5 Perkara Suami Jangan Cakap Kepada Ibu Menyusu | Kebanyakan suami moden kini sangat menyokong penyusuan susu ibu untuk bayi mereka. Jadi, tidak hairanlah jika papa moden kini dah tau banyak terma penyusuan, dan sangat mahir handle Express Breastmilk (EBM).
Bagi suami yang bakal menyambut kelahiran baby pertama tak lama lagi, banyakkan pembacaan bagi membantu memudahkan perjalanan penyusuan isteri anda. Namun hati-hati, pastikan anda tidak sesekali cakap 5 perkara ini kepada isteri anda yang sedang menyusukan bayi.
5 Perkara Suami Jangan Cakap Kepada Ibu Menyusu
(1) Jangan beli pam susu yang mahal.
Sebab: Sangat penting untuk melabur kepada pam yang berkualiti dan selesa digunakan oleh isteri. Pam susu yang bagus, disertai dengan teknik pengosongan payudara yang betul dan selari dengan konsep “Demand vs Supply”, akan membantu melancarkan perjalanan penyusuan ibu menyusu selama 2 tahun.
Kebiasaannya, pam susu yang mahal lebih berkualiti, lebih efisien dan mempunyai teknologi yang hebat berbanding pam susu biasa. Pam susu jenama Medela Freestyle (gambar di atas) contohnya, merupakan pam susu elektrik yang boleh beroperasi dengan bateri, boleh buat double pumping, dan keunikkannya ialah ianya hands free!
Ini membolehkan isteri anda bebas bergerak ketika menyusu, kerana tangannya tak perlu pegang pam atau botol susu. Sangkut sahaja pam susu di pinggang, dan dia boleh mengepam susu sambil buat kerja di laptop, sambil jawab panggilan telefon, atau sambil bergerak ke sana ke mari. Walaupun sedikit merbahaya dan tidak digalakkan, jika keadaan terdesak, isteri anda juga boleh mengepam susu sambil memandu pergi dan pulang dari ofis. Jimat masa mengepam susu.
Lagipun, apa sangatlah perbandingan sebuah pam mahal, yang boleh bertahan bertahun-tahun, dan boleh digunakan untuk anak-anak kelahiran seterusnya pula, berbanding perbelanjaan mahal yang lain?
Jadi para suami, tak kisahlah berapa harganya, benarkan sahaja isteri membeli pam susu mahal idamannya itu. Jangan dipersoalkan. Anggap sahaja sebagai pelaburan jangka panjang!
(2) Tiada beza pun antara susu formula dan susu ibu.
Sebab: Susu formula dan susu ibu tak terkira banyak sangat bezanya!
Asasnya, susu formula ialah susu lembu yang telah diproses. Manakala susu ibu ialah susu yang dihasilkan dari tubuh manusia, untuk bayi manusia. Sebab yang asas ini sahaja pun telah membuktikan bahawa susu formula dan susu ibu ini tidak sama kategori pun untuk dibuat perbandingan. Ianya mudah diberi kepada bayi, bersih, dan sentiasa di dalam suhu yang tepat – tak panas sangat, tak sejuk sangat.
Malah, ibu menyusu turut mendapat manfaat daripada proses penyusuan. Contohnya, mengurangkan risiko kanser ovari dan payudara, mengelakkan kemurungan selepas bersalin, dan semestinya menjimatkan wang dan masa!
Namun, jika anda tetap nak buat perbandingan. Lihat sahajalah carta di atas ini. Susu ibu ada enzim, hormon, anti-alahan, anti-virus, antibodi, dan owh, tak tersenarai keistimewaannya, ok.
(3) Bukan ke ibu menyusu badan sepatutnya kurus?
Sebab: Bukan semua ibu menyusu akan kurus kerana proses penyusuan. Ada yang kurus dengan cepat, ada juga yang tidak kurus-kurus.
Benar, proses penyusuan sahaja membantu isteri anda membakar sehingga 500 kalori sehari. Namun, proses menyusu buat isteri kerap lapar. Di sini tricky sedikit. Jika isteri kerap ambil makanan tinggi gula, tinggi lemak, tinggi kolesterol ketika lapar, memang jauh lagi lah perjalanannya untuk kurus. Apatah lagi tak sempat langsung nak bersenam kerana baby asyik nak berkepit sahaja.
Lagipun, tak perlulah nak buat isteri anda rasa tidak selesa dengan susuk tubuh dan berat badannya. Ingat, dia baru sahaja melahirkan baby untuk anda!
(4) Kenapa ambil masa lama sangat untuk mengepam susu?
Sebab: Mengepam susu memerlukan ketenangan dan masa. Pendek atau panjang masa yang diambil oleh ibu menyusu untuk mengepam susu adalah subjektif. Ada yang 5 minit sahaja dah boleh penuh 2 botol susu. Ada yang perlukan sehingga 10-15 minit untuk pastikan kedua-dua payudara benar-benar kosong.
Sebagai suami, anda harus belajar bersabar, dan tidak menambah tekanan kepada isteri anda yang bekerja keras untuk mengekalkan paras susu badannya. Malah, anda sepatutnya membantu isteri untuk rasa selesa ketika mengepam susu. Bawakan segelas air untuknya, pasangkan video lucu atau sediakan majalah kegemarannya. Susu ibu akan keluar dengan lancar apabila isteri anda bertenang.
Tekanan adalah milk killer nombor 1! Tak dapat hasilkan susu perahan dalam jumlah yang sama seperti biasa (walaupun kurang 1oz sahaja!) pun sudah cukup untuk bikin si isteri stress.
Jadi, jangan sesekali suruh ibu menyusu cepat-cepat mengepam, kalau anda tak mahu isteri anda bertukar menjadi singa. Berikan sedikit privasi kepadanya.
(5) Itu cuma susu sahaja. Tak perlu menangis kerana nya!
Sebab: Tidak, ia bukan sekadar susu. Susu ibu adalah makanan terbaik untuk bayi anda. Dalam seluruh dunia ini, hanya isteri anda seorang sahaja yang boleh menghasilkan makanan istimewa tersebut, custom-made khas untuk anak anda.
Jadi, minta maaf lah dengan seikhlas hati jika anda secara tidak sengaja telah melanggar susu ibu yang baru sahaja di perah. Minta maaf lah dengan bersungguh-sungguh jika anda terlupa tutup pintu peti sejuk, sehingga menyebabkan stok susu perahannya cair. Jangan berkira-kira untuk memperbaiki peti sejuk yang rosak, atau jika perlu, beli peti sejuk yang baru untuk isteri simpan susu perahannya.
Kasihani isteri bila dia stress sehingga menyebabkan hasil perahannya merosot. Sentiasalah berada di sisi isteri untuk memberi semangat dan dorongan kepadanya. Jadilah seorang suami prihatin yang memahami bahawa susu ibu sangat berharga, bukan sahaja buat isteri dan bayi, tetapi berharga untuk anda juga.
Cabaran Kumpul Stok EBM untuk Bayi 1 Tahun Ke Atas
Sesungguhnya, suami ialah penyokong No. 1 kejayaan ibu menyusu! 😀
*Idea asal : A Husband and A Dad, 24/7
Haaa, para suami sekalian, kalau nak surprise kan isteri kesayangan anda dengan Set Vitamin Penyusuan, klik aje gambar di bawah ini ya. Mesti isteri anda sangat gembira menerimanya.
Namun, kalau nak daftar ahli untuk lebih penjimatan, dan beli Set Penyusuan Optimum (3M : Making More Milk) ini, sila WhatsApp ke 017-3030081 (Arnie). Jadual pengambilan set penyusuan dan cara makan yang betul akan kami berikan eksklusif buat semua customer GenkiMomma.My
*DISCLAIMER
These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.
Kami ialah Pengedar Sah Shaklee anda di SETIA ALAM, Bukit Raja, Meru, Kapar, Klang dan Shah Alam. Penghantaran produk Shaklee menggunakan kurier ke seluruh Malaysia & Indonesia. Untuk order produk Shaklee, daftar keahlian, atau peluang jana pendapatan dengan Shaklee, hubungi:
Call/ SMS/ WhatsApp : 017-303 0081/ 012-218 0781
E-Mail : genkimomma@gmail.com
Masukkan No. ID Sponsor : 830022 jika daftar keahlian (Express Enrolment) di “Join Now“.
Noriza Rahman says
Memang menangis la bila susu tumpah..penat tau tercongok nak pam…
GenkiMomma says
kalau boleh setitik pun takmau buang kan, gigih je tunggu setitik terakhir tue masuk dalam botol… 😀
auntiekemai says
sesungguhnya susu ibu ibarat emas bagi ibu menyusu , sangatlah berharga.
Noriza Rahman says
Lebih bernilai dari emas kot mommy…hihi 😉
GenkiMomma says
Betul, tidak dijual di kedai emas… 😛
GenkiMomma says
“Golden drops”, yang tiada dijual di kedai emas… 😀
Hero Borneo says
susu ibu memang terbaik ..dan para suami mesti sokong isteri mereka 100 peratus penyusuan ibu terhadap anak mereka.
GenkiMomma says
Ya, para suami wajib sokong penyusuan susu ibu! 😀
Oja Samid says
nak jayakan penyusuan susu ibu nie memang mencabar. mudah-mudahan para suami pun dapat berikan sokongan tak kiralah dengan duit, bantuan tenaga, sokongan moral dll. mesti ibu2 akan lebih bersemangat untuk berikan yang terbaik kepada anak2 tersayang. ^_^
GenkiMomma says
Mencabar sangat, letih, stress, menangis semua ada.. Suami lah penyuntik semangat, dan penyuntik modal jugak, hihihi… 😀
azimah mohd zainuddin says
Sebenarnya ada banyak faedah bila beli pam susu yang mahal. Lebih jimat masa, lebih ringan dan juga lebih menggembirakan si ibu
GenkiMomma says
Ya betul, harga yang mahal biasanya setanding teknologi yang hebat juga.. 😀