Puasa bermaksud menahan diri daripada makan, minum dan perkara-perkara yang membatalkan puasa, bermula dari terbit fajar sehingga terbenam matahari, beserta dengan niat puasa.
Tempoh berpuasa yang panjang boleh menyebabkan tubuh badan kita rasa lemah, lesu, kurang bertenaga, kulit dan bibir menjadi kering dan adakala merekah. Keadaan ini berpunca daripada dehidrasi – kekurangan kandungan air di dalam badan.
Indahnya Islam, kita sangat digalakkan untuk melewatkan sahur serta mempercepatkan berbuka sebaik masuk waktunya. Namun, atas sebab-sebab tertentu, kita yang tidak berkesempatan dan tak berupaya untuk minum air secukupnya di bulan Ramadhan.
5 Tips Tubuh Badan Kekal Hidrasi Ketika Berpuasa
Kami kongsikan 5 cara terbaik untuk bantu tubuh kita kekal hidarasi ketika berpuasa.
(1) Minum lebih banyak air kosong di antara waktu berbuka dan sahur.
Target kita sekurang-kurangnya 8 gelas air kosong sehari.
Tips ini nampak paling mudah, tapi hakikatnya agak sukar nak merealisasikannya. Ini kerana kita hanya boleh makan dan minum di waktu malam hari, antara waktu berbuka dan sahur sahaja.
Cadangan minum air ketika berpuasa:
- 1 gelas ketika berbuka puasa.
- 1 gelas selepas berbuka puasa.
- 1 gelas selepas solat Maghrib.
- 1 gelas sebelum solat Isyak.
- 1 gelas selepas solat Tarawikh.
- 1 gelas sebelum tidur.
- 1 gelas selepas bangun tidur untuk sahur.
- 1 gelas selepas makan sahur.
Ini cadangan sahaja. Anda boleh ubah mengikut kesesuaian.
Nak minum bergelas-gelas ketika berbuka, memang tak mampu. Nak minum bergelas-gelas ketika bersahur, lagi lah tak lalu. Jadi, kita adjust ikut jadual sendiri. Yang penting, capai target.
(2) Makan Lebih Banyak Buah
Buah-buahan dan sayur-sayuran turut mengandungi kandungan air yang tinggi.
Buah tembikai misalnya, terdiri daripada 90% air. Selain itu, betik, mangga, melon, oren, dan banyak lagi buah-buahan turut mengandungi air yang tinggi.
Jadi, anda bolehlah snek sepinggan dua buah-buahan untuk kekalkan hidrasi tubuh badan.
(3) Minum Susu
Kajian penyelidik di Kanada mendapati susu mempunyai fungsi hidrasi lebih baik berbanding air dan minuman isotonik kerana susu kaya protein berkualiti tinggi, karbohidrat, kalsium dan elektrolit.
Ahaa, nampaknya susu bukan sekadar untuk kalsium dan tulang sahaja. Susu juga sangat baik dalam menggantikan cecair yang hilang akibat berpeluh, bersukan dan mengekalkan hidrasi badan.
(4) Elakkan Minuman Berkafein
Banyak kepercayaan popular mengatakan minum kopi dan teh boleh menyebabkan kita dehidrasi, kerana kandungan kafein di dalamnya mempunyai efek diuretik.
Hakikatnya, minuman berkafein memang ada sedikit efek diuretik, tetapi tidaklah hingga menyebabkan risiko dehidrasi jika kita minum pada hari biasa (tidak berpuasa).
Diuretik ialah bahan yang menyebabkan banyak air kencing dikumuhkan oleh tubuh badan kita. Dikatakan kafein meningkatkan pengaliran darah melalui buah pinggang, seterusnya menyebabkan efek diuretik ini – buah pinggang flush out lebih garam dan air daripada badan melalui air kencing.
Namun, pastinya kita taknak badan kehilangan air dan garam yang banyak ketika berpuasa, kan?
(5) Performance Orange Drink
Kekal terhidrat sepanjang hari, dengan elektrolit penting dalam Performance Orange.
Performance Orange bantu tubuh kita kekal terhidrat ketika berpuasa dengan OPTI-LYTE, gabungan campuran formulasi proprietari dan campuran unik karbohidrat yang membantu untuk
- Menambah elektrolit di dalam badan,
- Membolehkan badan menghasilkan tenaga segera,
untuk kita kekal aktif sepanjang Ramadhan. Performance Orange = Pure Hydration!
Badan Kekal Terhidrat Di Bulan Puasa
Kami faham, boleh kembung perut kita kalau minum air dengan banyak ketika sahur dan berbuka. Mulalah duduk tersandar dan tak mampu nak gerak ke mana-mana.
Isk, isk. Sangat rugi sebab bulan Ramadhan lah peluang untuk ‘Pesta Ibadah’ merebut pahala.
Jadi, mari kita cuba amalkan salah satu daripada 5 tips di atas untuk kekal terhidrat sepanjang bulan puasa nanti. Kalau dapat amalkan kesemua 5 tips lebih bagus.
Selamat berpuasa, semua! Marhaban Ya Ramadhan… 🙂
*DISCLAIMER
These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.
WhatsApp kami di 017-3030081 (klik dari smartphone anda).
Daftar keahlian Shaklee di “Join Now“ sekarang & nikmati penjimatan hingga 20%.
Sabrijati says
Terima kasih atas tips yang diberikan. Air memang tersangat penting dalam kehidupan seharian. Minum lah air secukupnya supaya kita akan kekal bertenaga di bulan Ramadhan.