Masalah senggugut sampai kena ambil MC setiap bulan?
Setiap bulan wanita yang sudah akil baligh akan didatangi haid, atau bahasa glamour nya kita panggil ‘datang bulan’. Ada wanita rasa biasa-biasa aje bila datang bulan nie, macam takde apa yang berlaku. Siap boleh tawaf shopping mall, atau jogging di taman.
Namun, ramai jugak yang bila datang bulan dapat sekali pakej masalah senggugut yang teruk, sampai kena ambil MC 1-2 hari. Kisah benar nie.
Seorang sahabat ketika belajar dulu mesti menangis setiap kali first day period. Tunggang terbalik atas katil, pusing sana pusing sini melayan kesakitan senggugut, tuam perut dengan air panas dalam botol, tuam dengan seterika panas (di lapik lah) dan macam-macam lagi. Bila dah mula bekerja, setiap bulan mesti MC sebab period pain teruk.
Kita mungkin rasa kelakar, “Apelah, period pain pun nak MC ke?“
Jangan begitu. Kesakitan akibat dari masalah senggugut nie, hanya dia dan Tuhan je yang tahu.
Mengapa Masalah Senggugut Terjadi?
Sebenarnya masalah senggugut, iaitu kesakitan ketika datang haid adalah perkara biasa. Kesakitan ini disebabkan oleh uterus (rahim) sedang meluruhkan lapisan dindingnya untuk bersiap sedia demi kitaran haid yang seterusnya.
Ketika wanita datang haid, dinding uterus yang berotot akan mengejang, menyebabkan lapisannya luruh dengan menghalang salur-salur darah yang kecil. Pada masa yang sama, badan akan membebaskan hormon prostaglandin untuk membantu uterus terus mengejang lagi. Jadi, kesakitannya akan bertambah.
Dari segi perubatan, masalah senggugut ini dikenali sebagai dysmenorrhoea utama.
Adakah Masalah Senggugut Normal?
Masalah senggugut biasanya berlaku kepada kebanyakan wanita kerana datang haid, bukan disebabkan oleh masalah kesihatan atau penyakit. Kesakitan senggugut bermula sejurus sebelum darah haid mula keluar, dan boleh berlangsung sehingga 2-3 hari.
Sepanjang tempoh period pain ini, anda mungkin rasa:
- Tak sihat, letih tak bermaya.
- Pening, atau nak pitam.
- Kekejangan, terutama ketika darah haid sedang keluar banyak.
- Sakit perut, belakang badan atau dalam peha.
- Kesakitan dalam faraj.
Namun, ada juga sesetengah wanita mengalami kesakitan akibat masalah senggugut yang luar biasa, keluar darah di antara waktu haid, darah haid berpanjangan melebihi 15 hari dan lain-lain.
Ia mungkin disebabkan oleh penyakit, seperti Endometriosis, Cyst Ovari, Fibroid, penggunaan alat pencegah kehamilan dalam rahim (IUCD), dan lain-lain. Segeralah berjumpa doktor untuk membuat pemeriksaan lanjut.
5 Tips Kurangkan Masalah Senggugut Ketika Datang Bulan
Ada beberapa tips mudah, cara tradisional dan moden untuk bantu mengurangkan kesakitan akibat dari masalah senggugut ketika datang haid ini.
5 Tips Mudah Kurangkan Masalah Senggugut Ketika Datang Bulan:
- Tuam di kawasan perut dengan sesuatu yang panas.
- Urutan di bahagian abdomen dan belakang bawah badan.
- Minuman suam panas seperti air kosong, Cinnamon dan Teh Chamomile.
- Ambil suplemen Asid Linolenic untuk kurangkan keradangan.
- Dapatkan rehat secukupnya. Banyakkan duduk, atau berbaring.
Pengambilan suplemen yang mengandungi Linolenic dan Asid Gamma-Linolenic menyokong hormon kewanitaan untuk menggalakkan pembekuan darah, melawan keradangan dan mengurangkan ketidakselesaan, bengkak dan kesakitan yang disebabkan oleh haid bulanan.
Pengalaman Sendiri Tangani Period Pain
Saya jarang kena senggugut yang teruk. Tapi, hari pertama datang haid, saya tetap ‘flat’ juga kerana kejang, dan tak mampu nak berdiri lama. Pinggang bagai nak tercabut, dan rasa macam ada sesuatu nak jatuh ke bawah. Nak berdiri untuk masak lauk, basuh pinggan pun tak boleh.
Kejap-kejap kena duduk. Nak keluar window shopping pun tak larat.
Biasanya saya akan inform pada suami untuk minta ‘cuti’ satu hari dari buat sebarang kerja rumah. Banyakkan duduk, baring, minum air panas suam, dan dibantu dengan pengambilan suplemen.
Saya wajib amalkan suplemen berikut bila hampir nak datang bulan, terutama 3 hari pertama period:
- 2 biji GLA Complex (sumber asid Gamma-Linolenic)
- 4 biji OsteMatrix (stabilkan paras kalsium-magnesium dalam darah)
- 1-2 biji B-Complex (anti-stress. Sumber Vitamin B lengkap)
- Makan coklat.. eh eh suplemen laa sangat, hehe.. Tapi tips nie pun superb, tau!
Dengan nutrisi yang betul, rehat secukupnya, dan kasih sayang dari keluarga, Insya Allah masuk hari ke-2 dah boleh beraksi sebagai Supermom semula… 😀
Ya, benda begini nampak remeh kan? Tapi orang keliling takkan faham kalau kita tak explain dengan betul. Jadi, janganlah masam muka kalau suami tak faham masalah kita. Sebaliknya, ambil inisiatif untuk terangkan pada suami darjah kesakitan masalah senggugut kita dari skala 1-10, ok?
Jangan dok stress sorang-sorang, tau! Nanti tambah wrinkle kat muka tue, tak best kan.. 😉
7 Tips Atasi Sembelit Ketika Berpantang Selepas Bersalin
Bagaimana Nak Dapatkan Set Masalah Senggugut?
Set Masalah Senggugut ini mengandungi 3 jenis suplemen iaitu GLA Complex, OsteMatrix dan B-Complex. Bonus, bukan sekadar untuk masalah senggugut, tetapi sangat membantu untuk kesihatan wanita secara umum, terutama buat wanita yang sudah pernah melahirkan anak.
Buat para suami mithali yang ingin bantu mengurangkan kesakitan isteri akibat dari masalah senggugut ini, boleh hadiahkan suplemen GLA Complex, OsteMatrix dan B-Complex ini kepada isteri, selain dari kongsikan tips di atas. Ibu menyusu tak datang haid?
Untuk para majikan yang tak mahu anak buah anda MC setiap bulan kerana masalah senggugut teruk pun boleh hadiahkan set GLA Complex dan OsteMatrix ini kepadanya. Anda jaga kebajikan pekerja, mereka pun pasti lagi seronok bekerja dengan ikhlas.
Boleh buat belian secara Online di sini (klik). 100% secured, dijamin oleh Shaklee (M).
Atau, WhatsApp “Set Masalah Senggugut” ke 017-3030081. Fast reply!
*DISCLAIMER
These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.
Untuk order produk, daftar keahlian, atau peluang jana income dengan Shaklee, hubungi:
WhatsApp kami di 017-3030081 (klik dari smartphone anda).
Follow FB Arnie Samsudin untuk chat secara langsung.
Daftar keahlian Shaklee di “Join Now“ sekarang & nikmati penjimatan hingga 20%.
egtukar says
wanita wajib tahu tips ni. nanti taklah merana sangat bila terkena serangan sengugut ni kan.
GenkiMomma says
Ya, betul tue… 😀
Noriza Rahman says
Orang yang tak faham memang diorg akan cakap mengada2 kan? padahal kita sakit senggugut ni boleh pitam tau..pernah terjadi dulukala juga..tertonggeng2 kalau datang period, makan ubat painkiller tak cukup, siap guna seterika lagi…huhu
GenkiMomma says
betul tak ramai yg faham.. btw, guna seterika tue ‘legend’ kan? kuikui.. tapi tue je laa cara paling cepat nak tuam perut bila period pain menyerang..
Nur Razali says
Senggugut versi shaklee.. ????
GenkiMomma says
skala kesakitan senggugut tue boleh diturunkan dengan bantuan suplemen shaklee, gitu… 🙂
zool says
hm. kena bagitau isteri ni..
tapi dia dah lama tak datang bulan ni
GenkiMomma says
kihkihkih, takyah bagitau laa gitu… 😛
Oja Samid says
senggugut tak boleh dipandang remeh..kot2 berlarutan lama sangat, better jumpa doktor utk periksa. risau juga kan, kalau ada apa2..
GenkiMomma says
Betul, kalau setiap bulan pun senggugut teruk, mesti ada something wrong tue..