Pepatah lama mengatakan, “anda adalah apa yang anda makan”.
Kulit pun akan dapat efek yang sama tau. Pengambilan tinggi makanan tidak sihat seperti karbohidrat halus, gula halus dan lemak trans akan memberi kesan tidak baik kepada kulit.
Makanan tidak bernutrisi beri kesan buruk kepada kulit, sama seperti efek menghisap rokok. Makanan sebegini hanya akan menyebabkan keradangan, yang akan jadi pencetus tekanan oksidatif, yang akhirnya akan merosakkan kolagen dan DNA, dan menyebabkan kulit nampak lebih tua.
10 Makanan Kena Elak Kalau Taknak Kulit Nampak Tua
Berikut adalah 10 makanan utama penyebab kulit cepat berkedut dan nampak tua.
(1) Kek Beras
Kek beras menyebabkan gula dalam darah melonjak, yang akan mempercepatkan pembentukan kedutan. Eh ye ke? Bagaimana boleh jadi begitu?
Cara badan kita metabolisasikan karbohidrat ringkas dalam kek beras sama seperti gula – dengan menukarkannya kepada gula. Apabila karbohidrat ringkas bertukar menjadi gula, ia akan melekat kepada protein yang melawan kedutan seperti kolagen, dan merosakkannya.
(2) Gula-gula
Di negara yang membudayakan makan gula-gula seperti negara kita, remaja yang akil baligh sinonim dengan jerawat. Sebaliknya, di negara yang tidak mengamalkan makanan tinggi gula diproses, kanak-kanaknya masuk ke alam remaja tanpa sebarang jerawat.
Walaupun dah lama meninggalkan alam remaja, gula jugalah punca jerawat di kalangan dewasa.
Jahat tak jahatnya gula ini, gula jugalah penyebab kemerosotan kolagen dan elastin, protein yang berfungsi mengekalkan kelembutan dan keanjalan kulit.
(3) Bijirin “sihat”
Hei, jangan mudah terpengaruh dengan istilah “bijirin sihat” pada label pembungkus, tau!
Benar, bijirin penuh secara am nya mempunyai indeks glisemik rendah berbanding yang putih. Namun, kebanyakan “bijirin sihat” biasanya diproses berkali-kali dan sangat tinggi gula.
Ringkasnya, “bijirin sihat” menyebabkan lonjakan gula dalam darah dan kedutan kulit.
(4) Susu
Terkejut? Susu mungkin baik untuk badan, tapi susu untuk kulit? Hmm tak baik sangat lah.
Terutama sekali susu skim. Susu mungkin penuh dengan hormon dan faktor pertumbuhan, yang akan kekal aktif secara biologi walaupun selepas di pasteur kan.
Kajian menunjukkan, hormon dan faktor pertumbuhan akan menyerap masuk ke dalam aliran darah, di mana ia akan memberi impak kepada insulin, menyebabkan kerdangan, dan meningkatkan penghasilan minyak. Terlebih minyak, meningkatkan pengeluaran jerawat.
Susu organik mungkin boleh jadi alternatif yang baik, kerana ia hanya mengandungi hormon yang biasa, berbanding dengan susu bukan organik yang mengandungi hormon tambahan.
Bergabung dengan karbohidrat ringkas, kerepek akan meningkatkan keradangan yang akan mencetuskan kerosakkan pada kolagen dan DNA. Dari semasa ke semasa, garisan halus dan kedutan akan mula kelihatan.
Menurut satu kajian dalam The Journal of Drugs in Dermatology pada tahun 2014, karbohidrat ringkas merupakan punca utama dalam kes peningkatan jerawat di kalangan dewasa.
(6) Sirap Agave
Dihasilkan kononnya sebagai gula alternatif yang ‘lebih baik’ untuk kesihatan, sirap manis ini dihasilkan daripada beberapa spesis tumbuhan Agave. Biasanya ia mengandungi banyak fruktosa dan sirap jagung fruktosa tinggi.
Fruktosa di metabolisasikan di dalam hati, di mana ia bukan sahaja bertukar menjadi lemak, malah, fruktosa sangat efisyen dalam memecahkan kolagen berbanding gula biasa.
Dengan kata lain, menukarkan gula biasa kepada sirap agave demi hidup lebih sihat, sebenarnya akan menyebabkan kesihatan lebih teruk, dan kulit lebih cepat tua berkedut.
(7) Jus dan Soda
Anda mungkin dah tahu yang kebanyakkan minuman jus di pasaran mempunyai kandungan gula yang sangat tinggi, sama sahaja seperti kandungan gula dalam air soda.
Namun, yang anda tak tahu ialah, kekurangan serat yang menyebabkan jus menjadi ‘berita buruk’ kepada kulit anda. Serat sangat penting untuk mengelakkan gula dalam darah melonjak naik, yang menjadi penyebab penuaan kulit pra-matang. Tanpa serat, kulit cepat kedut.
(8) Smoothies dan Gula Tersembunyi
Secara purata, rakyat Amerika mengambil 22 sudu teh gula sehari – 3 kali ganda dari jumlah gula harian yang disarankan. Kebanyakkanya datang dari punca gula tersembunyi, yang tak nampak.
Salah satu punca utamanya ialah smoothies. Tapi, bukan gula dalam buah yang jadi puncanya.
Smoothies dalam botol yang dijual di pasaraya, ataupun made-to-order smoothies yang dibeli dari rangkaian gerai smoothies mungkin mengandungi jus, frozen yogurt ataupun sherbet di dalam resepinya, yang mana kesemuanya sangat tinggi gula.
Jika buat smoothies sendiri di rumah, dan hanya gunakan bahan berkhasiat seperti susu, plain yogurt dan tanpa/kurang gula, tak mengapa. Smoothies ini selamat daripada ‘ledakan gula’.
(9) Makanan Segera
Memilih makanan segera, dengan kandungan indeks glisemik yang inggi dan rangkaian menu lemak tak tepu mereka, akan meletakkan kulit anda dalam risiko.
Berbanding dengan makanan glisemik indeks rendah dan diet tinggi protein, diet masyarakat barat yang secara tradisionalnya mempunyai glisemik indeks tinggi dan suka makan makanan segera, dipercayai jadi penyebab kepada lebih banyak luka jerawat.
(10) Marjerin
Walaupun lemak sangat penting dalam mengekalkan kelembutan, tak semua lemak baik. Ada lemak seperti lemak trans yang banyak dijumpai di dalam marjerin, boleh menghalang penghidratan kulit.
Satu kajian dalam Journal of the American College of Nutrition mendapati bahawa, pengambilan marjerin yang banyak menyumbang kepada peningkatan kedutan pada kulit.
Jadi, elakkanlah 10 jenis makanan ini jika anda mahu kulit kekal sihat dan cantik.. 😀
Testimoni pengguna Youth Skincare, Kulit Jerawat Berkawah Licin Semula!