6 Kebaikan dan Khasiat Lecithin | Lecithin merupakan campuran kompleks fosfolipid yang terdapat dalam sel-sel badan kita, yang menyediakan manfaat kesihatan dari segi fizikal dan mental. Malah 30% daripada komposisi kering otak dan 20% daripada saraf kita adalah Lecithin. Khasiat lecithin melindungi sel-sel dan menguatkan struktur sel-sel dengan memudahkan pergerakan lemak, bahan buangan dan nutrien di dalam dan di luar sel-sel tubuh.
6 Kebaikan dan Khasiat Lecithin
(1) Lecithin meningkatkan fungsi kognitif.
Lecithin merupakan sumber yang kaya dengan kolina, yang ditukarkan menjadi asetilkolina. Asetilkolina ialah sejenis bahan kimia dalam otak yang penting untuk kecergasan mental, tumpuan dan memori. Jumlah asetilkolina yang mencukupi dapat mengekalkan tahap tumpuan, membantu meningkatkan memori dan membantu meningkatkan intelektual. Apabila tahap asetilkolina rendah, ia boleh menjejaskan keupayaan untuk belajar, dan mengingati maklumat.
(2) Lecithin menggalakkan hati yang sihat.
Antara khasiat Lecithin ialah membantu hati dalam mempercepatkan aliran lemak dan kolesterol, mengurangkan pengumpulan lemak, dan membantu dalam menghapuskan toksin berbahaya di dalam badan. Fungsi hati yang terjejas boleh dikembalikan apabila diet kolina diberikan kepada individu yang tidak mempunyai kolina dalam diet mereka.
(3) Lecithin membantu peredaran darah yang sihat.
Lecithin membantu dalam mencegah pembentukan lemak pada dinding hati, serta memecahkan deposit lemak dalam arteri dan otak. Dengan ini, khasiat lecithin mengurangkan tahap kolesterol dan meningkatkan kesihatan kardiovaskular.
(4) Lecithin membantu mengekalkan berat badan yang sihat.
Lecithin merupakan pengemulsi lemak yang membantu dalam memecahkan dan mencairkan lemak. Maka, khasiat lecithin ialah membantu meningkatkan metabolisme dan membakar lemak dengan berkesan apabila disokong dengan program senaman yang betul. Tambahan Lecithin dalam program shape up akan membantu anda mendapat berat badan ideal, serta bentuk badan yang lebih langsing.
(5) Lecithin mengekalkan kelembapan dan kesihatan kulit.
Kepekatan asid lemak yang tinggi membolehkan khasiat lecithin mengekalkan kelembapan kulit dengan amat berkesan. Hasilnya, kulit menjadi lembap dan lembut!
(6) Lecithin membantu meningkatkan penyerapan nutrien.
Khasiat lecithin membantu penyerapan vitamin larut lemak seperti vitamin A, D, E dan K.
Tak sangka, banyak sungguh khasiat Lecithin kan? Apa jua jenama Lecithin pilihan anda, pastikan kacang soya nya daripada sumber non-GMO.
Nak cuba Lecithin?
Anda boleh terus membuat belian Lecithin di butang eSell di bawah (klik). Pastikan produk yang betul sebelum membuat pembayaran, dan anda boleh uncheck mana yang tidak berkenaan. Kemudian, sila hubungi kami untuk mendapatkan jadual pemakanan eksklusif setelah pembelian dibuat.
Atau, jika anda ingin bertanya lanjut, hubungi terus kami di nombor tertera di bawah… 😀
*DISCLAIMER
These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.
Kami ialah Pengedar Sah Shaklee anda di SETIA ALAM, Bukit Raja, Meru, Kapar, Klang dan Shah Alam. Penghantaran produk Shaklee menggunakan kurier ke seluruh Malaysia & Indonesia. Untuk order produk Shaklee, daftar keahlian, atau peluang jana pendapatan dengan Shaklee, hubungi:
Call/ SMS/ WhatsApp : 017-303 0081/ 012-218 0781
E-Mail : genkimomma@gmail.com
Masukkan No. ID Sponsor : 830022 jika daftar keahlian (Express Enrolment) di “Join Now“.
Noriza Rahman says
Selain untuk kurus, lecithin banyak juga kegunaannya kan!
GenkiMomma says
elak jadi pelupa nie, maklumlah urat dah banyak putus… 😛