5 Panduan Ibu Bapa Dalam Mendidik Anak | Mana-mana ibu bapa pun pastinya sentiasa mendoakan anak mereka menjadi anak yang soleh dan solehah. Setiap hari kita tak pernah berhenti memikirkan bagaimanakah masa depan anak kita nanti? Tambahan pula dengan pelbagai gejala sosial yang semakin membimbangkan dewasa ini. Sudah cukupkah segala ilmu dan nilai-nilai murni yang kita terapkan dalam mendidik anak selama ini?
Mendidik anak kita, urusan dan tanggungjawab kita. Itulah mesej dari Dr. Azizan Osman kepada ibu bapa pagi ini di majlis penutup Kem Khalifah Super Insan. Ingin saya kongsikan bersama anda, panduan mendidik anak soleh dan solehah daripada mentor bisnes ternama ini.
5 Panduan Ibu Bapa Dalam Mendidik Anak
(1) Anak-anak hari ini lebih mudah terdedah kepada sesuatu yang tidak baik.
(2) Ibu bapa tidak peruntukan masa untuk “mengenali” anak-anak sendiri. Kita tidak tahu siapa kawan dia? Bagus tak kawan dia? Ada tak kawan yang “rahsia”? Ada tak buat perkara2 yang “rahsia”? Kena suspect dan inspect anak bukan untuk sangka anak kita jahat, tetapi kita kena surprise dia sebelum dia surprise kita nanti. Naudzubillah…
(3) Sistem pendidikan di sekolah hari ini telah gagal untuk mendidik anak yang soleh dan solehah, serta beradab, walaupun di sekolah agama. Ia tidak menjamin anak-anak kita akan menjadi seorang anak yang soleh atau solehah. Banyak sekolah agama memberikan ilmu, tetapi tidak akhlak dan adab.
Saya sendiri menghantar anak-anak saya sekolah cina untuk sekolah rendah, dan petang ke sekolah agama. Result UPSR mereka Alhamdulillah bagus. Bila masuk sekolah menengah, Insya Allah saya mampu untuk hantar mereka sekolah swasta sistem british, jepun atau cina, tetapi saya pilih hantar anak saya yang sulong dan kedua ke madrasah yang dhaif atau biasa-biasa kerana saya mahu mereka belajar ilmu Al-Quran dan kitab serta belajar adab dan akhlak. Biasakan susah tidur atas lantai, alas papan, atau tilam nipis.
Kadang-kadang dalam hati ini menangis juga melihatnya. Tetapi, saya tabahkan kerana saya mahu mereka belajar susah, agar hati mereka kuat serta hanya ada Allah swt dan Rasulullah saw, serta Al-Quran mudah-mudahan. Bila mereka cinta Allah swt dan Rasulullah saw, hal dunia itu tidak susah, Insya Allah. Saya mahu mereka berniaga satu hari nanti, Insya Allah ilmu itu saya boleh ajar. Namun, jadikan ilmu Al-Quran No.1 dahulu, dan kemudian hidupkan dalam hidup. Biar menangis hari ini jangan menangis kemudian.
(4) Ibu bapa selalu ajak anak tonton TV, tengok wayang, pergi shopping, jalan-jalan. Cuba peruntukan masa ajak anak ke masjid, solat berjemaah setiap hari paling kurang Subuh, Maghrib dan Isyak. Pastikan TV adalah haram dibuka pada waktu Maghrib. Ajak mengaji bersama selepas Maghrib 1-2 muka surat.
(5) Anak lelaki kena jaga ketat ibarat pagarkan dia letak seekor harimau jaga, jangan bagi keluar atau masuk. Tetapi, anak perempuan kena jaga letak 70 ekor harimau jaga. Namun harus diingat, Ipad, Youtube, Facebook , TV, Movie dalam rumah adalah saluran untuk merosakkan anak-anak kita.
Anak adalah aset kita di dunia akhirat, tetapi boleh juga menjadi liabiliti dunia akhirat.
Jadikan ilmu Al-Quran No.1, dan kemudian hidupkan ilmu Al-Quran di dalam hidup.
5 Aktiviti Ibu Bapa Wajib Lakukan Bersama Anak
- Solat Berjemaah setiap hari.
- Baca muka surat Al-Quran (Bukan mukabuku!) setiap hari.
- Spend time bercakap dengan mereka setiap hari.
- “Siasat” apa yang mereka buat.
- Sentiasa bawa mereka ke masjid dan majlis ilmu sejak dari kecil.
Panduan ini adalah untuk diri kami dalam mendidik anak sendiri juga. Insya Allah… 🙂
Jika anda sayang anak anda hari ini dan akan datang, marilah kita sama-sama fahami dan ikut panduan mendidik anak di atas ini. Biar kita menangis hari ini, jangan menangis di kemudian hari.
*DISCLAIMER
These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.
Kami ialah Pengedar Sah Shaklee anda di SETIA ALAM, Bukit Raja, Meru, Klang dan Shah Alam. Penghantaran produk Shaklee menggunakan kurier ke seluruh Malaysia & Indonesia. Untuk order produk Shaklee, daftar keahlian, atau peluang jana pendapatan dengan Shaklee, hubungi:
Call/ SMS/ WhatsApp : 017-303 0081/ 012-218 0781.
E-Mail : genkimomma@gmail.com.
Masukkan No. ID Sponsor : 830022 jika daftar keahlian (Express Enrolment) di “Join Now“.
Noriza Rahman says
Sangat berguna panduan yang dikongsi..
GenkiMomma says
Jom kita amalkan bersama.. 🙂
Adda says
Terima kasih..cantik blog 🙂
GenkiMomma says
Terima kasih Adda… 🙂