6 Tips Merawat Tinnitus Secara Semulajadi | Tinnitus (disebut sebagai tin-ni-tis) adalah satu keadaan di mana individu tersebut terdengar bunyi deringan, desingan, dengungan, bisikan, siulan dan pelbagai lagi bunyi di dalam telinga, tetapi tanpa kehadiran sumber bunyi sebenar dari luar.
Tinnitus berasal daripada bahasa Latin yang bermaksud “to tinkle” atau “berbunyi seperti loceng“.
Bunyi bising dalam telinga ini hadir dalam tempoh berkala, dan ada juga yang berterusan, dan ianya berbeza-beza dari segi kekuatan bunyi. Ia mungkin bertambah teruk apabila di sekeliling kita tiada bunyi bising. Jadi, pesakit tinnitus mungkin akan mendengar bunyi ini dengan lebih kuat pada waktu malam, ketika mereka mencuba untuk tidur.
Punca Sakit Tinnitus
Walaupun tinnitus sering dikaitkan dengan kehilangan pendengaran, tetapi ia bukanlah penyebab utama kurang pendengaran. Malah, sesetengah pesakit mempunyai tahap pendengaran yang baik, dan boleh mendengar dengan sangat jelas. Sebaliknya, kehilangan pendengaran yang seiring dengan pertambahan usia contohnya, mungkin menjadi penyebab kepada tinnitus.
Selain itu, di antara penyebab tinnitus ialah:
- Kecederaan di bahagian dalam telinga (damage to the cochlea).
- Pengaliran darah dalam badan yang tidak lancar.
- Terdedah kepada bunyi bising yang kuat.
- Keradangan di dalam telinga.
- Cecair di dalam telinga.
- Timbunan wax dalam telinga.
- Tekanan darah rendah dan tinggi.
- Hilang pendengaran.
6 Tips Merawat Tinnitus Secara Semulajadi
Apapun jua penyebabnya, tinnitus masih punyai harapan untuk sembuh dengan mengubah diet harian, ubah gaya hidup, serta mengamalkan suplemen dan penyediaan herba.
Berikut ialah 6 cara untuk mengurangkan dan merawat tinnitus secara semulajadi.
(1) Banyakkan aktiviti fizikal yang sihat untuk melancarkan peredaran darah.
Pengaliran darah yang kurang lancar di dalam badan dipercayai antara punca utama penyebab tinnitis. Melakukan aktiviti fizikal dengan kerap membantu melancarkan aliran darah ke semua organ dan tisu dalam badan termasuklah ke struktur telinga.
Contohnya, berjalan kaki, jogging, kayuh basikal, bermeditasi, berenang, seni pertahanan, menari, aerobik dan gimnastik dan pelbagai senaman ringan lain.
(2) Diet anti-tinnitus yang tinggi dengan Protein, banyak buah dan sayur.
Amalkan diet anti-tinnitus mestilah tinggi protein dan nutrien seperti minyak zaitun, daging, kelapa dan sayur tidak berkanji. Buah-buahan pula mestilah dari kumpulan rendah gula, tetapi tinggi anti-oksidan seperti buah beri, limau dan grapefruit.
Selain itu, makanan kaya dengan protein juga sangat digalakkan untuk pesakit tinnitus seperti gandum, telur, buah-buahan, susu, yoghurt, kekacang dan lain-lain. Apapun, pastikan ambil makanan seimbang, kerana terlalu banyak protein pun tidak elok untuk kesihatan badan.
(3) Herba anti-keradangan seperti kunyit, halia, dandelion, oregano dan bawang putih.
Keempat-empat herba ini terkenal bersifat anti-keradangan secara semulajadi, dan mudah dijumpai di dapur rumah. Ia boleh digunakan dengan pelbagai cara mengikut kretiviti anda.
Misalnya, campurkan ekstrak bawang putih yang telah direbus ke dalam minyak mustard, tunggu sejuk, dan titiskan 1-2 titis ke dua-dua belah telinga. Bawang putih merupakan anti-biotik semulajadi dan membantu menguraikan darah beku.
Di antara punca tinnitus ialah kecederaan dalam telinga. Campurkan 1 sudu teh serbuk kunyit ke dalam susu panas, dan di minum. Kunyit terkenal sebagai agen penyembuhan luka.
(4) Elakkan makanan tinggi lemak tepu, gula dan garam.
Makanan yang tinggi dengan lemak tepu serta lemak trans meningkatkan paras kolesterol jahat (LDL) di dalam badan, yang seterusnya menyebabkan aterosklerosis. Aterosklerosis ialah penyempitan dan pengerasan pembuluh darah, yang akan menyebabkan pengaliran darah menjadi perlahan, iaitu faktor utama pembentukan tinnitus.
(5) Amalkan Ginkgo Biloba.
Ginkgo Biloba terkenal meningkatkan metabolisme, anti-ischemic, anti-edema, dan anti-hypoxic. Punca utama tinnitus ialah kekurangan bekalan darah ke telinga, manakala Ginkgo Biloba mengelakkan keadaan ini berlaku.
(6) Amalkan suplemen Pycnogenol, Resveratrol dan Grape Seed Extract.
Suplemen seperti Pycnogenol, Resveratrol dan ekstrak biji anggur, mengandungi anti-oksidan yang menghadkan kerosakan yang disebabkan oleh radikal bebas serta keradangan. Selain itu, suplemen ini turut melancarkan pengaliran darah ke seluruh bahagian badan termasuklah kawasan telinga. Satu kajian di Universiti Chieti-Pescara di Itali membuktikan bahawa:
- Pycnogenol mampu meningkatkan fungsi vaskular serta mengembalikan kelancaran aliran darah hingga ke setiap kapilari, yang seterusnya membantu mengurangkan simptom tinnitus.
- Resveratrol dan Grape Seed Extract mengurangkan risiko darah beku serta keradangan, di mana kedua-dua keadaan ini menggalakkan pembentukan tinnitus.
Tinnitus authority, Michael Seidman, MD, has been investigating the effects of resveratrol for 15 years and has several published studies. He has received several grants to look at the effects of this compound on noise-induced hearing loss and, more recently, the National Institutes of Health (NIH) awarded him a grant to examine resveratrol’s effects on aging.
The study “demonstrates a protective effect of resveratrol on noise-induced hearing loss.” It is important to remember that 90% of individuals with tinnitus also have some level of hearing loss and prevention from further damage to one’s hearing is critical. -Tinnitus & Resveratrol
Suplemen Shaklee untuk Tinnitus
Jika anda mahu mencuba suplemen semulajadi Shaklee, kami mencadangkan:
- Vivix mempunyai kandungan antioksidan yang tinggi serta kaya dengan Resveratrol, yang merawat sehingga ke selular DNA, mengurangkan inflamasi, meningkat penghasilan tenaga serta mengelakkan pengumpulan protein AGE (melambatkan penuaan sel). Resveratrol di dalam 1 sudu teh Vivix bersamaan dengan Resveratrol di dalam 100 gelas wain. Vivix diuji di dalam makmal, dan 10x ganda lebih hebat daripada Resveratrol biasa.
- Vitamin E Complex, iaitu Vitamin E lengkap dengan ekstrak biji anggur.
- B-Complex, lengkap dengan 8 kumpulan Vitamin B yang membantu menenangkan saraf, dan bersifat anti-stress bagi membantu mengurangkan tekanan pesakit.
Anda boleh terus membuat belian set suplemen Tinnitus secara Online di sini. Dijamin 100% secured.
Atau, terus hubungi kami di 017-3030081/ 012-2180781 untuk tempahan & maklumat lanjut! 😉
*DISCLAIMER
These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.
Kami ialah Pengedar Sah Shaklee anda di SETIA ALAM, Bukit Raja, Meru, Kapar, Klang dan Shah Alam. Penghantaran produk Shaklee menggunakan kurier ke seluruh Malaysia & Indonesia. Untuk order produk Shaklee, daftar keahlian, atau peluang jana pendapatan dengan Shaklee, hubungi:
Call/ SMS/ WhatsApp : 017-3030081 / 012-2180781
E-Mail : genkimomma@gmail.com
Masukkan No. ID: 830022 di kotak “Sponsor” jika daftar Express Enrolment di “Join Now“.
Noriza Rahman says
Macam-macam penyakit yang kurang dengar, tapi menyerang kita la sekarang ni kan?
azimah mohd zainuddin says
Betul tu kak nord…1st time dengar juga
GenkiMomma says
Marilah amalkan Vivix yang ada Resveratrol itu dengan penuh semangat… 😛
GenkiMomma says
Penyakit dah lama ada nie, tapi kita first-time dengar “term” dia kot.. 🙂