Pengambilan Soya, 5 Soalan Popular Anda Wajib Tahu | Masyarakat selalu di gembar gemburkan tentang keburukan soya. Ini menyebabkan ramai yang takut untuk mencuba suplemen protein berasaskan soya, walaupun tahu 1001 kebaikan protein soya.
“The U.S. Food and Drug Administration agrees that 25 g of soy protein per day can reduce cholesterol levels, and reduce risk of heart desease”.
Jumlah protein harian yang badan kita perlukan adalah berbeza bagi setiap individu. Antara faktor yang perlu diambil kira ialah umur, berat badan, aktiviti harian serta keadaan kesihatan kita.
Betul ke Soya ESP Shaklee Tak Sedap?
5 Soalan Popular Tentang Pengambilan Soya Anda Wajib Tahu
Berikut merupakan 5 soalan popular tentang soya yang sering ditanya pengguna ESP:
(1) Adakah pengambilan soya menyebabkan masalah tiroid?
Jawapan: Dalam beberapa kajian jangkamasa panjang sehingga 3 tahun, didapati tiada sebarang efek kepada fungsi tiroid ke atas subjek yang mengamalkan pengambilan soya dengan kerap*2.
Walaubagaimanapun, untuk mengelakkan sebarang gangguan kepada penyerapan ubat, individu yang mengambil ubat hormon tiroid sintetik perlu elakkan makanan berasaskan soya.
(2) Adakah pengambilan soya menyebabkan lelaki menjadi lebih feminin?
Jawapan: Soya tidak memberi sebarang efek kepada paras estrogen di dalam badan lelaki. Paling utama, soya tidak sesekali menyebabkan lelaki menjadi lebih feminin*1.
Jadi abam-abam sado di luar sana, jangan takut minum protein soya. Boleh bantu bina muscle taw..
(3) Adakah pengambilan soya menjadi penyebab kanser payudara?
Jawapan: Sebenarnya, soya membantu mengurangkan kemunculan kanser payudara, dan meningkatkan peluang untuk sembuh*1.
(4) Adakah kebanyakan orang alah dengan pengambilan soya?
Jawapan: Alahan kepada soya bukanlah sesuatu yang biasa berlaku*1.
Anak kami mempunyai Eczema sejak kecil. Ramai yang kata soya lah penyebab Eczema nya makin teruk. Ketika dia berumur 6 bulan, kami buat Allergy Test untuk mengetahui apakah bahan yang dia alah. Bukan soya, tapi dia alah dengan produk tenusu.
(5) Apakah kelebihan pengambilan soya ESP berbanding air soya biasa?
Jawapan: Protein Soya ESP adalah soya bukan GMO (non-GMO soy), dan diproses dengan teliti demi menjaga kualitinya. 7 ciri-ciri soya yang selamat anda wajib tahu sebelum membeli protein soya.
Kepentingan Pengambilan Soya
Soya kaya dengan khasiat protein, kalsium, zat besi, zink, potassium, dan mineral lain yang baik untuk badan. Soya juga mempunyai kompaun penting yang membantu penyerapan kalsium, zat besi dan zink ke dalam badan kita.
Namun begitu, memandangkan banyak mitos dan salah fahaman tentang pengambilan soya, amat penting untuk dapatkan konsultasi daripada dietitian bertauliah untuk menjawab segala persoalan anda. Pastikan pengambilan soya tanpa-GMO dan soya yang tinggi kualiti sahaja.
5 Panduan Penting Untuk Pilih Sumber Protein Berkualiti Tinggi
Rujukan:
*1. Center for Nutrition Research, 13-680 (New 1/14), 2014.
*2. Bitto A, Polito F, Atteritano M, Altavilla D, Mazzaferro S, Marini H, Adamo EB, D’Anna R, Granese R, et al. Genistein aglycone does not affect thyroid function: results from a three-year, randomized, double-blind, placebo-controlled trial. J.Clin. Endocrinol. Metab. 2010, 95, 3067-72.
Bagaimana Nak Dapatkan Protein Soya ESP?
Harga 1 tin ESP Soy Protein ini ialah RM161.25 sahaja. (tak termasuk GST & postage).
Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan sebotol ESP Soy Protein Isolate Powder hari ini, boleh terus buat pembelian ESP secara Online di sini (klik). Pembayaran dengan Kad Debit atau Kad Kredit. Tempahan ESP akan dihantar terus kepada anda oleh pihak Shaklee (M).
WhatsApp kami di 017-3030081 untuk mendaftar keahlian + beli ESP, untuk lebih penjimatan.
Jadual pemakanan dan konsultasi berterusan diberikan eksklusif untuk customer yang membuat pembelian ESP dan produk Shaklee dari kami, GenkiMomma.My sahaja.
*DISCLAIMER
These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.
Kami ialah Pengedar Shaklee aktif di Setia Alam, Bukit Raja, Meru, Kapar, Klang dan Shah Alam. Penghantaran produk Shaklee menggunakan kurier ke seluruh Malaysia. Untuk order produk, daftar keahlian, atau peluang jana pendapatan dengan Shaklee, hubungi:
WhatsApp 017-3030081 (WhatsApp sahaja).
Follow FB Arnie Samsudin untuk chat secara langsung.
Daftar keahlian Shaklee di “Join Now“ sekarang & nikmati penjimatan hingga 20%.
Noriza Rahman says
Kasihan pada soya, tak semena2 dapat nama sebab penyakit lembut akibat lelaki ambik soya kan
GenkiMomma says
Lembu punya susu, sapi dapat nama, gitew…
Noriza Rahman says
Kalau susu sapi tu sedap macam susu lembu takper la juga kan
GenkiMomma says
hahaha… 😛
Oja Samid says
semua makanan ada manfaat dan khasiatnya. tapi jumlah dan cara ambil tu yang membezakan kesannya, kan. amalkanlah dengan ilmu, insyaAllah dapat banyak kebaikannya untuk kesihatan
GenkiMomma says
Betul tue, nak makan apa-apa pun harus lah berpada & ambil dgn ilmu.. Bukan ikut sembrono aje.. 😀
nurul fatin adiana says
banyak mitos tapi banyak kebaikan
GenkiMomma says
betul tue… 😀