Tips Bantu Anak Fokus Belajar Dalam Kelas | Anak-anak kami belajar di SJKC, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina. Sedari umur 4 tahun kami cuba untuk memberikan yang terbaik, untuk menyiapkan diri mereka agar boleh menyesuaikan diri dalam suasana yang baru dan agak berbeza dari rumah, terutama dari segi bahasa komunikasi. Nak belajar bahasa lain, perlulah sentiasa berkomunikasi dalam bahasa tersebut. Bukan sekadar membaca buku, tetapi wajib praktikal.
Masuk sahaja ke Darjah 1, kami mulai risau samada mereka tak boleh catch up di dalam kelas. Apatah lagi bila tengok keputusan peperiksaan yang makin menurun markahnya sepanjang 3 semester lepas. Jika ini berlarutan, bagaimana results exam mereka apabila Darjah 6 nanti?
Alhamdulillah, untuk peperiksaan semester ke-2 baru-baru ini, anak-anak kami menunjukkan peningkatan cemerlang berbanding semester lepas. Walaupun jumlah kehadiran kurang memuaskan, terutama pernah bercuti hampir 2 minggu mengikuti International Trip Shaklee ke US bulan Ogos yang lepas, itu bukan alasan untuk mereka tidak score untuk setiap subjek.
5 Tips Bantu Anak Fokus Belajar Dalam Kelas
(1) Bangun awal pagi. Bila bangun awal, ada cukup masa untuk mandi, bersiap, bersarapan dan lain-lain. Ibu bapa tak perlu marah-marah suruh anak cepat. Dan, anak juga tidak stress sebab pagi-pagi dah kena marah. Cipta suasana ceria di pagi hari bersama anak.
(2) Wajib sarapan pagi. Selain makan sarapan, saya berikan secawan Meal Shakes pada waktu pagi sebagai sumber multivitamin & multimineral buatnya, agar badan cukup nutrisi dan membolehkan anak fokus belajar 100% di dalam kelas. Anak-anak saya memang sukakan Meal Shakes ini sehingga boleh bezakan samada susu mereka ada dicampur Meal Shakes ataupun tidak.
(3) Rehat yang cukup. Buat jadual harian dengan anak bersama-sama. Selitkan waktu rehat, dan waktu bermain di antara waktu sekolah, tusyen, dan aktiviti wajib lain. Tidak salah berikan anak main gajet, tapi tetapkan waktu, dan pastikan anak disiplin untuk patuhi waktu tersebut.
(4) Kesihatan yang baik. Tidak dinafikan, badan yang sihat dan cergas bantu anak fokus belajar di dalam kelas. Bila badan sakit dan tidak selesa, semua benda pun tak boleh fokus. Selain dari Meal Shakes, untuk meningkatkan antibodinya, kami usaha berikan Chewable Vitamin-C setiap hari.
Manakala untuk makanan minda, kami berikan minyak ikan Shaklee, OmegaGuard setiap hari. OmegaGuard merupakan sumber asid lemak Omega 3, DHA & EPA yang berkesan dalam mengurangkan keradangan serta menyokong fungsi sistem saraf dan mata. Sekiranya anak mula batuk atau berkahak, cepat-cepat ambil OmegaGuard kerana minyak ikan ini boleh membantu mencarirkan kahak dan melegakan batuk. Insya Allah, membantu menguragkan batuk berkahak. Badan lebih sihat!
(5) Tidur yang cukup. Sekurang-kurangnya 8 jam sehari, supaya anak bangun dengan segar keesokan harinya. Cuba tetapkan waktu tidur yang sama setiap hari agar ianya menjadi rutin kebiasaan.
Inilah antara usaha kami untuk bantu anak fokus belajar di dalam kelas. Semoga bermanfaat buat semua.
*DISCLAIMER
These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.
Kami ialah Pengedar Sah Shaklee anda di SETIA ALAM, Bukit Raja, Meru, Kapar, Klang dan Shah Alam. Penghantaran produk Shaklee menggunakan kurier ke seluruh Malaysia & Indonesia. Untuk order produk Shaklee, daftar keahlian, atau peluang jana pendapatan dengan Shaklee, hubungi:
Call/ SMS/ WhatsApp/ Telegram: 017-303 0081 atau 012-218 0781.
E-mail: genkimomma@gmail.com
auntiekemai says
suka artikel ini . Tahniah hakim brilliant boy.
GenkiMomma says
Terima kasih, auntiekemai! 🙂
Maizura says
Memang berani la kak hantar SJKC. Anak pengasuh Sofiy pun dulu di SJKC dr tadika sampai darjah 6. Pastu masuk sek agama as sofa.
GenkiMomma says
Semoga ini yang terbaik untuk mereka… 🙂
Hasfiza Hassan says
tips yg sgt best! boleh la cuba pada anak saya nnti…
GenkiMomma says
Tenkiu Fiza… 🙂
Oja Samid says
tips nie memang kena amalkan, xkiralah anak sekolah mana pun. mudah2an anak2 dapat terus fokus terutamanya masa belajar.
GenkiMomma says
Yang penting anak2 happy & focus belajar, kan… 🙂
ReenIrwani says
Suka sangat tips ni. Boleh apply untuk Rafiq nak masuk sekolah nanti..
GenkiMomma says
Semoga bermanfaat, Reen… 🙂
Sujaihah says
Boleh apply tips ni pada anak anak. InsyaAllah kita bantu mereka apa yang mampu!
GenkiMomma says
Yup, Insya Allah, Su… 🙂