Sakit Arthritis ialah satu penyakit yang menyebabkan kesakitan, kemerahan, keradangan (bengkak) dan kekejangan sendi. Di antara penyebab berlakunya sakit arthritis ini ialah kerosakkan sendi, jangkitan kuman, penyakit yang diwarisi, dan lain-lain lagi.
Jenis-jenis Sakit Arthritis
Ada 4 jenis arthritis yang sering dihidapi oleh orang dewasa iaitu OsteoArthritis (OA), Rheumatoid Arthritis (RA), Gout dan Arthritis yang disebabkan oleh jangkitan kuman.
(1) OsteoArthritis (OA) – OsteoArthritis (OA) paling banyak dihidapi. OA disebabkan oleh sendi yang telah haus, dan lebih kerap terjadi di kalangan warga emas. OA menjadi lebih sakit bila berlakunya pergerakan, terutamanya sakit di penghujung jari.
(2) Rheumatoid Arthritis (RA) – Rheumatoid Arthritis (RA) lebih kerap dihidapi oleh kaum wanita.
RA disebabkan oleh tindakan daya tahan badan yang bercelaru, hingga menyebabkan tubuh badan sendiri hasilkan antibodi untuk serang sendi sendiri. RA ialah penyakit autoimmune arthritis.
Rheumatoid Arthritis menyebabkan kekejangan sendi di waktu pagi. Kekejangan boleh mengambil masa sehingga lebih dari 30 minit untuk reda di pagi hari. Antara sendi-sendi yang terlibat ialah jari, pergelangan tangan, tangan dan kaki.
(3) Gout – Gout disebabkan oleh pemendapan asid urik pada sendi. Lazimnya, gout menyerang pangkal ibu jari kaki, dan juga buku lali.
(4) Arthritis Sebab Jangkitan Kuman – Arthritis yang ini berpunca dari jangkitan kuman. Ia biasanya menyerang satu sendi sahaja, dan boleh menyebabkan demam dan menggigil.
Derita Gout Berpuluh Tahun Berakhir, Ayah Tak Perlu Pain Killer Lagi
5 Jenis Makanan Bantu Kurangkan Sakit Arthritis
Perlu diingat, tiada makanan ajaib untuk kurangkan sakit arthritis.
Namun, ada beberapa kajian mencadangkan bahawa mengamalkan pemakanan sihat, dan menambahkan makanan spesifik boleh bantu melawan keradangan sendi serta sakit sendi.
5 jenis makanan semulajadi yang boleh bantu mengurangkan sakit arthritis ialah:
(1) Brokoli, Brussel sprouts, Kobis, Kale dan Bunga Kobis.
Sayuran ini adalah sebahagian daripada keluarga cruciferous.
Ia penuh dengan satu bahan dipanggil sulforaphane, yang boleh membantu melambatkan kerosakkan cartilage pada sendi, yang disebabkan oleh OsteoArthritis (OA).
(2) Ikan Berlemak.
Ikan berlemak seperti salmon, tuna, trout dan mackerel tinggi dengan Asid Lemak Omega-3, yang bantu melawan keradangan. Cuba tambahkan ikan-ikan ini ke dalam diet harian, sekerap mungkin.
Jika anda tak makan ikan, tanya doktor untuk pengambilan suplemen Omega-3.
(3) Bawang Putih.
Bawang putih merupakan keluarga allium. Ia ada sejenis bahan dipanggil diallyl disulfide yang boleh membantu pelbagai penyakit termasuklah arthritis.
“Diallyl disulfide mungkin ada sedikit efek dalam menghadkan enzim yang merosakkan cartilage”, kata pakar rheumatologi Scott Zashin, MD, Professor Klinikal di University of Texas Southwestern Medical School in Dallas. Sakit Lutut Makin Lega Bila Badan Cukup Kolagen
(4) Kunyit
Di dalam kunyit ada satu bahan dipanggil curcumin. Dalam satu review yang diterbitkan dalam International Journal of Molecular Sciences pada tahun 2012 menyatakan bahawa, curcumin bermanfaat dalam pengurusan sakit sendi berkait keradangan yang kronik.
Kunyit telah digunakan selama beratus tahun di India untuk mengelakkan penyakit keradangan. Rempah kekuningan ini banyak dijumpai dalam masakan India, terutama kari.
(5) Vitamin C
Kajian mendapati, antioksidan di dalam Vitamin C boleh melambatkan pembentukan OsteoArthritis (OA). Satu kajian pada tahun 2011 oleh University of South Florida menyatakan bahawa individu yang mengambil suplemen Vitamin C kurang risiko untuk mendapat OA, berbanding individu yang tidak ambil suplemen Vitamin C.
Khasiat Vitamin C boleh didapati daripada buah strawberry, kiwi, nenas dan jambu batu.
Jika nak pilih suplemen vitamin C, pastikan vitamin C tersebut dari sumber semulajadi dan bersifat sustained-release. Contohnya, Sustained Release Vitamin C dari Shaklee.
Gaya Hidup Sihat, Kunci Penawar Sakit Arthritis
Ada banyak pendapat tentang makanan yang baik untuk kurangkan sakit dan radang sendi.
“Umumnya ia berkait dengan pemakanan sihat, dengan buah-buahan, sayur-sayuran, bijirin penuh, kekacang dan biji-bijian”, kata dietitian bertauliah di Academy of Nutrition and Dietetics.
Buah, sayur dan bijirin penuh merupakan makanan semulajadi yang boleh melawan keradangan, sekaligus boleh kawal berat badan. Amat penting untuk mengekalkan berat badan sihat, supaya dapat kurangkan tekanan kepada sendi kita.
Setiap 1 pound berat badan yang hilang, kita dapat kurangkan 4 pound beban pada sendi lutut.
Vivix Bantu Kurangkan Sakit Arthritis