Setiap pasangan yang berkahwin, pasti impikan untuk mempunyai zuriat sendiri.
Jadi, antara perkara penting yang perlu diambil pusing oleh si ibu ialah, bilakah waktu subur?
Ovulasi ialah proses pengeluaran telur dari salah satu ovari wanita. Setiap bulan, 15 hingga 20 telur akan matang di dalam ovari. Telur yang paling matang akan dilepaskan ke Tiub falopio. Tiub falopio lah yang menyambungkan ovari dengan uterus (rahim).
Proses ovulasi biasanya berlaku di antara hari ke-12 hingga ke-14 sebelum wanita datang haid yang seterusnya. Ini adalah anggaran sahaja. Ovulasi boleh berlaku 2 hari sebelum, atau 2 hari selepas tempoh hari ke-12 hingga ke-14 tersebut. Tempoh inilah dikira sebagai waktu subur.
Cara Kira Waktu Subur Untuk Kitaran Haid Tetap
Setiap wanita, jumlah hari kitaran haidnya tidak sama. Bagi wanita yang mempunyai kitaran haid yang tetap setiap bulan, lebih mudah untuk buat anggaran bilakah tempoh kesuburan.
Contohnya, kitaran haid kita ialah selama 29 hari, dan tetap setiap bulan. Hari pertama di datangi haid, dikira sebagai hari pertama kitaran haid.
Jadi, waktu subur boleh berlaku di antara hari ke-10 hingga hari ke-16 di dalam kitaran haid.
Namun, ramai wanita yang kitaran haidnya tidak tetap. Jadi, agak sukar untuk mengagak waktu ovulasi kerana ia boleh berlaku seminggu awal, atau sebulan lewat.
Untuk kes sebegini, mengira tarikh kesuburan dengan mengira kalendar kitaran haid akan menjadi kurang tepat. Di sini lah pentingnya setiap wanita mengenal pasti tanda-tanda kesuburan.
3 Tanda-tanda Ovulasi Untuk Ketahui Waktu Subur Wanita
Tanda-tanda kesuburan berlaku lebih kurang 5 hari sebelum ovulasi. Jadi, selain daripada periksa kalendar kitaran haid, cuba perhatikan 3 tanda-tanda ovulasi ini:
(1) Perubahan pada mukus servik.
Mukus servik ialah lendir yang boleh kita nampak pada seluar dalam, atau panty-liner, ketika membuang air kecil. Perubahan struktur mukus serviks dapat memberitahu bilakah waktu subur.
Waktu wanita paling subur ialah apabila mukus serviks berwarna bening, licin dan anjal. Ia kelihatan seperti putih telur yang mentah. Mukus yang subur ini bantu mempercepatkan perjalanan sperma masuk ke dalam uterus. Ia membekalkan zat, dan melindungi sperma apabila bergerak menuju tiub falopio untuk bertemu dengan telur. Struktur mukus servik subur di sini.
(2) Sakit Pinggang
1 per 5 daripada wanita merasai aktiviti ovulasi dengan kesakitan pada pinggang. Bermula dengan rasa sakit-sakit yang ringan, kepada rasa sakit tajam dan menusuk. Ada yang menggambarkan ia sebagai “sakit pinggang sebelah”, atau keradangan spesifik.
Jika anda rasai sakit serupa, pada masa yang agak sama setiap bulan, periksalah mukus serviks anda. Sakit pinggang ini boleh menjadi panduan bagi sesetengah wanita untuk mengetahui waktu subur dirinya.
(3) Rasa Seksi dan Memikat
Rasa seksi, suka memikat dan lebih suka bersosial, adalah tanda-tanda anda berada di tempoh paling subur. Ada bukti dari segi perubatan mengenai perkara ini, percayalah!
Anda mungkin rasa lebih menawan apabila semakin hampir dengan waktu ovulasi. Tanpa sedar, anda mungkin akan pilih baju yang lebih menonjolkan daya tarikan anda. Dalam masa yang sama, anda juga kelihatan lebih menawan pada pandangan suami.
Lebih istimewa, anda berbau harum ketika waktu subur. Bau badan anda lebih harum dan seksi bagi suami. Anda mungkin sangka orang lain tak sedar anda sedang mengovulasi, tetapi, bau semulajadi badan anda menceritakan segalanya.
Kenali Tanda Kesuburan Jika Merancang Nak Hamil
Mengira tarikh kesuburan menggunakan kitaran haid sahaja bukanlah cara yang sangat tepat. Ini kerana, tak semua wanita mempunyai kitaran haid yang tetap. Kalau tetap pun, ada kemungkinan juga waktu ovulasi berlaku lebih awal, atau terlambat sedikit.
Jadi, cara yang terbaik untuk ketahui waktu subur wanita ialah dengan memerhatikan 3 tanda-tanda ovulasi ini. Dalam masa yang sama, boleh install apa-apa apps untuk track period.
Namun, kalau rasa tak yakin nak monitor sendiri, beli sahaja Ovulation Tester. Settle!
Apapun, penting untuk take note hari pertama period setiap bulan. Bila nak buat pemeriksaan kehamilan pun, soalan pertama yang ditanya ialah, “Bilakah hari pertama last period puan?”
Dan, jangan lupa makan asid folik seawal 3 bulan sebelum merancang nak hamil. 😉
Arnie Samsudin
Seronok dengar berita kehamilan rakan-rakan.
titan says
memang jarang kira.
cuma leh tau la gak.
Mazni Azmi says
Ada bau istimewa rupanya
Tak sangak. ilmu baru ni. Terima kasih sebab kongsi ilmu
Mama Hakim says
Mama ni anak 2 orang insyaallah dah cukup
Nak didik mereka ni sekarang banyak pakai belanja
Kualiti masa kena jaga
Ibu Zaid says
Bagus untuk rujukan isteri yang baru kahwin. Nak cepat dapat anak kan
cuba tips atas ni
Noriza Rahman says
Kalau kitaran haid tak normal agak susah juga nak buat pengiraan kan