Sakit belakang badan merupakan antara simptom biasa yang dialami oleh kebanyakan wanita hamil. Ada sakit belakang yang boleh di kawal, ada juga sakit belakang yang terlalu kuat sehingga menyebabkan si ibu hanya mampu baring sahaja.
Berita baik, bayi anda sedang membesar dengan jayanya. Namun, sakit di belakang badan itu tetaplah sesuatu yang menyakitkan, dan semua wanita hamil terpaksa harunginya selama 40 minggu.
5 Punca Wanita Hamil Sakit Belakang Badan
Sakit pinggang, ataupun sakit belakang badan ketika hamil kebiasaannya berlaku di mana tulang pelvis bertemu dengan tulang belakang, iaitu di sacroiliac joint.
Ada beberapa punca sakit belakang badan wanita hamil. Di antaranya ialah:
(1) Penambahan Berat Badan
Bagi kandungan sihat, berat badan wanita hamil biasanya bertambah dari 11kg ke 15kg sepanjang 9 bulan. Tulang belakang terpaksa menyokong pertambahan berat badan. Ini akan menyebabkan sakit di bahagian pinggang (lower back pain). Berat uterus serta bayi yang membesar turut beri tekanan kepada salur darah dan saraf di bahagian tulang pelvis dan belakang badan.
(2) Perubahan Postur
Kehamilan merubah pusat graviti wanita hamil. Tanpa di sedari, sedikit demi sedikit ibu akan menukar postur dan gaya berjalan kepada cara yang lebih selesa, di mana cara ini sebenarnya akan menyebabkan sakit belakang badan. Biasanya, gaya berjalan wanita hamil ini macam sama je semuanya.
(3) Perubahan Hormon
Masa hamil, badan akan hasilkan hormon yang dipanggil relaxin. Hormon ini menyebabkan ligamen di kawasan pelvik berehat, dan sendi menjadi lebih longgar sebagai persediaan untuk melahirkan bayi. Relaxin jugalah penyebab ligamen tulang belakang menjadi longgar, yang akhirnya menyebabkan ketidakstabilan dan sakit.
(4) Pemisahan Otot
Seiring dengan pengembangan uterus, 2 otot rectal abdominis yang berada di sepanjang rib cage hingga ke tulang pubik, akan mula meregang. Pemisahan otot ini akan menyebabkan sakit belakang badan bertambah teruk.
(5) Tekanan
Tekanan emosi turut memberikan tekanan kepada otot di belakang badan, yang akan dirasai seperti sakit belakang. Jadi, wanita hamil akan rasai sakit belakang badan yang luar biasa apabila sedang menghadapi tekanan emosi sepanjang kehamilan.
Cara Mengurangkan Sakit Belakang Badan Ketika Hamil
Jangan risau, sakit pinggang atau sakit belakang badan ini hanyalah bersifat sementara sahaja.
Selepas ibu selamat melahirkan bayi yang comel nanti, kesakitan itu akan beransur hilang. Melainkan, ibu memang sudah mengalami sakit belakang yang kronik sebelum hamil lagi.
Di antara cara yang boleh bantu kurangkan sakit belakang badan ialah:
(1) Senaman
Senaman ringan yang kerap boleh menguatkan otot dan meningkatkan fleksibiliti badan. Ini sekaligus akan mengurangkan tekanan pada tulang belakang wanita hamil. Antara senaman selamat untuk wanita hamil ialah berjalan, berenang dan kayuh basikal. Rujuk dengan doktor yang merawat, untuk mengetahui senaman selamat untuk wanita hamil.
(2) Tuam Panas dan Sejuk
Tuaman panas dan sejuk di belakang badan sangat membantu. Mulakan dengan tuam sejuk, iaitu letakkan pek ais di kawasan yang sakit lebih kurang 20 minit, beberapa kali sehari. Selepas 3 hari, buat tuam panas pula iaitu dengan pek panas atau guna botol berisi air panas.
(3) Perbaiki Postur
Walaupun sukar, dengan perut yang makin membesar, ibu terpaksa juga betulkan postur bagi mengurangkan rasa sakit belakang badan. Jika nak ambil barang di atas lantai, elakkan tunduk membongkok, sebaliknya bengkokkan lutut macam posisi squat.
(4) Bantal Materniti
Tidur mengiring dengan bantal di antara kedua lutut boleh mengurangkan tekanan pada belakang badan.
(5) Tali Pinggang Sokongan
Tali pinggang sokongan ini dapat bantu menampung berat bayi, serta kurangkan tekanan terhadap otot-otot perut dan belakang badan ibu hamil.
Walaubagaimanapun, jika sakit belakang badan ketika hamil terlalu kronik dan tidak dapat ditanggung oleh si ibu, segeralah dapatkan rawatan daripada yang pakar.
6 nutrisi penting sepanjang 40 minggu kehamilan
Sila kongsikan artikel ini jika ianya bermanfaat buat anda, dan sahabat yang sedang hamil. 😀
Arnie Samsudin
Pernah sakit belakang melampau dan sakit pinggang juga setiap kali hamil.
Oja Samid says
Makin hujung2 pregnancy tue lagi lah seksa, kan..perut dah berat nak bawak. Memang senang sakit belakang kalau tak jaga postur elok-elok..
GenkiMomma says
kannn, kalau dah duduk tue, nak bangun bercinta nya lahhhh.. 😛
Khairul Zamri says
Menarik juga yang part bantal maternity tu, mana nak beli ya
GenkiMomma says
Maternity pillow nie biasanya banyak di kedai ibu & bayi.. 😀