20 Rawatan Perubatan Yang Tidak Membatalkan Puasa | Setiap kali bulan Ramadhan, pasti ramai tertanya-tanya tentang penggunaan ubat, serta jenis rawatan perubatan bagaimanakah yang membatalkan, atau tidak membatalkan puasa. Kami pun tak terkecuali.
Sebelum itu, mari kita lihat apakah perkara-perkara yang membatalkan puasa? *Sumber
10 perkara yang membatalkan puasa:
- Memasukkan sesuatu benda ke dalam rongga yang terbuka dengan sengaja.
- Memasukkan sesuatu ke dalam dubur (jalan belakang)/ qubul (jalan depan) dengan sengaja.
- Muntah dengan sengaja (jika termuntah, tidak batal puasa).
- Bersetubuh dengan sengaja, sekalipun tidak mengeluarkan mani.
- Mengeluarkan mani dengan sengaja.
- Kedatangan haid atau nifas.
- Bersalin.
- Mabuk atau pengsan sepanjang hari, dari terbit fajar hingga terbenam matahari.
- Gila sekalipun hanya sekejap masa.
- Murtad (keluar daripada agama Islam, sama ada dengan hati, perkataan atau perbuatan).
Pengalaman sendiri masa buat monthly pregnancy check up di bulan Ramadhan. Usia kandungan 7 bulan. Masa tue gynae detect sesuatu yang luar biasa pada kandungan, tapi lupa atas sebab apa. Maklumlah 9 tahun lepas. Jadi, gynae perlu buat vaginal examination. Bila balik rumah, jadi confuse puasa masih sah atau dah batal (merujuk kepada perkara membatalkan puasa no. 2 di atas).
Di sebabkan ragu-ragu, akhirnya buka puasa sehari. Dan, of course wajib qada’.
Bila dapat info tentang rawatan-rawatan perubatan yang tidak membatalkan puasa dari laman mediaPerubatan, baru tahu yang proses VE (vaginal examination) tue sebenarnya tidak membatalkan puasa pun (rujuk rawatan yang tidak membatalkan puasa no. 3 di bawah).
Jadi, kami kongsikan info tersebut di sini sebagai panduan & rujukan kita semua. *Sumber asal.
20 Rawatan Perubatan Yang Tidak Membatalkan Puasa
20 Rawatan Perubatan yang tidak membatalkan puasa ialah:
(1) Ubat titis mata, dan titis telinga.
(2) Tablet nitroglycerin dan yang seumpama dengannya yang diletakkan di bawah lidah (sublingual). Biasanya digunakan untuk merawat sakit jantung.
(3) Semua bentuk rawatan yang melibatkan kemasukan benda atau ubat ke dalam faraj seperti vaginal suppository, pencucian (doush), vaginascope atau tangan doktor yang memeriksa pesakit (digital examination).
(4) Semua bentuk tiub atau bahan yang dimasukkan ke dalam badan melalui saluran kencing seperti urethroscope, barium, pencuci urethra.
(5) Menampal gigi, mencuci gigi atau menggosok gigi dengan siwak atau berus gigi, selagi mana tidak masuk ke dalam halkum (tidak di telan).
(6) Semua jenis suntikan, kecuali yang mengandungi nutrisi seperti Parenteral Nutrition / Fluid therapy.
(7) Menderma darah atau menerima darah.
(8) Bantuan oksigen atau gas pelali (anesthetic gases).
(9) Semua jenis krim atau minyak yang disapu pada kulit, walaupun mempunyai bahan kimia yang terserap ke dalam kulit.
(10) Mengambil darah untuk ujian makmal.
(11) Semua jenis salur yang dimasukkan ke dalam saluran darah bagi tujuan x-ray pada jantung, atau mana-mana bahagian pada anggota badan (catheterization).
(12) Laparaskopi yang dimasukkan ke dalam abdomen untuk tujuan pembedahan.
(13) Semua jenis ubat kumur, seperti mouth-rinsing gargle dan penyembur mulut, selagi mana tidak masuk ke dalam halkum (tidak di telan).
(14) Uteroscope atau IUCD (pencegah kehamilan) yang dimasukkan ke dalam rahim.
(15) Sampel organ yang diambil daripada badan seperti hati atau daripada mana-mana anggota badan (biopsy).
Majoriti Pakar Perubatan & Syariah yang terlibat di dalam persidangan tersebut turut memutuskan bahawa tidak membatalkan puasa pesakit dengan rawatan berikut:
(16) Ubat titis ke dalam hidung (nasal drops) atau ubat asthma (inhaler).
(17) Semua jenis ubat yang dimasukkan melalui dubur.
(Walaupun sebahagian ulama’ mazhab menghukumkan batal puasa, tetapi sebahagian yang lain tidak menghukumkan batal. -Untuk mengelakkan khilaf, lebih baik jika rawatan dilakukan pada waktu malam selepas berbuka puasa- penulis mediaPerubatan).
(18) Pembedahan yang menggunakan pelali seluruh badan (general anesthesia) yang dijalankan pada siang hari, setelah pesakit mula berpuasa sejak malam sebelum pembedahan.
(19) Suntikan untuk merawat sakit buah pinggang melalui artificial kidney (dialisis), sama ada peritoneal atau hemodialysis.
(20) Memasukkan gastroskop ke dalam perut dengan syarat tiada sebarang cecair, atau apa-apa bahan rawatan disalurkan.
Rujukan:
Persidangan IOMS ke-10 pada 1997 di Morocco bertajuk: “An Islamic View of Certain Contemporary Medical Problems” (Pandangan Islam terhadap Beberapa Masalah Kesihatan Kontemporari).
Unit Fikah Perubatan,
Jabatan Pembangunan Insan,
PERUBATAN 2016/2017.
*mediaPERUBATAN ialah Persatuan Pelajar Sains Kesihatan di Mesir.
Semoga ilmu ini bermanfaat buat semua, dan semoga kita tidak lagi terkeliru tentang rawatan apa yang membatalkan puasa, dan rawatan bagaimana yang tidak membatalkan puasa. Insya Allah…
8 Tip Diet Mudah untuk Bersahur dari Kevin Zahari
Mommy Blogger,
Follow FB Arnie Samsudin untuk pelbagai updates terkini dan tips yang ohsem.
Noriza Rahman says
Ilmu bagus ni, terkadang kia ni terlupa yang mana batal yang mana tidak kan
GenkiMomma says
Betul kan, manusia selalu lupa… 🙂