4 Tips Basuh Pinggan Untuk Pesakit Ekzema | Penyakit Ekzema ialah sejenis penyakit keradangan kulit yang boleh berlaku di mana-mana anggota badan termasuklah pergelangan tangan, tapak tangan, pergelangan kaki, tapak kaki, serta kawasan sekeliling bibir dan mata. Satu ciri utama Atopic Eczema adalah kegatalan yang amat teruk.
Pesakit Ekzema Di Tapak Tangan
Bagi pesakit Ekzema dewasa yang menghidapi Ekzema di tapak tangan, banyak pergerakan akan menjadi terhad, terutama segala aktiviti yang melibatkan air dan sabun. Contohnya, aktiviti membasuh pinggan, mengemop lantai, mengelap meja, termasuklah aktiviti mencuci muka dan sabun badan ketika mandi.
Apabila kulit di tapak tangan diserang Ekzema, kulit tangan akan menjadi terlalu kering dan merekah, sehingga adakala menjadi luka, dan jika tidak dirawat akan menyebabkan jangkitan kuman (infection). Kulit akan rasa lega apabila tersentuh dengan air, tetapi menjadi sangat sensitif dan pedih setiapkali tersentuh dengan sabun.
Apabila kita lap tangan, tangan akan kembali menjadi kering. Maka, kita perlu sapukan pelembap untuk memelihara kelembapan kulit tangan, di samping mengurangkan kadar sensitif nya. Apabila tangan kita terkena air lagi, lapisan pelembap tadi akan hilang, maka tangan akan menjadi kering dan sensitif semula. Jadi, kita perlu menyapu pelembap semula. Proses ini akan berulang-ulang sehinggalah tangan kita sembuh dari penyakit Ekzema.
Penat, kan? Saya faham, kerana saya juga pesakit Ekzema! 🙂
4 Tips Basuh Pinggan Untuk Pesakit Ekzema
Tips No. 1: Pakai sarung tangan (hand glove)
Elakkan tangan Ekzema anda daripada menyentuh terus sabun, bahan pencuci atau apa jua bahan yang boleh menambahkan lagi kerengsaan tangan (inflammation). Cara terbaik ialah dengan memakai sarung tangan.
Tips No. 2: Guna Sabun Basuh Pinggan Mesra Alam
Kebanyakan sabun basuh pinggan di pasaran mempunyai bahan kimia yang sedikit demi sedikit menggalakkan kerengsaan kulit pesakit Ekzema. Oleh itu, saya memilih bertukar kepada Get Clean Hand Dish Wash yang terbukti mesra alam, tanpa bahan berbahaya, dan dihasilkan daripada bahan semulajadi sahaja.
Pencuci Pinggan kami yang berbau harum ini tangkas mencuci minyak, tidak merengsakan tangan dan mesra alam sekitar. Hanya beberapa titisan kecil sahaja untuk menanggalkan timbunan minyak yang melekat pada pinggan mangkuk anda. Benar, beberapa titis sahaja!
- Lembut pada tangan.
- Rumusan berasaskan tumbuh-tumbuhan daripada sumber semula jadi yang mapan.
- Buih sabun yang tahan lebih lama.
- Menjadikan pinggan bersih berkilau.
- Hanya beberapa titisan untuk mencuci timbunan pinggan mangkuk di dalam sinki.
Tips No. 3: Sapukan Pelembap Semulajadi
Sebaik sahaja lepas basuh pinggan, pesakit Ekzema secepat mungkin perlu sapu semula pelembap semulajadi bagi memelihara kelembapan kulit. Pilihan saya ialah, pelembap semulajadi Herbal Blend Cream!
Herbal Blend® Multi-Purpose Cream
- Krim yang melegakan dan diuji secara klinikal ini berkesan untuk melembutkan kulit anda, termasuk kulit yang kasar dan keras pada lutut, siku dan kaki.
- Dengan kesejukan mentol dan tidak melekit.
- Dirumus daripada ekstrak tulen herba semula jadi yang sungguh menyegarkan termasuk Sej, Horse Chestnut, Yarrow dan Rosemary.
Tips No.4: Ambil Maid!
Jika ada pembantu rumah (Maid), anda bolehlah abaikan 3 Tips di atas. 😀
Tak perlu fikir kena buat kerja rumah, cukup sekadar fokus untuk penyembuhan penyakit Ekzema di tangan anda itu. Walaupun tak perlu buat kerja rumah, aktiviti mandi dan mengambil wudhu’ juga boleh mendatangkan ketidakselesaan kerana kedua belah tangan akan segera rasa kering, pedih dan sakit apabila air kering, kan? Jadi, segeralah usaha untuk menyembuhkan tangan anda.
Namun, bagi anda yang tiada pembantu rumah, cubalah 3 Tips pertama yang saya kongsikan tadi. Paling asas dan ekspress ialah Tips No. 1. Manakala untuk kesihatan jangkamasa panjang, cubalah amalkan Tips No. 2 dan No. 3 juga.
Saya pernah mengalami situasi di atas, di mana penyakit Ekzema ini kembali menyerang di kedua-dua belah tangan sehingga saya tak boleh buat apa-apa. Penyakit Ekzema ialah sejenis penyakit yang tidak boleh sembuh seumur hidup. Namun kita boleh usaha untuk mengawal dan mengurangkan keradangannya.
*DISCLAIMER
These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.
Kami ialah Pengedar Sah Shaklee anda di SETIA ALAM, Bukit Raja, Meru, Klang dan Shah Alam. Penghantaran produk Shaklee menggunakan kurier ke seluruh Malaysia & Indonesia. Untuk order produk Shaklee, daftar keahlian, atau peluang jana pendapatan dengan Shaklee, hubungi:
Call/ SMS/ WhatsApp : 017-303 0081/ 012-218 0781.
E-Mail : genkimomma@gmail.com.
Masukkan No. ID Sponsor : 830022 jika daftar keahlian (Express Enrolment) di “Join Now“.
Noriza Rahman says
Memang sakit kan bila nak membasuh pun pedih ja rasa tangan tu..semoga Allah beri kesembuhan untuk pesakit eczema ni..
GenkiMomma says
haaa, tapi kalau ada maid takpe je… 😛
Noriza Rahman says
Ambik la maid special utk basuh pinggan je..hihi
Dr Fattah says
memang sakit kalau tangan pesakit bila terkena air.
GenkiMomma says
Nanges terus, doktor!