Seumur hidup belum pernah lagi kena ketumbit mata. Selalu nampak kawan-kawan kena ketumbit termasuklah encik suami. Diri sendiri Alhamdulillah, belum pernah lagi kena ketumbit.
Sabtu minggu lepas, tiba-tiba sahaja kelopak mata rasa gatal. Seolah-olah macam ada seketul jerawat nak tumbuh di atas kelopak mata tue. Hati dah mula rasa tak sedap. Macam nak tumbuh ketumbit mata aje nie. Bila tengok di cermin hujung kelopak mata dah mula kemerahan.
Ketumbit Mata, Jangan Keluar Dulu Please…
Memandangkan esok harinya, pagi Ahad tue kami ada seminar facebook marketing, berdoa sangat semoga ketumbit tak muncul di pagi hari. Risau nanti peserta seminar bukan nak fokus pada apa yang kita kongsikan, tapi mereka fokus tengok mata cikgu yang ‘cantik’ ini pula. Hihihi..
Alhamdulillah, doa dimakbulkan. Sebaik sahaja habis seminar marketing, bila semua peserta dah balik, mula rasa kelopak mata makin gatal dan berat. Sah, ketumbit dah nak keluar. Masa makan malam pukul 7 petang tue pun mata dah mula bengkak.
Sampai sahaja di rumah, suami pesan untuk cepat-cepat tuam kelopak amat dengan air panas.
Kemudian teringat nak tanya kawan-kawan Facebook yang ada pengalaman kena ketumbit. Alhamdulillah, banyak kawan-kawan yang sudi berkongsi cara hilangkan ketumbit dengan cepat.
7 Cara Mudah Hilangkan Ketumbit Mata Dengan Cepat
Berikut ialah 7 cara nak hilangkan ketumbit mata yang dikongsikan oleh sahabat Facebook.
(1) Tuam kain panas di kawasan ketumbit mata. Caranya, ambil air panas letak dalam mangkuk. Ambil kain bersih, rendam sebentar di dalam air panas tersebut. Kemudian, tuam pada ketumbit.
(2) Tuam dengan sudu besi yang dah dihangatkan dengan air panas. Caranya, ambil semangkuk air panas. Rendam sudu besi seketika di dalam air panas. Uji tahap kepanasan sudu di tapak tangan atau pipi. Kemudian, barulah tuam pada ketumbit mata. Buat dengan kerap, sehingga pulih.
(3) Tuam dengan bekas tahan panas pada ketumbit mata. Caranya, masukkan air panas dalam 1 bekas tahan panas. Kemudian, tuam-kelopak mata terutama tempat berketul tu sampai rasa sakit hilang. Buat 2 3 kali sehari. InsyaAllah ketulan ketumbit mata tu cepat hilang.
(4) Cuci dengan air garam pada kawasan ketumbit mata. Caranya, ambil garam bukit dalam secubit, campur ke dalam mangkuk yang mengandungi 3 cawan air. Tenggelam kan mata ke dalam mangkuk tadi, sambil buka dan tutup mata.
(5) Tepek bawang putih pada kelopak mata. Caranya, potong bawang putih menjadi hirisan. Kemudian, tepek sahaja hirisan bawang putih di kawasan ketumbit mata.
(6) Tepek daun sirih pada kelopak mata. Caranya, layuhkan dun sirih di atas dapur seketika. Kemudian, tepek daun sirih di kawasan ketumbit mata, sambil berselawat 3 kali.
(7) Ambil hujung kain batik, dan gosokkan di kawasan ketumbit mata. Tak perlu di basahkan air. Sebelum ketumbit membesar, maksudnya ketika bengkak masih lagi kecil diperingkat awal, ambil hujung kain pelikat atau kain batik, ‘gergaji’ kan ketumbit tu agar segera pecah.
Petua Mudah Rawat Bengkak Ketumbit Di Peringkat Awal
Perlu diingatkan, petua ini sesuai untuk rawat ketumbit di peringkat awal sahaja tau. Sekiranya bengkak ketumbit terlalu besar dan sudah bernanah, sila cepat-cepat berjumpa dengan doktor.
Ketumbit di mata biasanya disebabkan oleh kelenjar minyak (oil gland) tersumbat. Bengkak ketumbit terjadi disebabkan oleh kekotoran atau kelimumur di kelopak mata.
Ada 2 jenis ketumbit mata, stye dan chalazion. Jika di amati, kebanyakkan dari petua di atas ini berasaskan konsep pemanasan iaitu tuam kawasan bengkak ketumbit dengan sesuatu yang panas. Konsep tuam di sini ialah untuk mengembangkan liang tersumbat tersebut.
Satu lagi ialah dan konsep antiseptik dengan penggunaan garam, bawang putih serta daun sireh. Dari pembacaan, bengkak ketumbit itu mungkin disebabkan oleh bakteria. Jadi bahan-bahan antiseptik ini bersifat untuk mematikan bakteria, sekaligus kuatkan antibodi semulajadi badan.
Dalam 7 petua nak hilangkan ketumbit mata ini, hanya 1 cara sahaja yang saya gunakan. Nanti saya kongsikan outcome daripada petua rawat mata ketumbit di rumah ini, Insya Allah..
Suka dengan tips yang dikongsikan ini?
Sila kongsikan artikel ini kepada kawan-kawan yang memerlukan.
Follow FB Arnie Samsudin untuk pelbagai tips kesihatan yang ohsem… 😀
Oja Samid says
Baru beberapa hari lepas ada doktor mata (?) share kat FB cara nak pulihkan ketumbit. Terus teringat kat ko..hihi.
GenkiMomma says
Haaa rasanya tau, yang dia share tuam guna sudu teh suam panas tue kan? Hihi.. 😀
Amin Hakim says
perkongsian yang menarik.. teruskan dengan tips2 sebegini ya….
GenkiMomma says
Terima kasih tuan, semoga bermanfaat… 😀
MeqZa Abdul Rahman says
Banyak petul petua yang dikongsikan, boleh buat simpanan untuk rujukan next time tu
GenkiMomma says
Macam-macam petua kan, best betul… Share di sini supaya senang nak rujuk next time.. 😀