Kali pertama minum air lemon tanpa gula ialah ketika makan tengahari di My News Cafe One Utama, bersama rakan-rakan sekerja. Sudah menjadi rutin kami tidak akan memesan air berwarna, hanya minum air kosong sahaja. Selain untuk kesihatan iaitu tak elok minum banyak air sejurus selepas makan, minum air kosong juga sangat menjimatkan.
Biasanya, bila kita order air kosong, maka air kosong lah juga yang dihidangkan, bukan?
Namun, tidak di My News Cafe. Kita dihidangkan dengan air suam (atau sejuk) bersama hirisan lemon di dalamnya. Sejujurnya, saya kurang suka rasa masam, dan sedikit payau, yang buat rasa sedikit pelik ketika kita minum air lemon itu.
Siap pernah terfikir nak cakap dengan staf My News,
“Boleh tak jangan letak hirisan lemon dalam air kosong saya?”
Tapi, tak pernah buat lagi lah. Hehe… 😛
Sehinggalah saya terbaca banyak artikel yang memperkatakan tentang pelbagai kebaikan minum air lemon. Wahhh, sungguh healthy rupanya minum air lemon nie!
10 Kebaikan Minum Air Lemon
Lemon mengandungi Asid Sitrik, Kalsium, Magnesium, Potassium, Phosphorus, Zat Besi, Zink, Vitamin A, Vitamin B6, Vitamin C, Vitamin E, Bioflavonoids, Riboflavin, Pectin dan lain-lain, yang meningkatkan tahap imun sistem, serta melawan sebarang jangkitan di dalam badan kita.
Berikut adalah 10 kebaikan dan faedah minum Air Lemon kepada kita:
1. Permulaan hari yang baik. Lupakan kopi! Mulakan hari dengan secawan air lemon panas sebaik sahaja bangun tidur boleh membantu merangsang dan mengaktifkan sistem penghadaman. Minum air lemon pada waktu pagi juga memberi bekalan vitamin C semulajadi yang baik untuk kita.
2. Melegakan sakit tekak. Ciri-ciri anti-bakteria yang terdapat pada lemon boleh membantu melegakan sakit tekak. Jus lemon juga boleh membantu mengurangkan mukus atau lendir dan kahak yang terhasil dalam badan. Jika anda mengalami sakit tekak, selesema atau batuk berkahak, perbanyakkan minum air lemon yang dicampur dengan madu sedikit demi sedikit sepanjang hari.
3. Menurunkan berat badan. Jus lemon mengandungi Pectin, yang merupakan serat larut yang membantu dalam membakar lemak dan penurunan berat badan. Minum air lemon juga membantu hati menghasilkan lebih hempedu, yang membantu menghadam lemak degil.
4. Menghalang pembentukan batu karang. Minum air lemon setiap hari meningkatkan paras citrate di dalam urin. Kajian menunjukkan bahawa ianya membantu melindungi badan kita daripada pembentukan batu karang di dalam buah pinggang.
5. Melegakan kegatalan. Lemon bersifat antiseptik dan anti-keradangan, serta mempunyai kesan ‘pembersihan’ yang baik. Jika anda digigit serangga, gosok jus lemon di kawasan kulit berkenaan. Ia boleh membantu melegakan rasa gatal tersebut.
6. Melawaskan sistem penghadaman. Air lemon membantu dalam perkumuhan, mengelakkan sembelit, cirit-birit, serta melegakan simptom berkaitan kembung perut, gastrik dan pedih ulu hati.
7. Anti-kanser. Liminoid glucosides adalah sejenis flavonoid yang ada dalam lemon. Kajian mendapati ia mempunyai ciri-ciri anti-karsinogik yang boleh membantu melindungi sel-sel di dalam badan daripada rosak, seterusnya mengelakkan pembentukan sel barah.
8. Menghilangkan bau busuk. Air Lemon adalah sumber paling baik dalam menghilangkan bau mulut di awal pagi. Lemon juga bersifat membersih, anti-biotik dan anti-oksidan yang penting untuk kulit, serta membantu mengurangkan bau badan. Orang zaman dahulu menggunakan lemon untuk meggosok ketiak dan menyental daki di seluruh badan, bagi menggantikan penggunaan sabun.
9. Menurunkan panas demam. Apabila rasa hendak demam, cepat-cepat minum air lemon sebanyak mungkin, bagi membantu menurunkan suhu panas demam dengan pantas.
10. Kandungan pH yang seimbang. Walaupun lemon bersifat asid, tetapi kandungan mineral yang tinggi di dalam lemon menyebabkan ia bersifat alkali apabila masuk ke dalam badan, seterusnya membantu membuang asid serta menyeimbangkan kandungan pH di dalam badan kita.
Resepi Mudah Air Lemon Madu
Cara paling mudah untuk menyediakan minuman air lemon yang sedap ialah:
- Secawan air panas/ suam/ sejuk.
- 1-2 potong hirisan lemon.
- 1-2 sudu teh madu (ikut citarasa sendiri)
Campurkan ketiga-tiga bahan di atas, dan dikacau hingga larut. Selain sebagai hiasan, hirisan lemon dapat menaikkan selera kita untuk minum air lemon tersebut, dan kelihatan sangat menarik.
Wajib pastikan kulit lemon di basuh bersih, untuk elakkan penyakit yang tidak diingini.
Saya suka minum air lemon madu panas-suam, berbanding sejuk. Kalau minum air lemon madu suam sambil masak di dapur, peluh keluar mencurah gaya pergi berjongging pula! Seronok!
Harga secawan hot honey lemon di kopitiam biasanya dalam lingkungan RM4 – RM5. Kalau kita buat sendiri 1 teko air lemon madu di rumah, kos nya tak sampai pun RM5.
Lagi best sebab kita boleh minum bercawan-cawan! 😀
Resepi Mudah Lemon Infused Water
Bagi yang rajin dan punyai banyak sumber buah-buahan di rumah, anda juga boleh sediakan minuman air lemon dalam bentuk infused water, minuman yang menjadi kegemaran ramai masa kini.
Resepi lemon infused water yang paling popular ialah hirisan lemon + daun pudina. Simpan dalam peti sejuk semalaman, fuhhh menyegarkan! Tambahkan halia jika anda mahukan efek perut kempis.
Apajua pilihan anda, yang penting, resepi minuman lemon sangat mudah, murah, tetapi kaya dengan pelbagai khasiat semulajadi lemon! 🙂
Pencinta Air Lemon Madu Panas,
Follow FB Arnie Samsudin untuk update terkini, dan PM secara langsung.
onlajer says
oh kena banyak minum air lemon ni, sedikit banyak boleh lah menghakis lemak
GenkiMomma says
sikit-sikit lama-lama hilang lah lelemak tue… 😀
Oja Samid says
kalau kat europe memang dah jadi amalan kan, minum air kosong+perahan/hirisan lemon. kat restoran2 pun biasa disediakan. 🙂
GenkiMomma says
nampaknya restoran di Malaysia pun dah follow Europe ya.. 😀
Hero Borneo says
Saya agak susah sikit untuk meghilang tabiat minum kopi..namun kalau minum lemon boleh lah cuba sikit sikit
GenkiMomma says
mungkin boleh minum air lemon tue di waktu selain pagi.. 😀
Noriza Rahman says
Memang bagus minum pagi..buang gatal dalam badan..
GenkiMomma says
buang gatal, buang toksin, buang semua lah, hihi…
andrea kristie alley says
Nk tnya…klau saya minum air lemon suam waktu pagi segelas lepas tu minum milo…xpa kah…berkesan ke?sebab saya ada kelas pagi…jadi takut lapar saya minum air malt itu…
GenkiMomma says
boleh cuba dulu dan tengok efeknya kepada badan sendiri.. tapi, sebaiknya ambil meal sekali.. risau juga, perut kosong tapi minum air lemon + air milo..
sabree hussin says
banyaknya khasiat lemon. Lemon yang dihiris tu, tak perlu ke kita perah untuk dapatkan jus lemon tu masuk dalam air? Atau jus lemon tu akan keluar sendiri dan jadi sebati dengan air nanti?
GenkiMomma says
kalau nak perah boleh, kalau tak perah pun ok, dia akan larut juga bila kita kacau dengan sudu nanti.. selamat mencuba!
puan pink says
Thanks 4 sharing.. Balik ni nak try jugaqlah 🙂
GenkiMomma says
Silakan try, sedap sangat! 🙂
Yoges says
Setiap pagi saya perahkan lemon dan campur dengan air suam Dan minum dengan perut kosong. Betulke saya amalkan amalan tersebut?
GenkiMomma says
Betul tue, bagus untuk detoks badan.. Boleh juga rendamkan dahulu hirisan lemon ke dalam sebotol air suam panas selama beberapa jam, atau semalaman.. Ini dipanggil lemon infused water yang sangat baik untuk kesihatan… 🙂
hijau daunan says
Dah try minum air lemon tapi masammmmm…. tpi try jer lah… mne tau byk kesan positif…huhu
GenkiMomma says
hihi, awal2 je rasa masam tue.. lama2 bila dah biasa ok je minum air lemon tanpa gula/ madu pun.. Insya Allah, banyak efek positif nanti… 🙂
azimah mohd zainuddin says
sekarang ni mana-mana pergi kena bawak air lemon…jiiimaaaattt…
GenkiMomma says
Jimat dan sedappp sangat! Hilang craving nak minum air manis… 😀
melly says
Ada beza ke minum air lemon pagi atau malam? Sebab biasanya kita selalu dengar orang minum air lemon waktu pagi kan? Hehe
GenkiMomma says
anytime pun boleh rasanya, yang penting bersih dan halal, hehe..
Nur Amni says
ummi Amni pun ada cakap minum air lemon banyak khasiatnya.amni asyik bertangguh2 nak beli lemon hehehe.
GenkiMomma says
letak lemon dalam siakap stim pun sedap, hehe..
Oja Samid says
Daku tak minat sanagt minum air lemon, tapi kalau untuk masak memang selalu gunakan air perahan lemon. Syok bila masam2..hehe
GenkiMomma says
Tambah perahan lemon dalam Ikan Siakap Kukus, fuhhh sedapnya lahaiii.. 😀