7 Kepentingan Minyak Ikan Untuk Kanak-kanak | Sejak kecil kita sudah biasa melihat iklan suplemen minyak ikan di televisyen. Bagi anda yang membesar tahun 90-an, masih ingat lagi tak satu iklan minyak ikan popular, tentang seorang budak lelaki yang pergi memancing dengan bapanya?
“Memancing dengan ayah, ku rasa bertuah, pulang sebelum hujan…”
Mereka kembali ke rumah di dalam keadaan hujan lebat. Jadi, si ayah terus berikan suplemen minyak ikan dengan harapan si anak tidak akan jatuh sakit (demam) disebabkan terkena hujan lebat tadi. Esok hari, si anak bangun pagi dengan ceria. Tak jadi demam pun! Hehe..
Hakikatnya, minyak ikan bukan untuk elak demam sahaja.
Minyak ikan kaya dengan Asid Lemak Omega-3, yang sangat penting untuk pembesaran kanak-kanak sejak mereka masih dalam perut ibu lagi.
Kepentingan Minyak Ikan Untuk Kanak-kanak
(1) Perkembangan kognitif.
Banyak kajian mendapati peningkatan yang ketara pada perkembangan kognitif kanak-kanak yang mendapat DHA asid lemak omega-3 secukupnya sama ada melalui susu ibu, susu formula, ataupun pemakanan. Ini termasuk perkembangan dari segi koordinasi mata-tangan, daya fokus, skil bersosial dan skor ujian penilaian.
Satu kajian mendapati bahawa kanak-kanak yang ibunya mengambil supplemen minyak ikan Omega-3 ketika hamil dan sepanjang tempoh penyusuan susu ibu, mampu memperoleh skor markah yang lebih tinggi untuk ujian kognitif ketika berusia 4 tahun, berbanding kanak-kanak lain yang ibunya tidak mengamalkan suplemen DHA dan EPA.
(2) Memperbaiki penglihatan.
DHA membantu mempertajamkan daya penglihatan pada bayi. Satu kajian kesan DHA/EPA atas bayi mendapati, bayi yang menerima DHA di dalam diet mereka mempunyai daya penglihatan yang lebih tajam berbanding bayi yang lain. Bagi warga emas pula, pengambilan ikan yang mengandungi DHA/EPA yang tinggi membantu mengelakkan mereka dari menghidapi penyakit mata dipanggil age-related macular degenaration (AMD).
(3) Meningkatkan “mood”, mengelakkan depresi.
Individu dewasa yang mengambil lebih Omega-3 mempunyai kadar gangguan emosi (mood disorder) yang lebih rendah. Wanita hamil yang makan ikan kaya dengan asid lemak Omega-3 ini juga kurang mengalami masalah kemurungan selepas bersalin (postpartum depression).
Ini kerana, Omega-3 dipercayai mempunyai fungsi meningkatkan “hormon gembira” seperti dopamine dan serotonin, iaitu neurotransmitter di dalam otak yang juga sering menjadi target dalam pemberian preskripsi ubat-ubatan anti-kemurungan (antidepressants).
(4) Menguatkan sistem imun tubuh.
Asid lemak Omega 3 juga dikaitkan dengan peningkatan sistem pertahanan dalam tubuh. Dalam satu kajian terhadap kanak-kanak di Denmark, kanak-kanak yang minum susu formula yang ditambah dengan minyak ikan didapati mempunyai fungsi sistem imun yang lebih baik berbanding kumpulan kanak-kanak yang hanya minum susu lembu atau formula biasa.
(5) Mengurangkan risiko athma.
Asid lemak Omega-3 membantu mengurangkan keradangan di laluan pernafasan, sekaligus sangat bermanfaat bagi penghidap athma. Satu kajian kecil ke atas 29 orang kanak-kanak yang menghidap athma mendapati, kanak-kanak yang mengambil minyak ikan konsisten selama 10 bulan sudah kurang diserang simptom athma, berbanding kanak-kanak yang tidak makan minyak ikan.
(6) Melegakan batuk dan kahak.
Minyak ikan bersifat memanaskan badan. Apabila anak batuk berkahak, minyak ikan membantu mencairkan kahak serta melegakan batuk dengan cepat. Tak perlu lagi terlalu bergantung dengan ubat batuk. Sebab itu minyak ikan sangat sesuai untuk penghidap athma kerana minyak ikan memanaskan dada. Amat digalakkan untuk di ambil sebelum tidur malam sekiranya anak anda tidur di dalam bilik berhawa dingin.
(7) Mencegah ekzema.
Asid lemak Omega-3 bersifat membantu mengurangkan keradangan (inflamasi) di seluruh bahagian badan termasuk bahagian kulit. Satu kajian daripada Sweden menyatakan bahawa memberikan sedikit salmon ataupun tuna di dalam makanan bayi sebelum mencecah umur 9 bulan boleh membantu melindunginya daripada mendapat alahan kulit.
Marilah kita usaha memberikan khasiat minyak ikan terbaik kepada anak-anak kita, samada melalui pemakanan harian, mahupun dengan makanan tambahan.
Di Shaklee, kami menawarkan OmegaGuard sebagai suplemen minyak ikan semulajadi, yang sesuai untuk anak-anak anda, serta pengambilan seisi keluarga.
Anak-anak saya sangat sukakan OmegaGuard ini, dan mereka mengunyahnya begitu sahaja.
Owh, saya warning awal-awal, anda juga mungkin perlu sorokkan botol OmegaGuard nanti. Sekali cuba, pasti anak anda minta lagi! 😉
*DISCLAIMER
These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.
Kami ialah Pengedar Sah Shaklee anda di SETIA ALAM, Bukit Raja, Meru, Kapar, Klang dan Shah Alam. Penghantaran produk Shaklee menggunakan kurier ke seluruh Malaysia & Indonesia. Untuk order produk Shaklee, daftar keahlian, atau peluang jana pendapatan dengan Shaklee, hubungi:
Call/ SMS/ WhatsApp : 017-3030081/ 012-2180781
E-Mail : genkimomma@gmail.com
Masukkan No. ID: 830022 di kotak “Sponsor” jika daftar keahlian (Express Enrolment) di “Join Now“.
Yana says
minyak ikan dah jadi suplemen wajib utk kami seisi keluarga.. Anak-anak pun dah tahu makan sendiri tambah-tambah lagi kalau nak turun swim tu wajibla mereka telan omega guard dulu.. alhamdulillah.. nampak tahap kesihatan anak-anak pun bertambah baik dengan adanya bantuan suplemen ni.. dengan izin Allah juga, melalui jalan ikhtiar ini 🙂
GenkiMomma says
Wajib makan minyak ikan nie kalau anak2 swimming kan.. risau je dada diorang sejuk nanti..
Noriza Rahman says
Tengok anak makan omegaguard macam kunyah gula-gula ja…kita yang dewasa ni nak kunyah takut macam bau ikan kuat sangat kan?
GenkiMomma says
Itulah sampai kena sorokkan botol OmegaGuard.. Kalau tak, tak cukup sebiji diorang nie… 😛