6 Pencetus Kegatalan Ekzema Ibu Ayah Wajib Tahu | Ekzema adalah satu keadaan di mana kulit kering dan bersisik boleh muncul di mana-mana bahagian kulit, dan ia sangat gatal. Kegatalan ekzema boleh jadi sangat serius sehingga anak-anak sukar tidur lena kerana kegatalan melampau. Masalah kegatalan kulit yang biasa terjadi di kalangan kanak-kanak dikenali sebagai ekzema atopik (atopic dermatitis).
Ekzema atopik berlaku kepada individu yang mempunyai kecenderungan atopik. ‘Kecenderungan atopik’ ialah ada sejarah keluarga yang mempunyai asma, ekzema atau alergi. Sekiranya dalam susur galur keluarga ibu ayah ada sejarah begini, risiko anak yang dilahirkan untuk menghidap ekzema adalah tinggi. Ini contoh ekzema atopik yang biasa dihidapi oleh bayi (imej google):
Ekzema atopik boleh beri kesan kepada kanak-kanak di semua peringkat umur.
Macam anak kami, sebaik sahaja dilahirkan sudah nampak radang ekzema di kulit kepala dan pipinya. Kecenderungan atopik nya di warisi dari saya, ibunya, yang juga mempunyai ekzema ketika kecil, dan kini diserang contact dermatitis pula. Ayah baby tidak punyai sebarang alahan, namun ada sejarah asma pada bapanya (datuk baby).
6 Pencetus Kegatalan Ekzema Ibu Ayah Wajib Tahu
Ekzema bukan ruam biasa. Ruam bayi bersifat sementara. Manakala ekzema atopik boleh kekal lama pada kulit. Kebanyakan kes atopik ekzema akan berkurangan apabila anak semakin membesar. Namun, boleh juga menjadi lebih kronik dan berkekalan sehingga dewasa.
Jadi, sangat penting untuk ibu bapa memahami bagaimana untuk menjaga kulit dan mengelakkan sebarang pencetus kegatalan ekzema (trigger factor) kepada anak-anak kita.
Terdapat 6 pencetus kegatalan ekzema umum yang ibu ayah wajib tahu:
(1) Alahan makanan: Alah kepada makanan tertentu seperti susu lembu, telur, kekacang, kacang soya atau gandum. Ini pencetus kegatalan ekzema nombor 1, kerana ekzema sebenarnya berpunca dari dalam badan. Bukan sekadar penyakit kulit luaran.
(2) Faktor persekitaran: Cuaca terlalu sejuk, atau terlalu kering, akan mengeringkan kulit. Kulit yang terlalu kering akan menjadi gatal, dan sekaligus menggalakkan radang ekzema. Hama, habuk, debunga, lipas, kotoran juga boleh jadi pencetus kegatalan ekzema.
(3) Bahan perengsa: Sabun dan bahan pencuci seperti syampu, mandian dan sabun basuh baju.
(4) Bahan-bahan tertentu: Alah dengan fabrik bulu, sintetik, bahan logam, dan lain-lain.
Seorang kenalan kami alah dengan logam. Beliau tak tahu pencetus kegatalan ekzema nya ialah logam, sehingga lah beliau buat allergy test. Bila dah tahu, beliau tidak lagi memakai jam, dan telah menempah kerongsang emas untuk menggantikan brooch biasa bila memakai tudung.
(5) Jangkitan kulit: Apabila menggaru terlalu kerap hingga berdarah, kegatalan ekzema pada kawasan kulit tersebut akan menjadi teruk dan meradang. Jika jari yang sama digunakan untuk menggaru, radang akan merebak di tempat lain pula.
(6) Perubahan hormon: Anak ekzema tak boleh stress. Sebarang tekanan emosi yang dirasai oleh dirinya, atau oleh penjaganya, boleh jadi pencetus kegatalan ekzema juga.
Info tambahan. Ini mungkin tidak berkaitan dengan kanak-kanak. Untuk wanita, simptom kegatalan ekzema mereka mungkin bertambah teruk sebelum datang haid, dan ketika sedang hamil.
Pengalaman Kami Buat Allergy Test Untuk Anak Ekzema
Cara terbaik untuk mengetahui faktor pencetus kegatalan ekzema kita ialah dengan menjalani ujian alahan (Allergy Test). Terdapat 2 jenis ujian alahan iaitu:
- Ujian Kulit (Prick Test).
- Ujian Darah (Blood Test).
Anak kami dah buat ujian alahan kulit, prick test ini ketika usianya 6 bulan. Selepas berbincang dengan doktor, kami ambil keputusan untuk buat ujian alahan ini sebelum baby mula makanan pejal. Tujuannya, supaya tak tersilap beri makanan yang mungkin jadi pencetus kegatalan ekzema nya.
Dalam masa yang sama, kami juga melewatkan pemberian makanan pejal sehingga baby berusia 7 bulan. 100% susu ibu sahaja pada 7 bulan pertama.
Melalui keputusan allergy test di DEMC, barulah kami tahu bahawa baby alah dengan produk tenusu. Segala jenis makanan berasaskan produk tenusu seperti susu lembu, susu kambing, coklat, keju, kek, yogurt, ais krim dan lain-lain akan menyebabkan ekzema nya meradang (flare up).
Sebagai ibu menyusu anak ekzema, saya juga perlu elakkan produk tenusu kerana baby akan dapat efeknya melalui susu ibu. Pernah sekali saya makan kek coklat dalam kuantiti yang agak banyak. Keesokan harinya, radang ekzema timbul di betis kakinya, seperti bentuk bunga.
Kenali dan Elakkan Pencetus Kegatalan Ekzema
6 pencetus kegatalan ekzema yang dikongsikan ini adalah panduan umum sahaja.
Hakikatnya, punca pencetus kegatalan ekzema ini berbeza di antara individu. Daripada kita berteka-teki, atau ikut melulu saranan orang, lebih baik kita dapatkan kepastian melalui ujian alahan dengan yang pakar. Yang baik untuk pesakit ekzema lain, tak semestinya serasi untuk anak ekzema kita.
Sebagai ibu ayah yang mempunyai anak ekzema, dan pernah tak lena tidur malam kerana anak menangis dan menggaru sampai berdarah, nasihat kami:
- Kenali dan elakkan perkara yang jadi pencetus kegatalan ekzema anak.
- Kekalkan kelembapan kulit dengan pelembap kulit yang sesuai. Elakkan krim steroid.
- Amalkanlah pengambilan nutrisi seimbang.
- Elakkan makanan penyebab usus bocor.
- Kuatkan imuniti badan. Tambahan suplemen seperti minyak ikan untuk anti-radang, vitamin C untuk immune booster serta multivitamin, jika perlu.
Insya Allah, kegatalan dan keradangan ekzema anak kita akan terkawal… 😀
*DISCLAIMER
These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.
Kami ialah Pengedar Sah Shaklee di Setia Alam, Bukit Raja, Meru, Kapar, Klang dan Shah Alam. Penghantaran produk Shaklee menggunakan kurier ke seluruh Malaysia. Untuk order produk, daftar keahlian, atau peluang jana pendapatan dengan Shaklee, hubungi:
Call/ SMS/ WhatsApp : 017-3030081 / 012-2180781
E-Mail : genkimomma@gmail.com
Daftar keahlian Shaklee di “Join Now“ sekarang & nikmati penjimatan hingga 20%.
Noriza Rahman says
Banyak pantang larang penyakit autoimun ni kan..kalau tak tahu wajib cari ilmu untuk tahu lebih banyak tentang eczema ni
GenkiMomma says
betul tue.. dan paling penting, penawar untuk setiap orang pun tak sama, inikan pulak faktor yang menjadi punca penyakit tue..
Hairul HIssam says
bagus info nie utk ibu bapa yg anak mereka ada ekzema..
GenkiMomma says
Semoga bermanfaat dan dapat bantu ibu bapa yang ada anak Ekzema..
Nur Amni says
sakit ni eczema.kesian kat budak-budak.memang diorang tak tunjuk,tapi sakit gak tu
GenkiMomma says
Betul, sakit ekzema nie anak-anak tunjuk dengan cara garu kuat-kuat sampai berdarah.. kesiannn..
Oja Samid says
Ramai ingat ekzema nie boleh hilang hanya dengan sapu-sapu krim atau ubat aje. Patutnya kena tackle menyeluruh, barulah dapak kawal.
GenkiMomma says
Betul tue Oja, penyakit ekzema nie tak boleh sembuh dengan sekadar sapu krim luaran sahaja.. Wajib rawat dari dalam badan juga..
Faris Azzam S says
Wah, baru tahu sabun bisa menjadi pencetus ekzema juga, nice info, thanks
GenkiMomma says
welcome! 😀