6 Mitos Petanda Anda Tidak Subur | Masyarakat cenderung menyalahkan kaum wanita apabila pasangan tersebut masih belum dikurniakan cahayamata walaupun sudah lama berkahwin.
Hakikatnya, tahap kesuburan seseorang dipengaruhi oleh pelbagai faktor. Bukan wanita sahaja tidak subur, ramai juga lelak yang tidak subur. Namun, pelbagai maklumat kurang tepat telah menyebabkan masyarakat keliru dengan tahap kesuburan mereka.
6 Mitos Petanda Anda Tidak Subur
Mari kita lihat adakah kebanyakkan info tentang kesuburan tersebut adalah fakta atau mitos?
Mitos 1: Haid tidak teratur, saya tidak subur
Fakta 1: Masalah haid tidak teratur disebabkan oleh pelbagai masalah seperti Sindrom Polistik Ovarium (PCOS), dan juga tekanan. Walaupun kitaran haid anda teratur, ini tidak menjamin anda bebas daripada masalah kesuburan.
Masalah kesihatan lain seperti tiub falopio tersumbat, masalah rahim, cyst dan fibroid juga boleh menyebabkan anda tidak subur.
Mitos 2: Kitaran haid saya 45 hari, saya tidak subur
Fakta 2: Salah. Tidak ada tempoh kitaran haid yang tepat. Ada wanita yang mengalami kitaran haid yang pendek, ada yang panjang. 28 hari adalah kitaran haid yang biasanya dialami oleh kebanyakan wanita. Namun, tubuh setiap individu berbeza.
Jadi, walaupun kitaran haid anda 45 hari, itu bukan petanda anda tidak subur.
Mitos 3: Saya dah pernah melahirkan bayi, takkanlah saya tidak subur
Fakta 3: Peningkatan usia seorang wanita turut mempengaruhi tahap kesuburan, serta kemampuannya untuk mengandung. Jadi tiada jaminan anda mampu mengandung dengan mudah, walaupun anda sudah pernah ada anak sebelumnya.
Sebagai pengedar Shaklee, kami juga mempunyai ramai customer yang menghadapi situasi begini – dah ada 1 atau 2 orang anak sebelum ini, jarakkan kehamilan 2-3 tahun atas faktor tertentu. Kemudian, apabila mencuba untuk hamil sekali lagi, tidak semudah seperti sebelum ini. Ada yang berjaya hamil lagi setelah bertahun mencuba, dan ada yang masih gigih mencuba untuk hamil.
Mitos 4: Umur dah 40 tahun, saya tidak subur
Fakta 4: Benar, usia mempengaruhi kesuburan. Tahap kesuburan wanita mula menurun ketika usianya memasuki 30 tahun. Dan, usia terbaik untuk mendapatkan anak ialah sebelum usia 30 tahun. Namun begitu, masih ada yang mampu mengandung di usia 40-an secara semulajadi, mahupun dengan bantuan teknologi. Di antara selebriti terkenal yang hamil di usia 40-an ialah Rozita Che Wan.
Che Ta merupakan di antara wanita hebat yang kekal jelita, serta masih mampu hamil dan melahirkan baby Aaisyah Dhia Rana dengan sihat di usia 41 tahun.
Jarak umur baby Aaisyah dan abang keduanya ialah 17 tahun.
Mitos 5: Jika saya jaga kesihatan, saya confirm subur
Fakta 5: Diet sihat, pola pemakanan yang baik serta gizi seimbang sangat disarankan agar anda dapat menyediakan tubuh badan yang sihat untuk mengandung.
Namun, ia tidak menjamin anda dapat hamil dengan mudah. Mungkin ada masalah dalaman yang menjadi penyebab anda tidak subur.
Mitos 6: Tidak subur ini masalah kaum wanita
Fakta 6: Ketidaksuburan tidak mengenal jantina. Ramai menuding jari kepada wanita. Realitinya, ada juga lelaki yang tidak subur. Kajian mendapati bahawa ketidaksuburan berpunca daripada:
33% wanita tidak subur
33% lelaki tidak subur
33% punca tidak diketahui
Jadi, sangat baik jika kedua-dua suami isteri bersama-sama berjumpa doktor untuk mendapatkan pemeriksaan lanjut, supaya jika ada yang tidak subur, masalah tersebut boleh dirawat dengan sebaiknya. Tak perlulah percaya dengan pelbagai mitos tentang kesuburan.
*Sumber: iSihat April 2014
*DISCLAIMER
These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.
WhatsApp kami di 017-3030081 (klik dari smartphone anda).
Follow FB Arnie Samsudin untuk chat secara langsung.
Daftar keahlian Shaklee di “Join Now“ sekarang & nikmati penjimatan hingga 20%.
Noriza Rahman says
Memang mitos la nih…
GenkiMomma says
Mitos sangat! 😛
Oja Samid says
faktor usia tue terasa sangat..tak sama macam masa 20-an dulu. apa pun kena ikhtiar juga..mudah2an diberikan rezeki lagi nnt insyaALlah. 🙂
GenkiMomma says
betul2, yang penting usaha… Fukuyama Masaharu pun baru nak kawen tue, ekeke… 😛