Anak dah semakin besar, tak comel pula kalau masih lagi pakai lampin pakai buang.
Dari segi kebersihan, jumlah air kecil yang dibuang pun makin banyak. Buat anak rasa tak selesa, kurang pengudaraan di bahagian alat sulit nya, dan kurang hygiene.
Buang air besar pun satu hal juga. Agak mencabar nak cuci terutama bila najis dah sedikit melekat pada punggungnya. Melekat bukan sebab kita lambat cuci, tapi sebab jumlah bahan buangan yang banyak, di dalam ruang diaper yang sempit. Baunya fuhh, jangan tanyalah.
Kos nak beli lampin pakai buang pun agak mahal. Kalau dapat latih anak ke tandas lebih awal, lebih banyak yang dapat dijimat dan disimpan ke dalam tabung simpanan anak.
7 Tips Potty Training Anak Tanpa Stress
Saya nak kongsikan tips potty training dengan gembira, tanpa stress dan tanpa perlu menjerit marah anak. Saya gunakan teknik ini untuk latih anak bongsu kami ke tandas.
(1) Pilih Umur Yang Sesuai
Tak perlu berlumba-lumba dengan anak orang lain. Hanya kita yang tahu anak kita dah sedia untuk potty train ataupun belum. Saya pilih usia 3 tahun kerana anak sudah petah bercakap, faham arahan dan boleh buat tugasan-tugasan mudah.
Mungkin 3 tahun lewat bagi ibu-ibu lain, tapi saya tak kisah. Tak perlu stress.
(2) Beri Gambaran Potty Training Itu Menyeronokkan
Selalu cerita dengan anak kenapa buang air di tandas tue lebih selesa dan seronok berbanding buang air kecil dan besar di dalam lampin pakai buang.
Setiap kali mandi contohnya, ceritakan padanya bahawa dia sepatutnya buang air di tandas. Semua orang pun buat begitu – ayah, ibu, abang, kakak. Jadi, adik pun perlu buang air di tandas.
(3) Ajak Anak Shopping Bersama Seluar Dalam Kesukaannya
Ini part paling best, shopping! Anak perempuan terutamanya pasti excited nak pilih seluar dalam corak kartun kegemarannya. Elsa, Cinderella, Princess dan macam-macam lagilah.
Anak lelaki biasanya tak kisah sangat, tapi excited jugalah dapat sesuatu yang baru.
Tambah excited bila kita cerita, “Adik nak tahu, kawan-kawan adik semua pakai underwear tau pergi sekolah. Mereka tak pakai diapers lagi dah”.
Walaupun belum lagi pergi sekolah, anak akan terasa seolah-olah inilah masanya dia perlu pakai seluar dalam juga, supaya sama dengan kawan-kawan sebayanya.
(4) Beli Toddler Potty Training Toilet Chair Seat
Tak wajib beli. Tapi, bagi saya ianya wajib terutama untuk potty train anak perempuan, dan untuk rumah yang punyai tandas duduk sahaja. Boleh juga ajak dia pilih sendiri design favourite nya.
Beli online sahaja ibu-ibu, ada banyak di Lazada. Kami beli kerusi tandas yang biru nie.
Pada mulanya dia mungkin kekok untuk naik dan duduk di atas toilet chair ini. Tak apa, jangan stress. Pujuk sedikit demi sedikit, sampai dia rasa selesa nak naik duduk sendiri.
Anak saya pun mula-mula tak keluar apa-apa bila duduk di toilet chair ini. Sekadar berlatih duduk sahaja. Kemudian, dia mula buang air kecil, di ikuti dengan air besar pula.
Akhirnya, dia siap pandai ambil dan pasang sendiri di toilet chair seat nya.
(5) Beri Peringatan Mesra
Pada hari-hari pertama mula latihan ke tandas, selalu tanya anak, “nak kencing tak?”
Ingatkan juga padanya, “Hari nie adik tak pakai diapers tau, pakai underwear aje. Kena buang air di toilet, kalau tak nanti bocor.”
“Tengok nie, seluar nie nipis kan? Tak boleh tampung air kencing banyak-banyak tau”
Di awal potty training, anak akan kerap ke tandas kerana dia belum pandai nak kawal pengeluaran air kencingnya. Kerap, tapi sedikit aje yang keluar. Yelah, selama ini kalau nak membuang bila-bila masa pun tiada masalah kan, ada diapers yang menampung.
Lama-kelamaan, beza waktu ke tandas tue jadi semakin panjang. Dari setiap 5-10 minit sekali, ke setengah jam sekali, ke sejam sekali. Dan akhirnya, dia dah boleh kawal pundi kencingnya.
(6) Beri Pujian Setiap Pencapaiannya
Lumrah manusia sukakan pujian. Inikan pula anak-anak kecil yang comel.
Pujilah anak di atas setiap pencapaiannya. Setiap kali dia berjaya buang air kecil di tandas, puji. Setiap kali dia buang air besar di tandas, puji. Makin seronok dia ke tandas nanti.
(7) Latihan Tanpa Diapers Tidur
Paling mencabar ialah nak latih anak tidak buang air kecil ketika tidur.
Jika anak tidur siang, bila dia terjaga sahaja, cepat-cepat tanya nak ke tandas atau tidak. Dan, ingatkan bahawa dia tak pakai diapers. Kalau nak buang air kecil, jom ke tandas.
Untuk waktu malam, elakkan anak minum air terlalu banyak sebelum tidur. Sekiranya anak masih minum susu dalam botol sebelum tidur, kebarangkalian untuk dia buang air kecil di tengah malam sangat tinggi. Pastikan dia dah ke tandas sebelum tidur.
Jika perlu, kejut anak di tengah malam untuk ke tandas.
Bila Waktu Sesuai Nak Mula Potty Training
Saya pernah jumpa anak kecil diaper free seawal usia 1 tahun 8 bulan, di mana kesemua adik beradiknya pun bebas lampin sebelum umur 2 tahun.
Saya juga pernah jumpa kanak-kanak usia 5 tahun masih lagi pakai diaper siang dan malam. Diaper free hanya ketika ke tadika sahaja. Balik je rumah, pakai diaper semula.
Bagi saya, nak mula potty training di umur berapa pun tiada masalah, kerana ianya subjektif dan bergantung kepada gaya hidup keluarga tersebut.
Yang penting, kita usahakan anak untuk diaper free sebelum anak mula masuk pra-sekolah.
Cubalah 7 tips dari kami ini. Semoga anak dan ibu sama-sama tak stress ber-potty training! 😀
Noriza Rahman says
Hahaha, ingat balik stress juga ibunya ni. Asyik malam je kencing tilam lah, kerja menjemur je setiap hari