Pesakit Eczema mempunyai kulit yang super duper sensitif. Tak boleh terlalu sejuk, nanti kulit akan menjadi sangat kering dan menyebabkan kegatalan makin teruk. Tak boleh juga terlalu panas, kerana apabila badan berpeluh banyak juga akan menyebabkan kita asyik menggaru.
Maka, kita kena pastikan kelembapan kulit terkawal, tidak terlalu kering dan tidak terlalu berair akibat peluh. Amalkan sapuan pelembap kulit Eczema yang sesuai.
Pilihan kami, semestinya pelembap kulit Eczema dari sumber semulajadi. Tanpa Steroid. Tanpa Paraben. 100% daripada bahan semulajadi. Biar lambat kesannya, asalkan selamat selamanya… 😀
5 Pelembap Kulit Eczema Semulajadi
Mari kami kongsikan kepada anda 5 jenis pelembap kulit eczema daripada sumber semulajadi yang popular, dan sangat mudah dicari. Malah, mungkin ada di dapur anda juga… 🙂
(1) Minyak Vitamin E
Minyak Vitamin E terkenal dengan kebolehannya untuk melembapkan kulit, sambil dalam masa yang sama memulihkan sel-sel kulit. Kandungan antioksidan yang tinggi menyebabkan Vitamin E memberikan satu lapisan perlindungan kepada kulit. Oleh sebab itu, Vitamin E sangat sesuai dijadikan pelembap kulit Eczema.
(2) Minyak Kelapa Dara (Virgin Coconut Oil)
Minyak kelapa dara mengandungi bahan-bahan anti-radang, dan turut merupakan pelembap kulit yang hebat. Sapulah minyak kelapa dara sebanyak mungkin ke badan anak Eczema selepas mandi, dan sebelum tidur malam. Selain sapuan kulit, minyak kelapa dara juga bagus di minum sekiranya anda tidak alah kepada minyak kelapa dara.
Minyak kelapa dara mengandungi bahan-bahan anti-radang, dan turut merupakan pelembap kulit yang hebat. Sapulah minyak kelapa dara sebanyak mungkin ke badan anak Eczema selepas mandi, dan sebelum tidur malam. Selain sapuan kulit, minyak kelapa dara juga bagus di minum sekiranya anda tidak alah kepada minyak kelapa dara.
Tips pilih minyak kelapa dara: Tak kisah jenama apa, yang penting pilih minyak kelapa dara cold pressed untuk kesan yang lebih optimum sebagai pelembap kulit Eczema.
(3) Minyak Zaitun (Extra Virgin Olive Oil)
Minyak zaitun kaya dengan Vitamin E yang mengandungi bahan anti-penuaan, membantu memperbaharui sel-sel mati, serta membantu merawat penyakit eczema dan psoriasis. Jika diminum, minyak zaitun membantu menyingkirkan parasit pada usus, mencegah keracunan dan melancarkan sistem penghadaman.
Anak Eczema kami, Dhira, kami sapukan dengan minyak zaitun sebagai pelembap kulit Eczema nya. Alhamdulillah Dhira serasi dengan EVOO sebagai pelembap kulit, dan kami gabungkan dengan Buds Eczema Rescue Kit untuk sapuan di kawasan radang Eczema sahaja. Lihat pipinya, dah licin kan? 🙂
Inilah Extra Virgin Olive Oil (cold pressed) yang kami gunakan. Boleh didapati di mana-mana pasaraya atau kiosk menjual makanan berkhasiat.
Ada juga yang menggunakan Palestine Extra Virgin Olive Oil (PEVOO). Cabarannya, PEVOO ini sukar sedikit nak jumpa di mana-mana, perlu beli melalui agen/ stokis tertentu.
Tips pilih minyak zaitun: Tak kisah jenama apa, yang penting pilih minyak zaitun dara cold pressed untuk kulit Eczema. Kenali jenis-jenis minyak zaitun.
(4) Shea Butter
Shea butter mengandungi bahan anti-radang dan telah digunakan secara tradisional sejak dahulu lagi untuk merawat pelbagai penyakit kulit. Ia kaya dengan Vitamin A, Vitamin E, dan merupakan pelembap kulit Eczema semulajadi yang perfect!
Turut mengandungi pelindung UV cahaya matahari semulajadi, African Shea butter antara yang terbaik dan berkhasiat untuk penyembuhan kulit.
(5) Krim Calendula
Calendula ialah herba perubatan purba yang membantu merawat kulit kering dan rosak. Sebagai sapuan topikal, Calendula sangat efektif untuk mengurangkan keradangan kulit serta melegakan tisu-tisu yang sedang radang.
Calendula juga terbaik untuk meminimakan kegatalan kulit, menjadikannya salah satu pilihan terbaik sebagai pelembap kulit Eczema, Psoriasis, Dermatitis dan pelbagai masalah kulit yang lain.
Tips pilih Calendula: Jika di luar negara, ada pelbagai tempat yang menjual pokok Calendula, ataupun ekstrak Calendula supaya pengguna boleh membuat minyak atau losyen pelembap sendiri. Untuk kita di Malaysia nie jangan risau, beli sahaja krim Calendula yang telah banyak dikomersilkan di pasaran. Contohnya, boleh beli online dari Four Cow Farm.
Kepentingan Pelembap Untuk Kulit Penghidap Eczema
Banyak lagi pelembap dari sumber semulajadi yang sesuai digunakan untuk individu Eczema. Namun, inilah di antara 5 jenis pelembap kulit eczema daripada sumber semulajadi yang popular, dan antara yang paling banyak digunakan oleh ibu-ibu yang ada anak Eczema.
Tak kisah lah apa jua jenis pelembap kulit eczema pilihan anda, yang penting anda perlu kerap melembapkan kulit eczema kerana lebih kerap anda lembapkan kawasan tersebut, lebih rendahlah kebarangkalian kulit eczema meradang.
Dengan kata lain, setiap kali lapisan pelembap dari kulit anda hilang kerana mandi atau membasuh bahagian tersebut, segeralah sapu semula krim pelembap kulit eczema yang bersesuaian.
Peringatan: Kesan pelembap adalah berlainan bagi setiap individu. Jadi, sila Patch Test terlebih dahulu sebelum mencuba mana-mana pelembap kulit Eczema buat kali pertama.
*Sumber: Cure Child Eczema
Follow FB Arnie Samsudin untuk update terkini, dan mesej secara langsung.
Daftar keahlian Shaklee di “Join Now“ sekarang & nikmati penjimatan hingga 20%.
azimah mohd zainuddin says
Thanks untuk tips kulit kering…sejak cuaca panas lepas tu pejabat ekon memang kulit muka lah nampak cam kering
GenkiMomma says
Orang takde eczema takpe, boleh je pakai apa2 losyen & krim pelembap.. Yg penting kena sentiasa moisturize di dalam aircond yea..
momnykemai says
kl krim herbal blend ok tak utk ekzema?
GenkiMomma says
Ada orang yang serasi, ada juga penghidap Eczema yang tak serasi dengan Herbal Blend Cream, bergantung kepada jenis Eczema serta penerimaan kulit dia.. Rule of thumb, kena buat “patch test” dulu…
Oja Samid says
banyak alternatif rupanya..yang penting better cari yg semulajadi n bebas steroid, ye tak? 😀
GenkiMomma says
betul, sapu banyak2 pun tak risau sebab “krim Eczema” nie 100% dari bahan semulajadi.. murah pulak tue! 😉
Noriza Rahman says
1st time dengar calendula, kalau tersasul boleh tercakap drakula pula kan arnie?
GenkiMomma says
Hahaha… drakula hisap darah, takut wehhh… Calendula sebaliknya protect kulit, takdelah berdarah2 kulit kena garu sebab gatal.. 180 darjah beza tue, so jangan salah sebut! 😛