Lipat baju merupakan kerja rumah yang paling tidak disukai oleh kebanyakkan suri rumah. Alah, bukan surirumah aje. Yang bujang dan anak dara pun ramai aje yang tak suka lipat baju kan?
Basuh baju rajin. Sidai baju pun terpaksa rajin, sebab kalau tak sidai nanti baju berbau busuk. Tapi, bila jemuran dah kering, bercinta nya nak lipat baju.
Masa zaman duduk asrama dulu, ada je kawan-kawan yang terus sumbat pakaian kering ke dalam locker sebab tak sempat nak lipat. Letak atas katil nanti takut kena perli dengan kawan-kawan sebilik. Lepas tue, sendiri nak cari baju pun tak jumpa. Hihi…
Nak hantar dobi, mahal pulak. Baik simpan duit untuk tabung gajet, atau tabung kahwin.
Malas Lipat Baju, Masalah Sejagat Suri Rumah
Tak kisahlah ibu bekerja, mahupun suri rumah sepenuh masa, majoriti memang liat sedikit nak lipat baju. Terutama kalau anak ramai, lebih dari 2 orang. Bila tak lipat baju sehari, alamat berbakul-bakul lah baju yang menanti untuk dilipat.
Ini bukan rekaan semata-mata tau. Baru-baru ini, ketika kami buat perkongsian tentang tips pengurusan masa untuk rakan bisnes, kami tanya kepada audien, kerja rumah apakah yang paling tidak disukai? Haa agak-agak apa jawapan mereka?
Ya, mereka sebulat suara menjawab, “lipat baju”. Serius tau! 😛
Kalau dibuat senarai tugas harian dalam rumah, pastinya tugas melipat baju mendapat tempat terakhir. Namun, suka atau tidak ibu-ibu perlu cari jalan untuk pastikan semua baju yang telah dibasuh kering, dilipat rapi. Jika tidak, kita juga yang confuse yang mana baju bersih.
Sistem Bakul Baju, Cara Mudah Urus Baju Untuk Ibu Anak Ramai
Mari kami kongsikan satu cara mudah urus baju untuk ibu anak ramai. Sebagai ibu yang bekerja di rumah, dalam masa yang sama menguruskan 4 orang anak dan hal ehwal rumahtangga yang lain, sistem ini sangat membantu urusan harian kami.
Kami panggil, sistem bakul baju. Sangat sesuai digunapakai terutama untuk ibu anak ramai, lebih dari 2 orang dan ke atas. Konsepnya, 1 bakul baju, untuk setiap 1 orang ahli dalam rumah.
(1) Katakan anda ada 4 orang anak. Jadi anda perlu sediakan sekurang-kurangnya 6 bakul baju untuk diri sendiri, suami, dan 4 orang anak.
(2) Beli bakul baju yang berbeza. Atau, labelkan supaya mudah nak kenalpasti.
(3) Setiap kali bila jemuran dah kering, terus sahaja masukkan baju mengikut tuan badan.
6 bakul baju ini, tak termasuk bakul laundry untuk baju kotor di setiap bilik. Tujuannya, supaya ibu-ibu tak tersilap antara baju bersih dan baju kotor.
Jangan salah faham. Guna tips bakul baju ini bukanlah bermakna ibu-ibu tak perlu lipat baju seumur hidup. Ianya cuma salah satu cara untuk bantu ibu yang sibuk urus kerja rumah dengan efisyen.
Bila ada masa yang terluang, bolehlah lipat baju tanpa stress, sambil tengok cerita favourite.
5 Kelebihan Guna Sistem Bakul Baju Untuk Ibu Yang Sibuk
5 kelebihan guna sistem bakul baju untuk ibu anak ramai yang sibuk di rumah ialah:
(1) Tiada lagi timbunan baju.
Tiada longgokan baju dalam satu tempat, hingga menyukarkan kita nak cari baju. Boleh cari baju yang hendak dipakai dengan cepat, walaupun baju belum dilipat dan disusun rapi di dalam almari.
(2) Mudah nak cari pakaian yang kecil.
Pakaian bayi, dan pakaian dalam selalu sahaja terselit dalam timbunan baju. Paling stress bila tak jumpa pasangan kepada sarung tangan bayi. Selalu aje hilang benda kecil nie. Terselit sana sini. Anak-anak juga boleh cari baju sendiri, tanpa bantuan ibu.
(3) Tetamu datang mengejut, no problem!
Jika ada tetamu datang mengejut dan anda tak sempat lipat baju, boleh terus sorokkan bakul baju di dalam bilik. Nampak cantik je bakul baju berbaris di tepi dinding tau.
(4) Latihan berdikari untuk anak-anak.
Latih anak-anak untuk bertanggungjawab ke atas bakul baju sendiri. Ajar mereka untuk lipat baju sendiri sejak dari kecil, tak kira lelaki atau perempuan. Puji dan tegur sebaiknya.
(5) Jimat masa dan suara ibu.
Ibu senang nak monitor bakul baju mana yang lambat kosong. Jadi, jimat tenaga ibu terus attack pada tuan punya baju aje. Jimat suara juga sebab ibu tak perlu buang masa berleter pada semua ahli di dalam rumah, walau hakikatnya ibu memang suka cakap banyak (membebel). Kihkih… 😛
Namun, sistem ini mungkin tidak sesuai jika anda tinggal bersama mertua dan ipar duai.
Kalau tak mahu di cop “pemalas”, baik anda gagahkan juga lipat baju setiap hari walaupun tak cukup rehat. Risau nanti, ibu mertua senyap-senyap tolong lipatkan baju pula. Siapa yang malu? Hihi..
Jika anda rasa sistem bakul baju ini boleh bantu ringankan kawan-kawan yang ada masalah nak lipat baju di rumah, silalah kongsikan entri ini kepada mereka. Semoga bermanfat.
Alangkah indahnya jika di Malaysia dah ada jual mesin lipat baju… 😀
Arnie Samsudin
Mak anak ramai, yang sibuk bekerja dari rumah.
MeqZa Abdul Rahman says
Nak je ambil upah tolong lipatkan baju tu..hahaha
GenkiMomma says
tak boleh ke baju2 nie lipat diri sendiri? hihihi..
umminani says
jimat masa dan suara ibu tu yang paling best..hahaha tapi apakan daya anak masih kecil, kena lipat sendiri juga
GenkiMomma says
bertabah lah ummi sementara anak masih kecil.. alaa kejap je nanti besarlah tue, hihi…
maizul.com says
Ada tak sistem bakul yang boleh di langgatkan
GenkiMomma says
Beli bakul lagi murah rasanya…
Sithy Harjieah says
Saya pun praktikkan benda sama. Beli 4 bakul yang sama jenis, kaler ikut diorang suka. So, kalau tak sempat lipat, asing je situ. Nanti ambik sendiri. Umie tak sempat nak layan kekadang carik baju. Hehehe
GenkiMomma says
Lagi sistematik kan guna sistem bakul baju nie untuk ibu2 sibuk bekerja, hehe..
Nur Razali says
Walaupun nur baru ada anak 2 kemalasan nak melipat baju ni Allah je yang tau 😅😅😅 jadi lepas ni boleh apply sistem bakul ni kan.
GenkiMomma says
Memang masalah sejagat ibu2 sedunia nie Nur… 😛
Khairul Zamri says
Kalau malas lipat baju gantung saja dalam almari senang untuk dicari juga nanti
GenkiMomma says
Betul juga, cara gantung baju ini lebih sesuai untuk yang bujang, ataupun ibu2 anak tak ramai..