Semalam kami ada appointment untuk COD, cash on delivery produk Shaklee kepada 3 orang customer. Terharu sebenarnya dengan 3 kisah suami penyayang ini, dan rasa macam wajib dikongsikan buat pembaca semua.
Di saat kita kerap di momokkan dengan pelbagai kes kurang enak tentang layanan suami kepada isteri, sebenarnya masih ramai juga suami penyayang dalam Malaysia nie.
Orang putih kata, unsung heroes. Hehe.. Baju biru di dalam gambar ini merupakan salah seorang dari customer yang kami jumpa untuk COD semalam semalam.
Luka Operation Buasir 5 Tahun Lepas Kembali Menyerang
Customer pertama, ambil set buasir. 5 tahun lepas beliau dah pernah buat pembedahan untuk buasir. Sekarang, sakit buasir tue datang semula. Jadi hari nie beliau akan masuk bilik bedah sekali lagi, sebab doktor nak check operation lama. Takut ada luka.
Sakit buasir tak boleh di ambil ringan. Terutama buat kita yang usia dah menjengah 30-an nie. Sistem dalaman badan serba serbi tidak seefektif seperti masa muda. Penghidap buasir perlu teruskan ambil nutrisi yang cukup untuk lawaskan penghadaman, dan kurangkan risiko luka di bahagian rektum.
Set buasir Shaklee ini hanyalah satu usaha mencukupkan keperluan nutrisi badan harian dan mengurangkan simptom buasir. Kalau tak jaga dengan baik, buasir akan kembali menyerang. Buang air besar berdarah, sekaligus luka di kawasan rektum (dubur). Nak jalan sakit, duduk lagi tripple sakit.
Set Sembelit Untuk Isteri Hamil
Suami yang kedua pula call nak beli OsteMatrix buat isteri tersayang yang sedang hamil 5 bulan. Dalam banyak-banyak vitamin Shaklee, OsteMatrix ini tak boleh miss katanya, nanti isteri sembelit.
Gigih si suami cari pengedar Shaklee yang ada ready-stock OsteMatrix setiap bulan. Sanggup beliau datang dari Klang untuk beli OsteMatrix dari kami di Setia Alam.
Kak Arnie cakap, “Ya, please don’t ever mess dengan ibu pregnant yang sembelit“. Gelak besar dia. Hehe… Sambil tue, kak Arnie kongsi juga 7 tips atasi sembelit selepas bersalin.
Gelak tue gelak juga, tapi ini realiti tau para suami sekalian. Sembelit ketika hamil, dan sembelit selepas bersalin antara yang ditakuti oleh ramai isteri.
Isteri Sah Di Serang Penyakit Bell’s Palsy
Yang ketiga, ini masalah kesihatan yang paling serius semalam. Si isteri baru sahaja disahkan kena serangan Bell’s Palsy (lumpuh sebelah muka).
Menariknya, apabila si isteri mula ada simptom berkaitan, si suami penyayang yang terus rajin cari maklumat tentag Bell’s Palsy nie. Masih di peringkat awal, jadi mereka nak ikhtiar rawatan alternatif Bell’s Palsy dengan Vivix dan B-Complex, di samping rawatan dari hospital.
Punca penyakit Bell’s Palsy ini masih misteri. Ada yang kata radang sebab jangkitan virus. Ada yang kata sebab trauma, gaya hidup dan lain-lain. Namun, kebanyakkan kes yang kami pernah dengar, Bell’s Palsy banyak menyerang ibu-ibu lepas bersalin.
Yang penting, walaupun Bell’s Palsy nie bukan strok, tapi sangat menggangu si pesakit.
3 Kisah Suami Penyayang Ikhtiar Cari Penawar Kesihatan Isteri
Alhamdulillah, ramai sangat suami penyayang lagi prihatin di Malaysia nie kan?
Sejujurnya, setiap kali bila kami pergi COD produk Shaklee kepada customer, kita bukan setakat deliver barang macam kurier PosLaju. Waktu inilah kita ambil peluang berbual dengan customer, dan ambil iktibar daripada 1001 kisah pengajaran dan real-life experience.
Sebab itulah kami masih seronok dan setia menjalankan bisnes Shaklee sehingga hari ini.
Terima kasih kepada semua customers yang banyak mengajar kami. Semoga Allah kurniakan kesihatan yang baik buat anda semua, Insya Allah… 😀
*DISCLAIMER
These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.
*Kami ialah Pengedar Shaklee aktif di Setia Alam, Bukit Raja, Meru, Kapar, Klang dan Shah Alam. Penghantaran produk Shaklee menggunakan kurier ke seluruh Malaysia. Untuk order produk, daftar keahlian, atau peluang jana pendapatan dengan Shaklee, hubungi:
WhatsApp 017-3030081 (WhatsApp sahaja).
Follow FB Arnie Samsudin untuk chat secara langsung.
Daftar keahlian Shaklee di “Join Now“ sekarang & nikmati penjimatan hingga 20%.