Coenzyme Q10, atau lebih mudah dipanggil sebagai CoQ10, merupakan zat makanan larut lemak yang hadir semulajadi dan ditemui di setiap sel tubuh kita untuk berfungsi dengan baik.
Namun, CoQ10 lebih banyak ditemui di dalam organ-organ yang bekerja lebih keras dan perlukan tenaga selular yang banyak untuk berfungsi seperti jantung, hati, buah pinggang dan pankreas.
CoQ10 dihasilkan oleh badan, dan boleh juga diperolehi dalam sesetengah makanan seperti daging dan ikan. Pengambilan dietari harian membantu memelihara paras CoQ10 dalam tubuh, namun jumlah CoQ10 yang diambil daripada makanan selalunya kurang daripada 10mg sehari.
Malah, semakin kita meningkat usia, keupayaan badan untuk menghasilkan CoQ10 yang berkualiti akan menjadi semakin berkurangan.
10 Fakta Menarik Tentang Coenzyme Q10 (CoQ10)
Berikut ialah 10 fakta menarik tentang coQ10 semua orang wajib tahu:
(1) Pencetus Tenaga Badan Semulajadi (Natural Energy Spark Plug)
CoQ10 bertindak sebagai spark plug tenaga, di mana ia mencetuskan penghasilan tenaga pada setiap sel untuk beri tenaga kepada badan kita. Ia berada di mitokondria, yang merupakan kilang tenaga untuk setiap sel. CoQ10 turut menggerakkan setiap kilang tenaga ini untuk hasilkan tenaga.
(2) Penjana Tenaga (Ultimate Energy Generator)
CoQ10 bertanggungjawab menjana 95% daripada tenaga badan manusia.
(3) Paras CoQ10 Berkurangan Seiring Peningkatan Usia
Penghasilan CoQ10 semulajadi mula berkurangan apabila usia mencecah 20 tahun, dan semakin ketara berkurang apabila berusia 40 tahun ke atas.
(4) Nutrisi Untuk Jantung
CoQ10 banyak dijumpai pada organ-organ yang paling banyak gunakan tenaga untuk berfungsi, contohnya jantung. Ini kerana, jantung mengepam darah ke seluruh badan 24/7.
Tanpa CoQ10 yang mencukupi, jantung tidak dapat berfungsi dengan optimum, dan lama kelamaan boleh menjadi punca kegagalan jantung kerana ia tidak lagi boleh pam darah dengan efisyen.
Pengalaman Ayah Cegah Sakit Jantung & Salur Darah Tersumbat
(5) Mudah Penat Mungkin Berpunca Dari Kekurangan CoQ10
Walaupun badan boleh hasilkan CoQ10 secara semulajadi, penghasilannya berkurangan apabila usia makin bertambah. Jadi, mudah penat mungkin berpunca dari kekurangan CoQ10 dalam badan.
(6) Sumber Antioksidan Yang Hebat
CoQ10 bantu melawan radikal bebas yang berpunca dari toksin persekitaran dan aktiviti fizikal. Disebabkan oleh efikasi yang tinggi, nutrien ini turut digunakan dalam kosmetik, kosmeseutikal, produk anti-penuaan dan juga makanan.
(7) Baik Diambil Bersama Lemak
Disebabkan CoQ10 ini larut lemak, amat baik untuk ambil CoQ10 bersama makanan terutama yang berlemak, supaya ia diserap dengan lebih efektif.
(8) Ubat Statin Merendahkan Penghasilan CoQ10
Kajian telah mendapati bahawa Statin, ubat untuk merendahkan kolesterol, akan merendahkan penghasilan CoQ10 semulajadi di dalam badan sehingga 40%!
Jadi, amat penting untuk gantikan nutrien CoQ10 ini melalui pemakanan atau suplemen.
(9) Berapa Banyakkah CoQ10 Yang Diperlukan?
Kajian menunjukkan bahawa 100mg Coenzyme Q10 memberikan pelbagai manfaat kesihatan kepada badan. Walaubagaimanapun, jumlah yang lebih tinggi diperlukan untuk individu yang mengambil ubat Statin, ataupun yang ada penyakit berkaitan jantung.
(10) Bagaimana Nak Dapatkan 100mg CoQ10?
CoQ10 wujud semulajadi di dalam daging, minyak soya, ikan sardin, ikan mackerel, kekacang, dan terutama daging di bahagian organ seperti jantung, hati dan buah pinggang. Namun, jumlahnya tidak mencukupi untuk memenuhi keperluan CoQ10 harian badan kita.
Untuk dapatkan 100mg CoQ10 sehari, anda perlu makan salah satu dari berikut sehari:
- 3kg daging merah.
- 100 cawan brokoli rebus.
- 100 sudu malan minyak Canola.
- 3.3kg peanut butter.
Fuhh! Cara terbaik dan paling mudah ialah dapatkan suplemen CoQ10 yang berkualiti.
Cara Beli Suplemen CoQ10 Shaklee, CoQ-Trol Plus
Di Shaklee, Suplemen CoQ10 kami dahulunya dikenali sebagai CoQ Health Plus, proprietari semulajadi daripada campuran 28mg CoQ10 dengan Vitamin E dan ekstrak teh hijau.
Mulai 1 Januari 2018, Shaklee telah membawa masuk CoQ-Trol Plus sebagai pengganti CoQ Health Plus, di mana Shaklee telah upgrade formula suplemen CoQ10 ini dengan menambahkan kuantiti CoQ10 (dari 28mg kepada 100mg CoQ10), dan ada tambahan Tocopherol dan Resveratrol.
CoQ-Trol Plus, Suplemen CoQ10 Terbaru Shaklee 2018
Dalam 1 botol ada 30 biji CoQ Trol Plus, dan berharga RM157.68 sahaja.
Jika anda berminat untuk mendapatkan CoQ-Trol Plus, anda boleh pilih salah satu cara berikut:
Cara (1): Buat belian online di laman eSell Shaklee (klik sini). Pembayaran dengan Kad Debit atau Kad Kredit sahaja. Setelah pembayaran di terima, Shaklee (M) akan menghantar produk yang ditempah terus ke alamat anda.
Cara (2): WhatsApp kami di 017-3030081 (klik dari smartphone anda), untuk order CoQ-Trol Plus Shaklee. Kami akan uruskan penghantaran produk kepada anda.
Dengan peningkatan tahap tenaga yang lebih baik, kita punyai lebih ketajaman mental, berasa lebih bertenaga dan dapat melakukan lebih banyak perkara dengan gembira sepanjang hari.
Jom serlahkan kehidupan kita dengan CoQ10, penjana tenaga utama anda! 😀
*DISCLAIMER
These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.
*Kami ialah Pengedar Shaklee aktif di Setia Alam, Bukit Raja, Meru, Kapar, Klang dan Shah Alam. Penghantaran produk Shaklee menggunakan kurier ke seluruh Malaysia. Untuk order produk, daftar keahlian, atau peluang jana pendapatan dengan Shaklee, hubungi:
WhatsApp kami di 017-3030081 (klik dari smartphone anda).
Follow FB Arnie Samsudin untuk chat secara langsung.
Daftar keahlian Shaklee di “Join Now“ sekarang & nikmati penjimatan hingga 20%.