khasiat Zinc tue tak wujud langsung kerana tanah yang kurang nutrien.
Khasiat Zinc boleh didapati di dalam kebanyakan multivitamin dan multimineral yang berkualiti. Ada juga suplemen Zinc di kombinasi bersama Vitamin C, Vitamin B-Complex dan Magnesium.
Kebiasaannya Zinc boleh di beli di dalam bentuk suplemen Zinc Sulfate, Zinc Gluconate atau Zinc Picolinate di dalam dos berkadar dari 15mg ke 50mg. Zinc Sulfate dan Zinc Gluconate nampak macam sama efektif, tetapi sebenarnya, badan kita lebih mudah tolerasi terhadap Zinc Gluconate.
Zinc Plus Shaklee
Di Shaklee, suplemen Zinc dikenali sebagai Zinc Plus. Harganya RM56.25 (120 tablets).
Kelebihan Zinc Plus Shaklee ialah:
- 1 tablet memenuhi 100% nilai harian bagi zink – 15mg Zinc Gluconate.
- Dirumus dengan zink glukonat yang mempunyai ketersediaan bio yang tinggi dalam bes alfalfa dan barli panggang.
- Formula berasaskan sayur-sayuran.
Set Ibu Berpantang/ Luka Selepas Pembedahan
Khasiat Zinc Plus yang superb ini menyebabkan Zinc Plus di antara suplemen wajib di dalam Set Bersalin Shaklee. Kedua-dua ibu yang bersalin secara normal dan secara cesarian juga boleh mengambil Set Bersalin Shaklee.
Zink membantu penyembuhan luka di luar dan dalam dengan cepat dan cantik. Ada yang mengatakan kandungan zink adalah tinggi di dalam ikan haruan. Sebab itulah ibu-ibu selepas bersalin digalakkan makan banyak ikan haruan, atau pati ikan haruan.
Buat ibu-ibu yang kurang gemar makan ikan ataupun tak boleh nak telan pati ikan haruan (seperti saya!), bolehlah amalkan suplemen Zink Complex sebagai alternatif.
Bukan untuk ibu selepas bersalin sahaja, malah Zinc Complex juga berkhasiat membantu merawat luka akibat kecederaan, kemalangan, mahupun selepas menjalani pembedahan.
Testimoni Zinc dan GenkiMomma
Zinc Complex di antara 4 vitamin yang saya ambil selepas menjalani pembedahan Surgical Incission and Drainage pada tahun 2009 kerana mengalami breast abscess, semasa menyusukan anak kedua. Masa tue anak ke-2 baru berusia 1 tahun 2 bulan.
Alhamdulillah dengan izin-Nya, luka pembedahan sembuh dengan baik, dan saya berjaya menyusukan anak serta masih gigih mengusung breast pump ke ofis sehingga umurnya genap 2 tahun.
Zinc Complex jugalah yang saya amalkan semasa berpantang anak ke-3 dan ke-4 kami, kerana saya sememangnya tak lalu nak makan pati ikan haruan. Khasiat Zinc Complex bukan sahaja baik untuk membantu luka dalaman dan luaran selepas bersalin, malah Zinc Complex juga membantu mengurangkan masalah rambut gugur melampau para ibu selepas bersalin.
Teruja kan nak cuba suplemen suplemen Zinc Plus Shaklee? Harga sebotol RM56.25 sahaja.
Boleh terus beli secara online dengan klik butang eSell di bawah ini:
Atau, WhatsApp Order ke 017-3030081.
Tips Penting Zinc:
Amalkan tips berikut untuk mendapatkan khasiat Zinc yang optimum:
- Penambahan Zink ke dalam diet harian, perlu seiring dengan penambahan Vitamin A juga.
- Zink bertindak dengan efektif dengan kehadiran Vitamin A, Kalsium dan Fosforus.
- Elakkan pengambilan suplemen Zink dan Zat Besi (Iron) serentak, kerana kedua-duanya mengganggu aktiviti satu sama lain.
Amaran:
Walaupun salah satu daripada fungsi dan khasiat Zink ialah bertindak sebagai penggalak imun (immune booster), namun pengambilan:
- dos Zinc melebihi 150mg sehari boleh merencatkan tindakbalas sistem imun.
- dos Zinc melebihi 1000mg boleh menyebabkan penghasilan toksin di dalam badan.
Jika anda ingin merasai khasiat Zink Plus Shaklee dengan optimum, pastikan anda mendapat cadangan jadual pemakanan yang betul daripada pengedar Shaklee anda.
*DISCLAIMER
These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.
WhatsApp kami di 017-3030081 (klik dari smartphone anda).
Follow FB Arnie Samsudin untuk chat secara langsung.
Daftar keahlian Shaklee di “Join Now“ sekarang & nikmati penjimatan hingga 20%.
Oja Samid says
Zinc Complex tue juga bagus untuk kesihatan kulit. Murah pulak tue. Memang best lah.. ^_^
Noriza Rahman says
Walaupun harganya murah, tapi kebaikan dan khasiatnya sangat banyak kan?
Noriza Rahman says
Dulu memang selalu sangat ada tanda putih tu kat kuku, but since amalkan ESP dan zinc ni agaknya nutrien dalam badan dah cukup kot kan, so dah takde la lagi putih2 tu….I’m happy
GenkiMomma says
Same kita! Sep siket! Lagi satu perubahan ketara ialah, dulu kuku jari kaki rosak, kasar, dan berwarna gelap. Lepas konsisten amalkan zinc & suplemen lain, kuku jari tue tumbuh balik dengan normal.. Macam tak percaya dulu2 pernah rosak teruk sampai takleh beza kuku dgn isi… 😀
Hero Borneo says
pernah makan suplimen zinc ..produk Shaklee..memang bagus juga kesannya
GenkiMomma says
Zinc bagus sangat untuk lelaki amalkan…
nur razali says
Banyak khasiat zink complex shaklee ni berbaloi dengan harga sebotol yang sangat jimat 🙂
GenkiMomma says
Betul Nur… Paling ketara bila agak2 jerawat nak keluar je, cepat2 cari zinc, double dose terus! Ekeke.. 😀