Demam denggi adalah sejenis penyakit jangkitan virus denggi yang merebak melalui gigitan nyamuk Aedes, yang telah menggigit pesakit demam denggi, dan membawa virus denggi di dalam badannya. Apabila nyamuk Aedes yang dijangkiti ini menggigit orang yang sihat, maka orang yang sihat itu pula kini dijangkiti demma denggi.
Ada 4 jenis virus denggi yang boleh menyebabkan demam denggi iaitu DEN 1, DEN 2, DEN 3 dan DEN 4. Jangkitan oleh salah satu jenis virus akan memberikan kita imuniti terhadap virus jenis itu sahaja.
Sekiranya individu tinggal di kawasan jangkitan denggi, mereka boleh dijangkiti denggi lebih dari sekali seumur hidupnya. Biasanya, jangkitan denggi kali kedua mempunyai impak yang lebih teruk dari jangkitan pertama, dan sangat bahaya. Lebih 100 negara di Asia Selatan, Asia Tenggara, Afrika, Amerika Timur Mediterranean dan Pasifik Barat mengalami masalah denggi.
7 Tanda Demam Denggi Anda Perlu Tahu
Jadi, bagaimana nak tahu samada kita dijangkiti virus denggi ataupun tidak?
Pesakit demam denggi akan mengalami kesemua atau salah satu daripada tanda demam denggi berikut selepas hari ke-5 atau ke-6 digigit oleh nyamuk:
- Demam panas.
- Sakit kepala.
- Sakit tulang belakang.
- Sakit sendi-sendi.
- Loya dan muntah-muntah.
- Sakit biji mata.
- Ruam dan gatal.
Demam Denggi Berdarah
Demam denggi pula terdiri daripada 2 jenis demam iaitu demam denggi biasa, atau demam denggi berdarah yang boleh membawa maut.
Demam denggi berdarah turut mempunyai simptom yang sama seperti tanda demam denggi di atas. Namun, demam denggi berdarah disertai dengan pendarahan seperti:
- Mudah lebam.
- Pendarahan di bawah kulit, pada hidung atau gusi.
- Paling dikhuatiri ialah pendarahan di seluruh badan yang boleh membawa maut.
Rawatan Untuk Demam Denggi
Biasanya, petua merawat demam denggi yang famous ialah:
- Makan Sup Ketam.
- Minum Jus Daun Betik.
- Minum Air Isotonik (contohnya, 100 Plus).
Sup ketam dan jus daun betik dipercayai dapat membantu menaikkan platlet darah. Manakala, air isotonik pula untuk mengekalkan hidrasi badan, dan mengelakkan badan terhidrat.
Cara Buat Jus Daun Betik, Rawatan Sampingan Demam Denggi
Tonton video ini untuk mengetahui cara yang betul menyediakan jus daun betik untuk merawat demam denggi. Bukan pakai blend sahaja daun betik tue tau… 😀
Peringatan: Ambil jus daun betik 1 kali sehari, selama 3 hari berturut-turut sahaja.
Hakikatnya, masih tiada rawatan khas atau ubat-ubatan khusus untuk demam denggi. Minum jus daun betik, ataupun makan sup ketam, hanyalah rawatan sampingan demam denggi sahaja.
Pesakit yang mengalami simptom dan tanda demam denggi hendaklah segera mendapatkan rawatan profesional. Mereka akan diberikan ubat demam, dinasihatkan berehat, serta minum banyak air.
Kemudian, pesakit denggi akan dimasukkan ke dalam wad sekiranya disyaki menghidap dan mempunyai tanda demam denggi berdarah. Rawatan awal demam denggi berdarah boleh mengelakkan kematian dengan kadar kurang daripada 1%. Pesakit akan diberikan rehidrasi untuk memastikan pesaki tidak mengalami renjatan.
Walaupun nama penyakit ini demam denggi berdarah, bukan pendarahan yang menjadi masalah utama. Sebaliknya, punca kemudaratan utama ialah masalah kebocoran salur darah yang menyebabkan renjatan kepada pesakit demam denggi berdarah.
Sumber: InfoSihat, idengue, KKM
Berhati-hati di musim cuaca panas ini. Jika anda alami gejala dan tanda demam denggi, segeralah dapatkan rawatan lanjut. Bersama-sama kita banteras dan perangi nyamuk Aedes.
9 Langkah Menghadapi Cuaca Panas, Fenomena El Nino
Mommy Blogger,
Follow FB Arnie Samsudin untuk pelbagai updates dan tips kesihatan terkini.
Noriza Rahman says
Elok sangat la kena tahu tanda-tanda ni, sebab ramai yang keliru antara demam biasa dan demam denggi
GenkiMomma says
Tue yang bahaya tue, takut lewat dapatkan rawatan demam denggi…
Noriza Rahman says
Memang pun, orang ingat demam denggi ni demam biasa sahaja
twitter.com says
Useful info. Fortunate me I found your site unintentionally, and
I am stunned why this accident did not came about in advance!
I bookmarked it.
GenkiMomma says
😀
Hero Borneo says
jika tanda-tanda begini dapat diketahui awal…boleh segera dapat rawatan di klinik dengan kadar segera.
GenkiMomma says
betul tue, kita rujuk kepada yang pakar…
irni suhana says
bahaya betul demam denggi ni kan
GenkiMomma says
betul bahaya sangattt… 😀