Masalah gusi bengkak boleh berlaku kepada sesiapa sahaja, remaja atau dewasa, lelaki mahupun wanita. Bengkak yang sedikit mungkin tidak beri efek sakit kepada individu. Namun, apabila dibiar berlarutan, bengkak semakin besar dan mengganggu aktivit harian.
Masalah gusi bengkak ini bermula dengan keradangan pada gusi. Berpunca dari bakteria, keradangan gusi ini dipanggil gingivitis, di mana gusi menjadi merah, bengkak dan mudah berdarah. Lama-kelamaan akan merosakkan tisu lembut dan tulang yang menyokong gigi.
Bila sesekali kena gusi bengkak ini, sakitnya hanya Tuhan yang tahu. Nak makan susah, nak buka mulut pun sukar. Adakala, bengkak gusi yang teruk boleh menyebabkan demam.
5 Punca Gusi Bengkak Di Kalangan Wanita
Ada banyak faktor yang boleh menjadi penyebab gusi menjadi bengkak. Faktor ini berbeza di antara setiap individu. 5 punca gusi bengkak yang popular di kalangan wanita ialah:
(1) Kebersihan Mulut
Faktor utama yang menjadi punca gusi bengkak ialah kebersihan mulut. Sisa makanan yang melekat pada celah-celah gigi dan gusi boleh meningkatkan risiko gusi bengkak.
Memberus gigi sekurang-kurangnya 2 kali sehari boleh membantu mengurangkan risko gusi bengkak. Selain memberus gigi, fokus memberus di bahagian lidah, dan kawasan sekitar mulut juga. Penggunaan flos gigi, dan cecair kumur mulut juga sangat membantu.
(2) Pemakaian Pendakap Gigi
Pemakaian pendakap gigi, atau braces, turut menjadi salah satu penyebab utama terjadinya gusi bengkak. Sekiranya braces dipasang terlalu rapat dengan gusi, ia akan memberi tekanan yang akan membuatkan gusi bengkak, dan berlakunya iritasi.
(3) Pemakanan Yang Tidak Sihat
Amalan pemakanan yang tidak sihat, contohnya makanan tinggi gula merupakan pencetus gusi bengkak. Gula tinggi sangat disukai oleh bakteria di dalam mulut.
Oleh itu, tukarlah diet harian kepada pemakanan seimbang, dan elakkanlah makanan yang mengandungi banyak gula. Gula juga menjadi punca berat badan berlebihan.
(4) Kekurangan Vitamin
Kekurangan vitamin, terutamanya vitamin C turut menjadi punca gusi bengkak. Tanpa vitamin C yang cukup, penghasilan kolagen dalam badan berkurangan, dan menyebabkan tisu-tisu di dalam gusi menjadi semakin goyah. Dalam sesetengah kes, individu yang mengalami kekurangan vitamin C berisiko menghidapi penyakit skurvi, iaitu gusi berdarah.
Penyakit skurvi jarang menyerang haiwan kerana kebanyakan haiwan boleh menghasilkan vitamin C dari dalam badan sendiri, contohnya arnab. Berbeza dengan arnab, badan manusia tak boleh hasilkan vitamin C sendiri, dan perlu di ambil daripada pemakanan secara berterusan.
(5) Kehamilan dan Penyusuan
Bagi wanita yang sedang hamil, tempoh 9 bulan merupakan masa yang berisiko untuk gigi wanita menjadi rosak, sekaligus menyebabkan gusi menjadi bengkak. Ini kerana, wanita hamil biasanya mengalami kekurangan kandungan nutrisi di dalam badan, disebabkan zat-zat tersebut telah disalurkan kepada bayi dalam kandungan.
Inilah sebab utama mengapa ibu hamil perlu konsisten mengamalkan vitamin prenatal sepanjang kehamilan. Keperluan nutrisi harian agak sukar dipenuhi melalui pemakanan sahaja. Bila tak cukup nutrisi harian, bayi di dalam kandungan tetap ambil nutrisi yang diperlukan dari dalam badan si ibu. Namun, kesihatan ibu hamil lah yang mungkin terganggu akibat dari kekurangan zat-zat penting.
Risiko gusi bengkak turut berlaku sepanjang tempoh penyusuan, di atas sebab yang sama.
Inilah 5 sebab utama yang menjadi punca gusi bengkak di kalangan wanita. Penjagaan kebersihan mulut yang baik, beserta pengambilan makanan seimbang dan cukup nutrisi, boleh membantu mengurangkan risiko bengkak gusi.
Kurangkan manis dalam makanan dan minuman, lebihkan manis di dalam senyuman.
Suka dengan info ini? Jemput kongsikan dengan rakan-rakan tersayang.
Follow FB Arnie Samsudin untuk pelbagai tips ohsem terkini.
Oja Samid says
sakitnya kalau dah bengkak..setakat nie belum perna kena, tu yang kena berjaga-jaga selalu. hehe
GenkiMomma says
Time sakit tue memang tak boleh nak buat apa, emosi pun kacau sekali, hihi.. 😛
MeqZa Abdul Rahman says
Zaman purba dulu rajin juga kena gusi bengkak ni
GenkiMomma says
Zaman IT nie pun sekali sekala gusi bengkak menyerang juga, ekeke..