Status Covid-19 di Malaysia semakin membimbangkan. Di hari ke-5 kawalan pergerakan (Restricted Movement Order), negara kita telah mencatat 1,306 kes positif Covid-19 dengan 11 kematian.
11 Kematian Covid-19 di Malaysia Sehingga 11 Mac 2020
Sehingga jam 5 petang 22 Mac 2020, terdapat 123 kes baharu di mana 74 kes adalah berkaitan dengan kluster perhimpunan tabligh di Masjid Jamek Seri Petaling. Manakala 49 kes lagi adalah berkaitan dengan lain-lain kluster dan masih lagi dalam siasatan untuk kepastian.
Ini menjadikan jumlah kes keseleruhan positif Covid-19 di Malaysia sehingga jam 5 petang 22 Mac 2020 ialah 1,306 orang, di mana 1,157 kes aktif sedang dirawat, dengan 10 kematian.
Seramai 46 kes positif Covid-19 sedang di rawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), di mana 22 orang memerlukan bantuan pernafasan.
Walaubagaimanapun, dukacita dimaklumkan pada lewat malam tadi, 1 lagi kematian pesakit Covid-19 dilaporkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Beliau merupakan kes ke-1070.
Ini menjadikan jumlah keseluruhan terkini sebanyak 11 kematian pesakit Covid-19 di Malaysia sehingga saat ini. Allahu Akbar, situasi yang amat membimbangkan.
Duduk Diam-diam di Rumah
Jika tiada keperluan mendesak, marilah kita sama-sama duduk diam-diam sahaja di rumah. Bak kata Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, just stay at home!
Marilah kita berganding bahu untuk untuk putuskan rangkaian virus Covid-19 ini.
- Duduk diam-diam di rumah. Bersenam di dalam rumah sahaja.
- Amalkan 1 meter Social Distancing.
- Keluar rumah bila perlu sahaja – bekalan makanan, ubat dan lain-lain.
- Hanya 1 orang sahaja wakil (ketua keluarga) untuk keluar rumah. Tak perlu bawa anak-anak atau seisi keluarga.
- Wajib basuh tangan dan muka sebersih-bersihnya sebelum masuk ke dalam rumah. Sapu hand sanitizer.
Sekiranya anda berisiko mendapat jangkitan Covid-19 (ada sejarah ke luar negara / ada kontak rapat dengan pesakit Covid-10), jangan sorokkan info tersebut daripada staf kesihatan. Lebih cepat anda beritahu, lebih tepat rawatan yang boleh diberikan.
Sekiranya anda tidak mempunyai simptom Covid-19 dan keputusan ujian pertama negatif, tetap patuhi arahan kuarantin diri 14 hari. Tidak semua pesakit Covid-19 akan mendapat simptom serta-merta. Jadi, jalankanlah tanggung jawab sosial kita, untuk memutuskan rantaian Covid-19 ini.
Bacaan Doa Qunut Nazilah Ketika Situasi Covid-19
6 Kawasan Dilabelkan Zon Merah Covid-19
Inilah 6 daerah yang dilabelkan sebagai kawasan zon merah mengikut taburan kes tertinggi positif Covid-19 sehingga 22 Mac 2020 (Ahad):
- Petaling Jaya (96 kes)
- Lembah Pantai (90 kes)
- Hulu Langat (75 kes)
- Johor Bahru (52 kes)
- Seremban (42 kes)
- Titiwangsa (40 kes)
Sekiranya anda berada di kawasan zon merah ini, please be extra careful! Kita jaga kita…