Sembelit ketika berpantang di antara masalah yang ditakuti oleh kebanyakan ibu. Ada yang masih seriau selepas melahirkan bayi, takut tersilap teran luka jahitan akan terbuka.
Lagi parah kalau si ibu ada sejarah buasir, tambah seram jadinya.
Mengapa Sembelit Ketika Berpantang?
Sebenarnya, agak normal jika ibu tidak membuang air besar, iaitu mengalami kostipasi untuk 2-3 hari pertama selepas melahirkan bayi. Mungkin kerana tak selesa guna tandas di hospital, ataupun mungkin kerana risau jahitan episiotomi terbuka.
Umumnya, 1 daripada 5 orang ibu yang baru lepas bersalin mengalami sembelit ini.
Sembelit mungkin terjadi kerana:
- Jumlah progesteron yang tinggi mungkin sedikit sebanyak telah menyebabkan sembelit.
- Sistem pencernaan ibu berfungsi dengan lebih perlahan selepas proses kelahiran.
- Ubat yang diberi untuk melegakan sakit ketika proses kelahiran, seperti petidina, boleh menyebabkan usus ibu berfungsi lebih perlahan dari biasa.
Masalah membuang air besar menjadi lebih sukar jika:
- Ibu melalui kelahiran yang dibantu seperti forseps.
- Ibu pernah melahirkan bayi sebelum ini.
- Ibu mengambil pil zat besi atau ubat anti-depresi. Kedua-duanya boleh menyebabkan sembelit.
- Ibu mendapat jahitan sebab luka, ataupun episiotomi.
7 Tips Atasi Sembelit Ketika Berpantang Selepas Bersalin
7 tips yang boleh di amalkan untuk mengelakkan sembelit ketika berpantang selepas bersalin ialah:
- Minum banyak air suam. Cecair akan membuat najis lebih lembut, dan senang untuk dilepaskan. Menyusukan bayi boleh buat ibu dahaga. Jadi ibu perlu banyak minum air. Minumlah sedikit demi sedikit, tetapi kerap.
- Makan makanan berserat tinggi, terutama buah-buahan. Bahan serat sangat membantu melawaskan penghadaman.
- Banyakkan pergerakan. Bangun dari katil, berjalan dengan kerap dalam jarak yang dekat-dekat sahaja. Duduk atau baring terlalu lama akan membuatkan sembelit lebih teruk.
- Jangan tahan. Apabila rasa hendak membuang, segeralah ke tandas. Jangan di tahan-tahan. Hilangkan rasa fobia dengan fokus kepada perkara lain, contohnya membaca buku.
- Posisi mirip mencangkung. Duduk sepenuhnya, tetapi jangan mencangkung, kerana badan masih belum stabil. Luruskan belakang, angkat lutut supaya lebih tinggi dari pinggung. Letak kaki di atas bangku supaya lebih tinggi, dan pijak dengan jari kaki. Dalam masa sama, letakkan siku di atas lutut. Tujuannya supaya berada dalam posisi paling mirip dengan mencangkung, kerana posisi inilah yang paling baik untuk menggerakkan usus.
- Pengambilan ubat julap. Dapatkan preskripsi daripada doktor. Jangan beli sebarang ubat julap tanpa mendapat konsultasi yang betul, kerana bukan semua ubat julap serasi dengan kondisi ibu. Penggunaan ubat julap yang berterusan adalah tidak baik untuk kesihatan usus.
- Pengambilan suplemen magnesium. Magnesium dalam bentuk suplemen kalsium-magnesium sangat membantu dalam melawaskan sistem penghadaman.
Bagaimana Makanan Tinggi Magnesium Berfungsi Mengelakkan Sembelit?
Benarkah Membuang Air Besar Selepas Bersalin Menyakitkan?
Lazimnya membuang air besar selepas bersalin tidak menyakitkan.
Ini kerana saraf di dalam dan sekeliling vagina ibu telah longgar akibat proses kelahiran, menyebabkan bahagian di antara anus dan perineum terasa sedikit kebas. Dengan kata lain, ibu tidak akan rasa sakit sangat apabila menggerakkan usus untuk pertama kali selepas bersalin.
Sebaliknya, perasaan takut yang membuatkan ibu rasa tidak selesa. Ia akan memaksa ibu mengetatkan otot, di mana sepatutnya otot mengendur untuk memudahkan proses membuang. Jadi, cuba alihkan perhatian dengan fokus kepada perkara lain.
Hakikatnya, menggerakkan usus tidak akan mengoyakkan atau merosakkan jahitan.
Sebaliknya, tidak membuang air besar kerana konstipasi akan lebih memudaratkan kesihatan si ibu, di mana ia akan melonggarkan lantai pelvis ibu.
Suplemen Bantu Kurangkan Masalah Sembelit Selepas Bersalin
Suka dengan tips yang dikongsikan ini?
Jemput kongsi artikel ini, dan Follow FB Arnie Samsudin untuk pelbagai tips ohsem… 😀
Oja Samid says
ramai yang lebih fokus pada luka dan penyusuan hingga lupa pemakanan berkhasiat yg boleh elak sembelit..dulu bersalin kat Jepun memang sangat lawas makan makanan diorang yang healthy tue. hehe..
Noriza Rahman says
Kalau la kat Malaysia pun ditekankan pemakanan yang macam tu kan best Oja, so tak da la ibu bersalin ni takut nak ke tandas..maka tiada la sembelit
GenkiMomma says
Hospital kat Malaysia ok kak nord, yang tak ok nya bila ibu2 balik berpantang di rumah, hihihi…
GenkiMomma says
Paling strict pernah dengar, boleh minum air total 1 botol je sehari, dari pagi sampai malam.. aduhhh dah laa menyusu kann, kesian si ibu…