5 Panduan Diet Yang Hanya Mitos Belaka | Sekiranya anda serius untuk menurunkan berat badan, pastinya anda telahpun mempunyai jadual pemakanan sihat serta beberapa panduan diet yang wajib dipatuhi setiap hari. Namun, awas! Ada beberapa panduan diet yang selama ini ramai di antara kita amalkan, tetapi hanyalah sekadar mitos belaka!
Silap langkah, sampai bila-bila pun berat tak turun! š
5 Panduan Diet Yang Hanya Mitos Belaka
Mitos Panduan Diet 1:
“Kena makan lebih kerap, untuk elak rasa lapar!”
Tak salah untuk makan dengan kerap dalam kuantiti yang kecil, supaya kita tak ambil makanan berlebihan ketika waktu makan utama.Ā Namun, anda silap jika percaya mengambil makanan secara kerap semata-mata adalah lebih efektif untuk turunkan berat badan!
Ini kerana, berat badan akan berkurang apabila kita tingkatkan pengambilan makanan yang berkhasiat, bukan diukur dengan kekerapan mengambil makanan sahaja. Contohnya, kalau anda makan makanan tidak berkhasiat sepertiĀ fast food dengan kerap, walaupun hanya dalam kuantiti yang kecil, berat anda tetap bertambah!
Mitos Panduan Diet 2:
“Jangan makan lewat malam, nanti gemuk!”
Biasa dengar? Banyak orang percaya makan lewat malam akan buat badan simpan banyak lemak kerana badan tidak membuat sebarang aktiviti untuk membakar lemak.
Hakikatnya, pengambilan terlalu banyak kalori di waktu siang yang menyebabkan anda tak dapat kurangkan berat badan. Tak kisahlah waktu bila anda makan, siang ataupun malam, selagi kalori yang diambil tidak melebihi jumlah kalori yang dibakar, beran badan anda tetap akan turun. Kuncinya ialah,
kalori yang di ambil di waktu malam + kalori yang di ambil di waktu siangĀ
= tak lebih dari kalori yang di bakar di waktu siang
Jadi, pastikan anda rancang dan buat kiraan kalori harian dengan baik!
Mitos Panduan Diet 3
“Elak karbohidrat, sebab karbo tingkatkan berat badan!”
Hakikatnya, karbohidrat tidak menyebabkan peningkatan berat badan. Malah, kanji juga bukan penyebab berat badan bertambah.Ā Berat badan bertambah kerana pengambilan kalori yang berlebihan, tidak kira daripada sumber karbohidrat, lemak ataupun protein.
Sesetengah orang mengelak makan karbohidrat sebab mengandungi hanya sedikit nutrisi, seterusnya membuat mereka cepat lapar. Jadi, anda boleh gantikannya dengan buah-buahan segar atau sayur-sayuran. Secara tidak langsung, anda akan ambil lebih banyak serat dan nutrien penting, yang boleh bantu anda rasa kenyang sepanjang hari.
Mitos Panduan Diet 4:
“Makanan rendah lemak bantu berat badan turun dengan cepat!”
Disebabkan lemak mempunyai kalori yang tinggi, jadi ramai pilih untuk kurangkan pengambilan lemak dalam diet sebagai strategi untuk kurangkan berat badan.
Hakikatnya, produk makanan rendah lemak sebenarnya merosakkan diet anda, kerana biasanya ia tinggi gula, dan bahan-bahan lain yang memberi kesan buruk kepada berat badan anda. Contohnya, 2 keping biskut rendah lemak berkemungkinan punyai lebih tinggi kalori daripada 1 keping biskut biasa. Dark Chocolate pula di antara makanan tinggi lemak yang sangat berkhasiat. Jadi, berhati-hatilah apabila membeli produk yang rendah lemak dan rendah kalori.
Mitos Panduan Diet 5:
“Gemuk nie keturunan.. Kalau mak ayah gemuk, kau pun confirm gemuk lah!”
Kajian mendapati hanya segelintir kumpulan sahaja yang mewarisi obesiti daripada keluarga. Walaupun masalah genetik mungkin antara faktor menyumbang kepada obesiti, namun, pakar percaya faktor utama yang menyebabkan masalah kegemukkan ialah tabiat pemakanan buruk serta cara hidup kurang sihat yang turut diwarisi daripada ibu bapa.
Jadi, jangan patah semangat! Dengan pengambilan diet harian yang penuh nutrisi, serta pengamalan gaya hidup sihat, Insya Allah anda boleh kekal langsing walau bagaimana gemuk sekalipun ayah dan ibu anda! š
*Sumber: weightlossresources & iSihat Mei 2015
*DISCLAIMER
These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.
Kami ialahĀ Pengedar Sah Shaklee anda diĀ SETIA ALAM, Bukit Raja, Meru, Klang dan Shah Alam.Ā Penghantaran produk ShakleeĀ menggunakan kurier keĀ seluruh Malaysia & Indonesia. UntukĀ orderĀ produkĀ Shaklee,Ā daftar keahlian,Ā atauĀ peluang jana pendapatanĀ dengan Shaklee, hubungiĀ genkimomma@gmail.com, atauĀ SMS/WhatsApp ke 017-303 0081/ 012-218 0781.
Noriza Rahman says
La semuanya mitos belaka ka, daku tertipu la macam ni
GenkiMomma says
kihkihā¦ š