7 Tips Mengepam Susu Ketika Melancong Tanpa Baby | Trip ke Italy selama 9 hari ini merupakan pengalaman kali pertama seumur hidup saya untuk mengepam susu ketika melancong tanpa baby, dan lebih mencabar apabila perlu buang susu (pump & dump) tersebut. Semuanya demi nak kekalkan penghasilan susu badan untuk baby Dhira, yang berusia hampir 1 tahun 5 bulan.
Sepanjang melancong saya amat risau kalau-kalau susu badan akan kering, atau, baby tak mahu menyusu badan sekembalinya saya dari Italy nanti. Apatah lagi bila baca pengalaman kawan-kawan yang pergi ke USA tahun lepas, ada yang mengambil masa sehingga 2-3 hari untuk pujuk anak menyusu semula. Malah, ada yang susu badan hampir kering kerana culas pumping.
Risau sangat sebab jauh lagi perjalanan nak cukupkan penyusuan 2 tahun. Jadi, saya memang paksa diri untuk disiplin rajin mengepam susu ketika melancong, dan buat semua checklist berikut.
7 Tips Mengepam Susu Ketika Melancong Tanpa Baby
Sedikit tips sharing ape yang saya amalkan untuk mengepam susu ketika melancong:
(1) Mind Set & Doa. Mulanya memang sedih nak buang susu tue begitu sahaja. Tapi “sedih” atau “stress” ialah milk-killer nombor 1. Jadi, kita set minda bahawa “buang lebih banyak susu lebih bagus”. Nanti pulang ke Malaysia jumpa baby, susu maintain cukup. Paling utama, tak mahu susu kering.
Jadi, kita set minda positif, dan DOA, DOA, dan DOA banyak-banyak.
(2) Mobile pump. Gunakan pam payudara yang boleh digunakan di mana-mana, samaada pam manual, ataupun pam bateri operated. Jangan guna pam yang perlukan tenaga elektrik. Ketika melancong bukan senang nak cari electric point. Buat double-pumping untuk jimat masa.
Saya guna Medela FreeStyle. Memang mudah sangat nak mengepam susu ketika melancong di mana-mana. Owh ya, jangan lupa bawa travel adaptor mengikut kesesuaian negara yang anda lawati. Kalau tak boleh cas bateri pam nanti, mahu menangis!
(3) Curi masa. Pump anytime yang sempat. Dalam kapal terbang, dalam bas, dalam train, masa solat break, makan break dan lain-lain. Jangan tunggu waktu tertentu baru nak mengepam susu ketika melancong. Kena pandai curi masa.
Namun, aurat kita wajib dijaga. Jadi, bawalah bersama nursing cover atau kain shawl untuk melindungi aurat kita. Kalau ada winter coat pun senang, cover dengan winter coat aje.
(4) Jadual Pumping. Buat nota dalam smartphone, jam berapa kita pumping. Lagi best, tulis sekali berapa jam gap di antara 2 sesi. Jadi kita tahu samada kita on the right track, ataupun vice versa. Honestly, bila ikut group trip, jadual pumping memang ke laut. 11 jam gap pun ada!
Ini contoh jadual yang saya buat. Total 32 kali pumping sahaja. Tengoklah gap di antara setiap sessi, lama sangat! Scary! Kalau dibiarkan, mula-mula memang kita akan perasan susu banyak, sebab rasa penuh dan bengkak. Namun, lama-kelamaan susu akan merudum kerana otak kita menerima signal bahawa demand kurang dari supply. Bahaya tue!
(5) Power-pumping. Wajib buat power pumping di malam hari, terutama bila kita tahu gap sessi pumping di siang hari tue banyak yang lebih dari 4-5 jam. Power pumping membantu menggalakkan penghasilan lebih susu badan.
(6) Gambar baby. Sambil mengepam susu ketika melancong tanpa baby tue, tengoklah gambar, atau video baby supaya kita gembira. Kalau boleh bayangkan baby sedang direct feeding lebih baik. Jangan asyik tenung botol susu kira berapa Oz hasil perahan pula tau!
Bila mood happy, Insya Allah, lebih mudah untuk ibu stimulate penghasilan susu badan.
(7) Suplemen. Bila travel nie kita makan tak menentu. Terutama bila makanan tempatan tue tak memenuhi selera tekak kita. Jadi, pengambilan suplemen penyusuan membantu memenuhi keperluan nutrisi badan (Vita-Lea Iron Formula) kita, sekaligus mempermudahkan proses mengepam susu ketika melancong. Masukkan suplemen di dalam zipper bag kecil, supaya mudah kita bawa ke mana-mana, serta tidak ambil ruang yang besar di dalam beg.
Bila badan dah penat, sakit pinggang, sakit kaki, kita jadi malas nak mengepam susu. Panggilan katil lebih kuat untuk lelapkan mata. Di sinilah vitamin penyusuan membantu menenangkan saraf agar kita lebih relaks (B-Complex), melegakan sengal-sengal badan (OsteMatrix), memberi tenaga & menggalakkan penghasilan susu (ESP Soy Protein), serta membantu meningkatkan imun badan (Vitamin-C) agar tidak mudah jatuh sakit, terutama apabila melancong di negara sejuk (OmegaGuard dan NutriFeron).
Alhamdulillah, Vitamin Penyusuan + Immune Booster (7 jenis suplemen) ini sangat membantu saya enjoy travelling, dan dalam masa yang sama tidak lupa tanggungjawab mengepam susu ketika melancong, walaupun tanpa baby.
Jika anda juga ingin mencuba Set Vitamin Penyusuan Shaklee, boleh terus membuat belian di pautan eSell di bawah ini. Lebih jimat, kerana anda juga boleh kongsikan vitamin yang sama dengan suami atau anak-anak, cuma jadual & dos pengambilan sahaja sedikit berbesa.
Alhamdulillah, kami dah selamat kembali ke Malaysia pagi tadi, dan syukur kepada Allah kerana susu badan masih ada. Walaupun baby nampak sedikit merajuk, dan mengambil masa yang lama untuk latch on, Alhamdulillah baby tidak reject untuk direct feeding.
Semoga tips mengepam susu ketika melancong ini memberi manfaat kepada semua… 🙂
*DISCLAIMER
These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.
Kami ialah Pengedar Sah Shaklee anda di SETIA ALAM, Bukit Raja, Meru, Kapar, Klang dan Shah Alam. Penghantaran produk Shaklee menggunakan kurier ke seluruh Malaysia & Indonesia. Untuk order produk Shaklee, daftar keahlian, atau peluang jana pendapatan dengan Shaklee, hubungi:
Call/ SMS/ WhatsApp : 017-303 0081/ 012-218 0781
E-Mail : genkimomma@gmail.com
Masukkan No. ID: 830022 di kotak “Sponsor” jika daftar keahlian (Express Enrolment) di “Join Now“.
Sync says
kalau kerja pejabat, boleh perah masa menaip 🙂
GenkiMomma says
Betul.. 😀
Noriza Rahman says
Tabahnya hati arnie nak mengepam and ‘dump’ni….sayangnya susu ibu itu….hihi
GenkiMomma says
Sayang memang sayang kak nord, tapi hati mau kering, hehe.. Lau tak nanti susu pulak yang kering, na’udzubillahiminzalik… 😀
Noriza Rahman says
Betul kan, kalau kita yang malas dan culas…susu pula merajuk
azimah mohd zainuddin says
Kalau pergi kursus tanpa bawa bayi pun ada yang kena pam and dump. Kalau dah nak balik tu sempatlah bawa ke rumah. Lagi-lagi kalau tiada freezer…