Ruang Kerja Di Rumah
Bekerja di rumah kini menjadi pilihan ramai individu, bukan sahaja golongan ibu-ibu, malah menjadi pilihan kaum bapa juga. Ada yang menjalankan bisnes di rumah samada menjual produk, mahupun menawarkan servis profesional. Namun, banyak juga pekerjaan masa kini yang membolehkan pekerja nya bekerja dari rumah (work from home).
Di antara faktor utama ramai yang memilih untuk bekerja di rumah ialah dari segi fleksibiliti masa dan ruang. Kita bebas menguruskan masa kita mengikut jadual sendiri, bebas bekerja di mana-mana sahaja hatta sedang melancong ke luar negara sekalipun, serta bebas melakukan aktiviti harian bersama anak-anak tanpa mengabaikan bisnes sendiri.
Alhamdulillah, tahun baru 2016 ini masuk tahun ke-4 saya bekerja sendiri di rumah, menjalankan bisnes serta memberi konsultasi tentang produk kesihatan hanya dari rumah. Bagi saya, ruang kerja di rumah yang selesa sangat membantu kejayaan seseorang untuk lebih fokus dan produktif bekerja di rumah.
5 Langkah Mudah Mencipta Ruang Kerja Di Rumah
Untuk menghasilkan ruang kerja di rumah, kita tak perlukan bajet yang mahal. Cukup gunakan apa yang ada sahaja. Tambahan pula kita baru nak mulakan bisnes di rumah. Maka, lebih baik kita gunakan bajet tersebut sebagai modal untuk membeli barang jualan, ataupun membayar kos pemasaran.
Mari kami kongsikan 5 langkah mudah, step-by-step untuk anda cipta ruang kerja di rumah sendiri.
(1) Ruang Kerja
Mula-mula sekali anda perlu cari tapak yang sesuai untuk di jadikan ruang kerja di rumah. Secara logiknya, anda boleh sahaja bekerja di mana-mana tempat yang kosong di dalam rumah; depan TV ke, di meja makan ke, sambil baring di atas karpet ke, sebab tiada siapa pun yang akan marah. Namun, jadilah profesional. Wajibkan diri cari satu ruang kerja di rumah, untuk di jadikan seperti ruang pejabat.
Ruang kerja ini mungkin boleh jadi di bawah tangga, di hujung sudut bilik tidur, di ruang tengah tingkat atas rumah, atau kalau ada bilik ekstra, boleh ubah suai terus sebagai mini pejabat di rumah. Ada yang suka menghadap tingkap untuk melihat pemandangan di luar, ada juga yang tidak kisah menghadap dinding untuk lebih privasi. Yang penting, ruang kerja tersebut cukup selesa untuk anda.
Ruang kerja ini dipanggil ruang SOHO, Small Office Home Office.
(2) Meja Kerja
Tak lengkap ruang kerja tanpa meja. Jadi, carilah meja yang sesuai dengan bisnes anda, untuk dijadikan meja kerja. Lengkapkan juga dengan kerusi kerja yang sesuai. Kalau boleh cari meja dan kerusi yang ergonomik kerana anda akan menghabiskan kebanyakan daripada masa anda di meja kerja tersebut.
Bagi anda yang workaholic, mungkin anda akan melepak lebih dari 12 jam sehari di ruang kerja di rumah anda. Lebih lama dari waktu kerja standard di pejabat. Jadi, sewajarnya anda cari meja dan kerusi kerja yang setanding atau lebih mahal dari yang biasa digunakan di pejabat. Kerja kuat tak salah, namun kesihatan jangan diabaikan.
(3) Storan Ruang Kerja
Ruang storan juga penting. Bila dah namanya kerja, mesti banyak buku, dokumen, fail, kertas, surat dan lain-lain yang kita akan guna pakai untuk bekerja. Tanpa ruang storan yang betul, barang-barang ini akan bersepah dan sedikit sebanyak menggangu mood kerja anda. Bila perlukan sesuatu segera, sukar pula nak jumpa kerana barang tersebut dah tenggelam dalam timbunan barang-barang yang lain.
Jadi, fikirkan satu ruang di mana kita boleh susun atur barang-barang kerja kita. Anda boleh sediakan satu rak kecil di sebelah meja kerja, container bertutup, ataupun menggunakan sepenuhnya ruang kosong di bahagian atas meja kerja dengan memasang para dinding.
Ada juga meja kerja yang di datangkan terus dengan ruang storan. Saya memilih meja 2-in-1 begini.
(4) Kelengkapan Kerja
Lengkapkan ruang kerja di rumah anda dengan keperluan asas bekerja. Jika anda berniaga Online, semestinya anda perlukan komputer meja ataupun laptop yang lengkap dengan kemudahan internet. Nak lebih selesa setup wireless Internet (Wi-Fi), supaya anda boleh akses internet dari mana-mana ruang pun di dalam rumah anda.
Selain itu, lengkapkan ruang kerja di rumah dengan keperluan asas kerja seperti alat tulis (pen, pensil, stapler, puncher, high lighter etc), kertas kosong, nota kecil, tong sampah atau apa jua kelengkapan kerja yang sesuai dengan nature bisnes anda.
Jika anda perlukan mesin Printer, cuba cari mesin 4-dalam-1 di mana ia boleh jadi mesin pencetak (printer), mesin pengimbas (scanner), mesin fotostat (copier) serta sebagai mesin faks (fax).
(5) Hiasan Ruang Kerja
Akhir sekali, hiaslah ruang kerja di rumah anda dengan aksesori yang boleh menaikkan mood anda untuk rajin bekerja dengan lebih produktif. Jadikan ia ruang favourite anda. Bila sahaja anda duduk di situ akan rasa tenang, bersemangat, dan sentiasa seronok untuk bekerja walau hanya dari rumah.
Inilah pemandangan yang saya selalu tatap setiap kali duduk di ruang kerja SOHO saya. ‘Wall gembira’ saya. Setiap imej di dinding memberi 1001 makna. Semangat untuk terus berjaya dalam bisnes sentiasa berkobar-kobar setiap kali melihat wall gembira ini. Alhamdulillah, dengan bisnes Shaklee yang kami jalankan walau dari rumah sahaja, telah membawa kami mengelilingi dunia.
Mudah sahaja, kan? Mulakan dengan apa yang ada. Jika ada bajet lebih, barulah kita menambah sedikit demi sedikit sehingga ruang kerja di rumah kita menjadi cantik seperti ruang kerja idaman kita.
3 Tips Mudah Merealisasikan Azam Tahun Baru
Selamat Tahun Baru 2016! Saya doakan semua pembaca yang membaca artikel 5 Langkah Mudah Mencipta Ruang Kerja di Rumah ini, dan berimpian untuk bekerja dari rumah dipermudahkan urusan oleh-Nya. Aamiin… 😀
*DISCLAIMER
These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.
Kami ialah Pengedar Sah Shaklee anda di SETIA ALAM, Bukit Raja, Meru, Kapar, Klang dan Shah Alam. Penghantaran produk Shaklee menggunakan kurier ke seluruh Malaysia & Indonesia. Untuk order produk Shaklee, daftar keahlian, atau peluang jana pendapatan dengan Shaklee, hubungi:
Call/ SMS/ WhatsApp : 017-303 0081/ 012-218 0781
E-Mail : genkimomma@gmail.com
Masukkan No. ID: 830022 di kotak “Sponsor” jika daftar keahlian (Express Enrolment) di “Join Now“.
Noriza Rahman says
Bestya tengok ruangan kerja Arnie, nak tunaikan impian juga la dapa ruang kerja yang macam tu
GenkiMomma says
Rasa macam dalam “dunia sendiri” bila duduk di sini kak.. Cubalah buat walaupun simple, yang penting “perfect” di mata kita, kannn… 🙂
Noriza Rahman says
Ruang kerja yang kat bawah tangga tu memang tak sesuai dengan adanya anak-anak kecik ni, boleh jadi tempat depa melepak pula…haha
Azwan says
Kalau ada ruang kerja sendiri memang lebih bersemangat nak buat kerja. Sebelum ini buat kerja di hadapan tv, ruang tamu atau meja makan. Boleh, tapi tak lama dan tak fokus. Konsep yang sama juga perlu kita sediakan untuk anak-anak kita. Berikan mereka ruang mengulangkaji yang sempurna ikut kemampuan. Asalkan apabila mereka hendak mengulangkajia atau buat kerja rumah, tempatnya ada. Ini akna membantu mereka untuk fokus.
GenkiMomma says
Betul tue, anak-anak juga perlukan “ruang belajar” mereka sendiri..
nur razali says
Suke tengok ‘Wall Gembira’ Kak Arnie… 🙂
GenkiMomma says
Semoga sentiasa kekal gembira sepanjang berada di “wall gembira”, ekeke…
ReeN says
Waahh..! Cantiknya ruang kerja Arnie.. Best Best..! Nak ada macam ni jugak. Semangat ‘masuk kerja’ lain sikit. Hehe..