Kasihan melihat ibu ayah kita kerap mengeluh kerana sakit sendi. Bukan sahaja sukar nak bergerak, tak boleh nak naik tangga, malah pergerakan di dalam solat juga menjadi terhad.
Keradangan merupakan punca utama sakit sendi. Keradangan berterusan dan tidak terkawal di dalam badan boleh beri efek kepada fleksibiliti sendi dan ketidakselesaan ketika bergerak.
Akhirnya, sendi-sendi kita akan mengalami bengkak, kemerahan, kelemahan fungsi sendi dan ketegangan sendi, sekaligus menghadkan pergerakan bebas kita.
Di dalam artikel ini kami akan kongsikan bagaimana Asid Lemak Omega-3 membantu mengurangkan keradangan sendi, sekaligus bermanfaat untuk sakit sendi.
Siapa Yang Berisiko Untuk Dapat Keradangan Sendi?
Biasanya, warga emas sahaja yang dikaitkan untuk dapat sakit sendi. Namun, hakikatnya ada beberapa golongan juga yang berisiko untuk dapat keradangan sendi.
(1) Warga emas – Apabila umur meningkat, kita lebih mudah terdedah kepada keradangan kerana faktor kesihatan yang semakin berkurangan. Badan juga tidak lagi boleh melawan keradangan dengan cepat, berbanding ketika usia muda. Tanda awal keradangan sendi ialah bilamana sendi terasa sakit dan tidak selesa setiap kali kita bergerak.
(2) Individu aktif – Gaya hidup aktif seperti kerap bermain badminton dan ber-jogging akan beri efek kepada kesihatan sendi kerana aktiviti ini menyebabkan tekanan pada sendi secara berterusan.
(3) Anda dan saya – Pernah dengar tak sendi anda berbunyi ketika bangun pagi? Itupun salah satu tanda awal bahawa anda mempunyai keradangan sendi.
Aktiviti harian seperti berjalan dan mengangkat barang berat boleh menyebabkan geseran di antara sendi, serta jadi penyebab keradangan dan bengkak. Radang pada sendi melambatkan pengaliran darah, menyebabkan ketegangan otot, serta menggangu fleksibiliti sendi.
5 Tanda-tanda Awal Keradangan Sendi
Berikut ialah 5 tanda-tanda merisaukan yang mungkin jadi petunjuk awal bahawa anda mempunyai masalah keradangan sendi:
- Bengkak pada sendi.
- Merah kemerahan pada bengkak.
- Sakit pada sendi-sendi.
- Sendi yang tegang.
- Fungsi sendi yang berkurangan, perlukan sokongan sendi.
3 Sebab Omega-3 Penting Untuk Kurangkan Sakit Sendi
Tulang rawan (cartilage) ialah bahan yang melapisi hujung tulang di sendi. Ia berfungsi untuk menyediakan permukaan yang licin supaya bila sendi bergerak, tulang akan meluncur di atas satu sama lain tanpa sebarang geseran.
Selain daripada itu, tulang rawan juga mencegah tekanan daripada bertumpu setempat. Jadi, tulang tidak akan berkecai apabila bebanan atau tekanan terkena sendi.
Ini ialah 3 sebab bagaimana Omega-3 bermanfaat terhadap tulang rawan dan sendi:
- Omega-3 memperlahankan degradasi tulang rawan (cartilage), serta terlibat di dalam proses penyelenggaraan tulang rawan.
- Omega-3 meningkatkan peredaran darah pada sendi, serta membekalkan pelbagai nutrien kepada otot-otot sendi.
- Omega-3 mengurangkan paras bahan-bahan penyebab keradangan & bengkak.
Bagaimana Nak Dapatkan Asid Lemak Omega-3 Yang Berkualiti?
Asid Lemak Omega-3 boleh didapati melalui ikan berlemak seperti ikan salmon, tuna, trout dan mackerel. Namun hati-hati kerana banyak ikan laut dalam yang berisiko tinggi merkuri.
Alternatif lain, anda boleh dapatkan sumber Omega-3 yang berkualiti dengan lebih mudah melalui suplemen minyak ikan terbaik, OmegaGuard. Minyak ikan OmegaGuard ini melalui penyulingan berperingkat (molecular distillation), serta kurang bau hanyir.
Untuk Set Nutrisi Penjagaan Sendi yang lebih lengkap, kami turut mencadangkan OsteMatrix (kalsium-magnesium-vitamin D) serta B-Complex (vitamin B) bersama-sama OmegaGuard.
Harga set ini ialah RM256.25 sahaja. Untuk pertanyaan lanjut dan order set sakit, anda boleh WhatsApp kami di sini —> WhatsApp Order Set Nutrisi Penjagaan Sendi.
Atau, terus Order secara online di sini —> Order Online Set Nutrisi Penjagaan Sendi.
Jadual pemakanan suplemen akan diberikan untuk setiap pembelian daripada kami.
Daftar keahlian Shaklee di “Join Now“ sekarang & nikmati penjimatan hingga 20% untuk belian online dengan ID Shaklee sendiri, atau belian di branch Shaklee yang sah.