3 Golongan Tak Boleh Makan Alfalfa | Alfalfa terkenal sebagai RAJA SEGALA TUMBUHAN. Namun, hati-hati, kerana tidak semua orang boleh makan Alfalfa!
3 Golongan Tak Boleh Makan Alfalfa
(1) Pesakit Lupus (SLE)
Systemic Lupus Erythematosus (SLE) adalah penyakit kronik auto-imun di mana badan pesakit menghasilkan protein darah dengan banyaknya. Protin darah yang dipanggil antibodi ini dengan sendirinya memberi tindak balas terhadap tisu seseorang. Punca penyakit SLE tidak diketahui.
Di dalam Alfalfa mengandungi sedikit protin yang memberi tindak balas kepada pesakit SLE. Oleh itu, pesakit SLE tak boleh makan Alfalfa. Pihak Shaklee turut memaparkan info ini dengan jelas di botol Alfalfa Complex nya.
“One food to avoid is alfalfa sprouts. Alfalfa tablets have been associated with lupus flares or a lupus-like syndrome that includes muscle pain, fatigue, abnormal blood test results, and kidney problems. These problems may be due to a reaction to an amino acid found in alfalfa sprouts and seeds. This amino acid can activate the immune system and increase inflammation in people with lupus.”
(2) Pesakit Psoriasis
Psoriasis ialah sejenis penyakit autoimmune yang mengubah jangka hayat sel-sel kulit. Psoriasis menyebabkan pertumbuhan pantas sel-sel di permukaan kulit. Lebihan sel kulit ini akan membentuk satu kawasan kulit tebal berkilat yang kering, sangat gatal dan adakala menyakitkan.
Psoriasis adalah sejenis penyakit kronik yang kekal lama. Penyebab penyakit Psoriasis masih belum diketahui, tetapi umumnya Psoriasis berkait dengan sistem imun dan genetik individu.
“Auto-immune diseases” such as multiple sclerosis (MS), lupus (systemic lupus erythematosus, SLE), rheumatoid arthritis (RA), or other conditions: Alfalfa might cause the immune system to become more active, and this could increase the symptoms of auto-immune diseases. If you have an auto-immune condition, it’s best to avoid using alfalfa until more is known.“
Tiada rawatan khusus untuk Psoriasis, namun anda boleh cuba untuk mengamalkan gaya hidup lebih sihat. Salah satunya ialah dengan mengelakkan makanan dari sumber Alfalfa. Fokus utama untuk Psoriasis ialah untuk cuba menghentikan sel-sel kulit itu dari tumbuh terlalu pantas!
(3) Ibu Menyusu Bayi G6PD Deficiency
G6PD ialah enzim glucose-6-phospate-dehydrogenase. G6PD membantu sel darah merah untuk berfungsi dengan baik, melindunginya dari sebarang gangguan luar termasuklah dari sumber makanan dan ubatan. Bayi kekurangan G6PD bermakna, badan bayi tidak menghasilkan enzim G6PD yang cukup.
Di Malaysia, 1 daripada 10 orang kanak-kanak mengalami G6PD Deficiency. Jika bayi terdedah kepada bahan merbahaya yang merangsang simptom G6PD, sel darah merahnya boleh pecah dan musnah, menyebabkan Hemolisis. Contoh agen Hemolisis ialah, kacang parang (Fava Beans) dan Vitamin K.
Alfalfa Complex tinggi dengan Vitamin K. Sebab itu, ibu menyusu yang ada bayi G6PD tak boleh makan Alfalfa Complex. Tidak dinafikan, ada juga ibu menyusu mengatakan bahawa pengambilan Alfalfa tidak beri sebarang efek negatif keapda bayinya. Terpulang kepada ibu, kerana sebagai pengedar Shaklee, pendirian kami ialah, ibu menyusu tak boleh makan Alfalfa Complex (sepanjang tempoh penyusuan sahaja). Ibu menyusu boleh ambil ESP dan vitamin set penyusuan yang lain untuk milk booster.
Jika anda tergolong di dalam salah satu dari 3 golongan ini, berhati-hati lah. Jangan sedih kalau anda tak boleh makan Alfalfa, kerana pastinya ada banyak lagi makanan lain yang sesuai dengan gaya hidup sihat anda. 🙂
*DISCLAIMER
These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.
Kami ialah Pengedar Sah Shaklee anda di SETIA ALAM, Bukit Raja, Meru, Kapar, Klang dan Shah Alam. Penghantaran produk Shaklee menggunakan kurier ke seluruh Malaysia & Indonesia. Untuk order produk Shaklee, daftar keahlian, atau peluang jana pendapatan dengan Shaklee, hubungi:
Call/ SMS/ WhatsApp/ Telegram: 017-303 0081 atau 012-218 0781.
E-mail: genkimomma@gmail.com
ReeN says
Golongan yang ke-3 tu memang ramai yang tak tahu. Good for sharing!
GenkiMomma says
Betul Reen, kalau tak buat entri nie, tukang tulis entri pun asyik lupa je sebelum nie… 😛
nur razali says
setuju dgn k. reen grup ke3 tu ramai yg x tau..boleh jadikan rujukan entri kak arnie nie ^_^
Lia sakura says
Sy bru tau psl golongan ke3 tu.. Kalo ibu dh termakan mcm mne ye