Tips Merealisasikan Azam Tahun Baru | Selamat Tahun Baru 2015!!! Ramai orang ada azam tahun baru. Tapi tak ramai yang betul-betul serius untuk merealisasikan kesemua azam tahun baru yang disenaraikan itu. Adakala, sampai terlupa, apakah azam tahun baru sendiri?
Kadang-kala kita jadi lemau sebab azam tahun baru diperlekehkan oleh kawan-kawan, hingga ada yang kata, tak perlulah buat azam tahun baru nie. Nonsense!
Bagi saya, azam tahun baru ini sesuatu yang wajib diperlukan jika mempunyai perancangan kehidupan, terutama bagi mereka di dalam dunia bisnes, dan mempunyai empayar perniagaan sendiri. “Tahun baru” di sini hanyalah sekadar satu jangkamasa yang boleh kita gunapakai untuk mengukur masa dan merealisasikan matlamat tersebut.
Tak semestinya perlu mula dari 1 Januari 2015, dan berakhir pada 31 Disember 2015. Anda boleh pilih mana-mana tarikh yang anda suka. Misalnya umat Islam mempunyai Kalendar Hijriyah. Jadi, kita boleh mulakan dari 1 Muharam, dan berakhir pada 30 Zulhijjah. Cumanya seperti sudah menjadi kebiasaan ramai untuk menggunakan kalendar yang sama digunapakai oleh semua masyarakat di dunia.
Tips Merealisasikan Azam Tahun Baru
(1) Tuliskan Azam Tahun Baru anda!
Walaupun kini zaman gajet, semua orang mampu ada smartphones dan tablets, saya tetap percaya dengan menulis dan conteng di buku. Dengan buku kita boleh melakar dengan bebas, nak buat peta minda pun mudah!
(2) Gambarkan Azam Tahun Baru anda!
Dah selesai menulis di buku, anda boleh mula buat Vision Board pula, Papan Impian anda! Tampalkan Vision Board ini di tempat yang anda boleh tengok setiap hari. Bagi ibu yang bekerja di rumah contohnya, boleh tampalkan di meja kerja SOHO anda. Imej memainkan peranan penting untuk merangsang otak, terutama minda separa sedar kita. Setiap kali tengok Vision Board akan buat anda rasa teruja dan bersemangat untuk realisasikan azam tersebut.
(3) Luahkan Azam Tahun Baru anda!
Akhir sekali, kongsikan azam tahun baru anda itu kepada seseorang, jangan simpan kepada diri sendiri sahaja. Ceritakan kepada ibu bapa, suami, isteri atau sahabat anda. Bila kita kongsikan kepada orang lain, secara tidak langsung kita akan rasa malu jika azam tahun baru kita tue hanya hangat-hangat tahi ayam. Jadi kita akan berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapainya. Dan, minta juga mereka doakan supaya anda BERJAYA mencapai impian tersebut.
Nahhh, mudah aje kan?
Jadi, sudahkah anda mempunyai Azam Tahun Baru 2015? 🙂
*DISCLAIMER
These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.
Kami ialah Pengedar Sah Shaklee anda di SETIA ALAM, Bukit Raja, Meru, Kapar, Klang dan Shah Alam. Penghantaran produk Shaklee menggunakan kurier ke seluruh Malaysia & Indonesia. Untuk order produk Shaklee, daftar keahlian, atau peluang jana pendapatan dengan Shaklee, hubungi:
Call/ SMS/ WhatsApp/ Telegram: 017-303 0081 atau 012-218 0781.
E-mail: genkimomma@gmail.com
ReeN says
Menarik tips ni. Thank you for sharing!
GenkiMomma says
Vision Board! Vision Board! 🙂