Ada yang memanggilnya mineral lelaki gagah. Ada pula yang menggelarkannya sebagai penggalak imun (immune booster) dan super nutrien untuk sel-sel badan. Tak kisahlah apa jua gelarannya, Zinc merupakan mineral yang berkuasa dan menyediakan pelbagai manfaat kesihatan.
Mari kami kongsikan 7 khasiat luar biasa Zinc untuk lelaki dan wanita yang mungkin anda belum tahu, dan akan bikin anda rasa nak makan Zinc hari ini juga.
7 Khasiat Luar Biasa Zinc Untuk Lelaki dan Wanita
Ramai yang ingat mineral Zinc ini untuk lelaki gagah sahaja, kan. Kurang tepat tue!
Mineral Zinc juga penting untuk wanita. 7 khasiat Zinc untuk lelaki dan wanita ialah:
(1) Meningkatkan kesihatan imun.
Zinc bantu membendung keradangan, memendekkan tempoh demam biasa, serta menyokong kesihatan imun dan mengaktifkan sel imun agar bekerja dengan optimum.
(2) Rambut kuat dan berkilau.
Zinc penting untuk pertumbuhan selular, menyokong sel-sel sihat untuk mengoptimumkan prestasi badan. Zinc menyokong struktur rambut yang lebih kuat, serta folikel rambut yang lebih sihat, menggalakkan pertumbuhan rambut, serta mempercepatkan penghasilan semula folikel rambut.
(3) Kulit beseri dan bersinar.
Bersifat anti-keradangan, Zinc bantu mencegah sebarang pembengkakan (contohnya, jerawat) dan dan meningkatkan pembaharuan sel, serta mempercepatkan penyembuhan untuk kulit lebih sihat. Zinc merawat jerawat dan meredakan keradangan kulit, agar kulit lebih sihat dan berseri.
(4) Tingkatkan kesihatan sistem reproduksi
Zinc bekerja bersama dengan pelbagai enzim lain untuk menyokong kesihatan sistem reproduksi lelaki dan wanita. Bagi lelaki, Zinc bantu untuk memperbanyakkan kuantiti sperma, serta memperbaiki bentuk, fungsi dan kualiti sperma.
Bagi wanita pula, Zinc bantu dalam meregulasikan hormon, penghasilan telur, serta mengekalkan paras cecair folikular yang mencukupi, di mana cecair ini bantu melancarkan perjalanan telur untuk menempel di uterus.
(5) Tingkatkan memori dan pembelajaran.
Paras Zinc paling tinggi dalam badan kita ialah di hippocampus, pusat untuk memori dan pembelajaran di dalam otak. Fungsi Zinc di sini ialah untuk meningkatkan komunikasi di antara neuron, supaya segala informasi diproses dengan lebih efisyen. Zinc juga penting untuk melindungi saraf dan tisu otak.
(6) Tingkatkan tenaga dan stamina.
Zinc bantu menukarkan makanan kepada tenaga dengan optimum. Mengikut kajian, Zinc meningkatkan prestasi sukan atlit, serta kekuatan otot dan ketahanan yang lebih baik.
(7) Tingkatkan penyembuhan luka.
Zinc penting untuk fungsi imun, melawan infeksi, serta membantu dalam sintesis tisu baru. Zinc mengekalkan struktur dan integriti kulit, sintesis protein dan kolagen untuk menggalakkan penyembuhan luka, dan mainkan peranan penting semasa pembekuan darah.
Zinc Plus Shaklee
Sebelum ini suplemen Zinc Shaklee kegemaran ramai dikenali sebagai Zinc Complex.
Mulai 1 Oktober 2018, Shaklee telah menambah baik formula, dan membawa masuk suplemen Zinc terbaru di pasaran yang dikenali sebagai Zinc Plus.
- 1 biji Zinc Plus membekalkan 100% keperluan harian zinc.
- Diformulasi dengan zink glukonat yang mempunyai ketersediaan bio yang tinggi.
- 100% berasaskan sayur-sayuran.
- Harga sebotol RM56.25 sahaja (120 tablets).
Jadi, apa beza Zinc Plus dengan Zinc Complex sebelum ini?
Bezanya ialah, Zinc Plus tidak mengandungi Alfalfa. Jadi, Zinc Plus sesuai untuk mereka yang alah dengan Alfalfa, contohnya individu yang ada sakit SLE.
Kuku ada tompok putih? Ini 10 Kebaikan dan Khasiat Zinc wajib tahu
Cara Beli Shaklee Zinc Plus
Anda dah tahu khasiat Zinc kan, haa mesti anda dah tak sabar nak dapatkan sebotol untuk diri sendiri, di samping hadiahkan buat abang, adik, suami dan teman tersayang.
Harga sebotol Zinc Plus ialah RM56.25 sahaja, postage RM10 (120 tablets).
(1) Belian secara online di laman eSell (klik sini). Bayaran dengan kad debit atau kad kredit. Selepas pembayaran berjaya, pesanan akan di hantar terus dari Shaklee (M) ke alamat anda.
(2) Atau, anda boleh juga hubungi kami untuk info lanjut melalui WhatsApp di bawah ini.
WhatsApp kami di 017-3030081 (klik dari smartphone anda).
Follow FB Arnie Samsudin untuk chat secara langsung.
Daftar keahlian Shaklee di “Join Now“ sekarang & nikmati penjimatan hingga 20% untuk belian online dengan ID Shaklee sendiri, atau belian di branch Shaklee yang sah.