Musim cuti sekolah biasanya ibu ayah akan bawa anak-anak pergi jalan bercuti ke mana-mana. Kebiasaannya pasti destinasi yang mempunyai kolam renang menjadi keutamaan. Maklumlah, kanak-kanak kan suka main air.
Bila asyik berendam nie, sebagai ibu, kita risaukan kesihatan si anak. Sejuk kan. Risau dadanya sejuk sebab berendam dalam air sejuk berjam-jam, risau terkena sebarang penyakit kerana faktor kebersihan, dan macam-macam lagi.
Selain itu, kita juga perlukan tenaga yang tinggi untuk handle anak-anak enjoy bercuti. Mandi kolam dan berenang sahajapun dah cukup penat. Apatah lagi, bila kita keluar berjalan-jalan.
Jadi, ibu ayah perlu pastikan anak-anak sentiasa kekal sihat, supaya enjoy bercuti sakan.
3 Vitamin Wajib Bawa Bila Bercuti di Hotel Dengan Anak-Anak
Bagi kami, setiap kali bercuti di hotel, pasti akan bawa banyak vitamin, re-packΒ dalam pillbox supaya mudah dibawa ke mana-mana. B-Complex, Alfalfa, Garlic, Peppermint-Ginger, Vitamin C, Vitamin E, Performance Drink dan lain-lain. Semua suplemen ini ada kepentingan tertentu.
Tapi, dalam banyak-banyak suplemen, 3 benda ini vitamin yang wajib di bawa bercuti di hotel. Nak tahu kenapa? Haa kenalah tengok video ini…
(1) OmegaGuard – Minyak ikan premium yang kaya dengan khasiat Omega-3. Bantu melancarkan pengaliran darah, serta memanaskan badan. Selain dari badan sejuk banyak berendam dalam swimming pool, pendingin hawa di bilik hotel pun biasanya agak sejuk.
(2) Nutriferon – Immune booster untuk kuatkan sistem pertahanan badan. Bila badan anak kurang sihat, batuk-batuk, flu, demam, sakit perut atau cirit birit, cepat-cepat kami berikan Nutriferon.
(3) Ostematrix – Sumber kalsium magnesium untuk beri tenaga selepas seharian penat berjalan, dan lenguh-lenguh badan berenang dalam swimming pool. Yang ini, vitamin wajib untuk ibu ayah.
3 vitamin ini tak pernah tinggal. Kalau tiba-tiba anak jatuh sakit ketika bercuti, inilah first aid yang kami berikan kepada anak-anak. Selain itu, bawa juga minyak panas, minyak angin, balm, plaster, baby wipes dan apa-apa yang patut sebagai first aid kit. Mak-mak sangat. π
Pengalaman Handle Anak Sakit Ketika Bercuti
Anak kami yang sulung ada resdung. Memang style bersin-bersin setiap pagi, sekali bersin keluar hingus banyak sangat. Agak risau bila dada dia sejuk. Sejak amalkan minyak ikan OmegaGuard setiap hari, dia dah kurang bersin. Beza sangat. Jadi, kami akan pastikan dia ambil minyak ikan setiap kali sebelum masuk dan selepas keluar dari swimming pool.
Pernah sekali tue kami dalam perjalanan pulang dari Rome ke KLIA. Tiba-tiba anak perempuan kami sakit perut dalam kapal terbang, muntah-muntah, sampai pucat lesi mukanya. Mana pula nak cari ubat atau doktor di tengah-tengah awan kan? Terus kami berikan 1 sachet NutriFeron kepadanya. Alhamdulillah, dia tidur lena dan beransur segar.
Selain itu, bila travel kan kita makan macam-macam. Diet tolak tepi. Kurang minum air kosong, supaya tak kerap kencing. Ini akan menyebabkan sembelit tau. Tak syok lah bila travel, tapi sembelit. Di sinilah peranan magnesium untuk bantu lawaskan penghadaman.
Jadi, inilah 3 vitamin yang wajib kami bawa setiap kali bercuti di hotel bersama anak-anak, sebagai perisai kesihatan, dan untuk pastikan anak-anak kekal sihat dan ceria bercuti.
Tambahan lagi 3 vitamin wajib, vitamin sihat, vitamin sabar dan vitamin gembira. Hihi..
Ibu-ibu bagaimana? Jangan lupa bawa ‘perisai kesihatan’ bila bercuti dengan anak-anak tau. π
Arnie Samsudin
Mak anak ramai, yang suka travel.
Nur Razali says
Simptom mak mak sangat tue memang tak boleh tinggal π kalau anak berenang kat laut tue suara mak-mak ni aje yang terjerit-jerit sebab risau sangat π
GenkiMomma says
Hahaha, masalah mak-mak sejagat, kan Nur… π
nikkhazami says
anak2 mudah kena penyakit.. balik cuti je demam.. baik makan vitamin shaklee ni.
GenkiMomma says
Tambahan pula, musim hujan nie kannn…
Azlin Azlan says
3 vitamin tambahan tu (sihat, sabar dan gembira) memang tersangat perlu. kalau tak der, nampak gayanya duduk kat rumah jer lah, tak pergi jenjalan ke mana-mana.
GenkiMomma says
“Vitamin Sabar” tue kena recharge selalu Lin… π
Noriza Abdul Rahman says
Nampak ayahnya yang terlebih keriangan tu..hehe
GenkiMomma says
Ayah pun sama-sama riang dengan kanak-kanak ribena, ekeke… π
Oja Samid says
Tak berani nk pi travel tanpa vitamin. Sekarang dah jadi macam “first aid kit”. Memang seboleh2nya nak mencegah penyakit, kan..
Kate says
sama lah kak arnie. Wajib bawa vitamin kalau pergi mana-mana.