6 Herba Popular Melawaskan Sistem Penghadaman | Apabila perut meragam, banyak aktiviti harian yang tidak dapat dijalankan seperti biasa. Rasa tidak selesa. Mood juga ke laut. Paling risau bila kena cirit-birit. Boleh bikin lemah satu badan nak menahan kesakitan perut memulas dalam jangkamasa lama.
Dulu-dulu, bila perut kembung mesti cari minyak angin. Bila cirit-birit minum teh O pekat, sambil menahan hidung makan pil “Chi-Kit” yang famous tue. Bila susah nak membuang makan buah. Tapi kalau dah lebih seminggu susah nak membuang juga, terus cari pil julap.
Bila dah semakin dewasa, apatah lagi semenjak menjadi mak orang, ramai ibu-ibu mula beralih arah memilih sumber semulajadi untuk melawaskan sistem penghadaman.
6 Herba Popular Melawaskan Sistem Penghadaman
Mungkin ramai yang biasa amalkan daun pudina untuk mengatasi perut meragam dan melawaskan sistem penghadaman, bukan? Namun, ada banyak lagi tumbuhan herba lain yang turut bermanfaat dalam melawaskan sistem penghadaman kita tau.
6 herba popular untuk melancarkan dan melawaskan sistem penghadaman kita ialah:
(1) PEPPERMINT – Daun pudina segar adalah pilihan nombor 1 masyarakat dunia dalam melawaskan sistem penghadaman seperti membantu merawat masalah sembelit, cirit birit, perut kembung, berangin dan tidak lawas. Teh pudina turut menjadi kegemaran ramai juga.
(2) SAGE – Daun Sage membantu melawaskan sistem penghadaman untuk segala makanan dari sumber protein, dan membantu membuang agin di dalam perut.
(3) THYME – Daun Thyme dikatakan mempunyai kandungan antivirus. Menambahkan daun Thyme ke dalam masakan akan membantu perut melawan virus.
(4) OREGANO – Daun Oregano merupakan herba yang tinggi kandungan alkali, menjadikan daun Oregano pilihan sempurna untuk melawan keradangan, termasuklah masalah keasidan di dalam perut.
(5) ROSEMARY – Daun RoseMary merupakan remedi yang baik untuk membantu melawaskan sistem penghadaman seperti masalah tidak lawas, perut kembung, berangin dan juga sembelit.
(6) LAVENDER – Apabila seseorang di bawah tekanan dan resan gelisah, tindak balas sistem penghadaman mereka turut menjadi perlahan. Menggunakan daun Lavender di dalam makanan boleh membantu melawaskan sistem penghadaman dengan menenangkan usus, serta menggalakkan usus kita menjadi aktif seperti yang sepatutnya.
Wow! Menarik, kan? Mungkin lepas ini kita boleh variasikan makanan kita dengan menambahkan pelbagai jenis daun herba ini ke dalam resepi harian.
Bukan setakat jadikan Lavender sebagai haruman di dalam rumah dan kereta, malah kita boleh cuba rencahkan daun Lavender segar ke dalam masakan kita juga.
Cara Buat Teh O Pudina Panas Segera
Walaubagaimanapun, dalam banyak pilihan herba ini, saya masih suka memilih pudina dan halia apabila perut meragam. Saya suka bancuh Teh O Pudina panas, ataupun sekali sekala minum Teh Halia. Wahhh, tulis nama minuman pun dah terasa kesedapannya hinga ke tekak!
Bagi yang boleh tanam sendiri pudina di rumah, beruntunglah anda kerana boleh petik dan guna daun Pudina bila-bila masa aje. Namun, bagaimana bila anda tiada di rumah? Out-station jauh dari rumah, atau balik kampung contohnya. Bagaimana nak dapatkan sumber daun pudina apabila perut tiba-tiba meragam?
Jika anda ingin mendapatkan Pudina-Halia yang mudah di bawa ke mana-mana, sebagai emergency kit – penawar perut meragam, anda boleh dapatkan suplemen Peppermint-Ginger Plus di butang eSell di bawah (klik).
Jadual pemakanan eksklusif Peppermint-Ginger Plus untuk perut meragam akan kami berikan kepada semua yang mendapatkan Vitamin C daripada GenkiMomma.My
Nak menyediakan minuman ini pun mudah dengan adanya Peppermint-Ginger Plus ini. Favourite saya ialah Teh O Peppermint-Ginger panas. Malah, kos keseluruhan seteko Teh Pudina jauh lebih murah berbanding bila kita order secawan Teh Pudina di luar! 😀
Peppermint-Ginger Buang Angin Dalam Badan (Testimoni Migraine)
20 Tips Atasi Morning Sickness
*DISCLAIMER
These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.
Nak Order Set Kecantikan Youth?
WhatsApp kami di 017-3030081 (klik dari smartphone anda).
Follow FB Arnie Samsudin untuk chat secara langsung.
Daftar keahlian Shaklee di “Join Now“ sekarang & nikmati penjimatan hingga 20%.
Noriza Rahman says
Peppermint gingger ni kalau minum dengan lemon pun sangat sedap tau…
GenkiMomma says
Wahhh ye ke? Nanti nak try… 😀
Noriza Rahman says
Berangin dan melawaskan sistem penghadaman..hihi
GenkiMomma says
Bagus tue! 😀
Oja Samid says
tak pernah try lagi buat teh dgn PG nie. tapi pernah cium bau teh kat kedai. memang sedap je bau dia..patut try nnt ^_^
GenkiMomma says
Sedap sangat! Pastu menenagkan jugak, ada calming effect gitu.. 😀
azimah mohd zainuddin says
Perut kalau tidak selesa sampai sakit kepala jadinya.
GenkiMomma says
Haa, angin dah naik ke kepala laa tue..
Ikhwan says
saya paling suka daun pudina 🙂
GenkiMomma says
Haa, pudina memang menyegarkan.. 😀
Ikhwan says
saya paling suka daun berangin pudina 🙂
GenkiMomma says
Nyaman kannn.. 😀
Surya says
Nk buang2 angin pun bagus ambil ni kn. Keluar abis angin tu
GenkiMomma says
Haa, bagus sangat utk buang angin.. 😀
Sani says
Yang lain tu biasa dengar dan rasa lah yang SAGE tu tak pernah lagi..
GenkiMomma says
Agak rare daun Sage nie, biasa digunakan di western je agaknya… 😀
nur razali says
Masa tngh pantang ni nur x missed ambik peppermint ni sesekali minum dgn teh panas mmg menyegarkan..angin keluar berlumba2 je hehehee badan pun rasa ringan…