Bila bercakap tentang detoks, ia bukan sekadar minum jus detoks dan yeay badan bersih dari toksin!
Ia tidak semudah begitu. Jadi, sebelum anda bazirkan wang ringgit untuk beli minuman detoks atau pil detoks yang belum diketahui kesan jangkamasa panjangnya, mari baca artikel ini dulu.
Minum jus detoks atau tidak, setiap hari organ detoks manusia akan tetap menjalankan proses detoksifikasi untuk buang toksin dari dalam badan. Proses detoks bermaksud, mengurangkan timbunan toksin di dalam badan, sekaligus mengoptimumkan fungsi organ detoks badan kita.
8 Kelebihan Detoks Buat Anda Tak Sabar Nak Buang Toksin
Bagaimana kita nak tahu detoksifkasi badan kita telah berjalan dengan efektif? Apakah antara faktor spesifik untuk kita fokus dalam proses pembersihan toksin dari badan?
Detoks yang sihat dan selamat, bantu badan anda dapat 8 efek positif berikut:
(1) Turun Berat Badan
Toksin ganggu kebolehan semulajadi badan untuk bakar lemak, yang mengakibatkan pertambahan berat badan. Sel-sel lemak akan dipenuhi dengan lebihan lemak dan toksin. Sel-sel lemak menjadi tidak berguna, kerana tak membantu pun untuk hasilkan tenaga dan hormon yang sepatutnya lemak baik lakukan.
Semakin banyak toksin masuk ke dalam badan, kesemua sel-sel lemak baru ini akan menyebabkan berat badan bertambah, dan meningkatkan risiko diabetes. Proses detoks yang sihat dan selamat akan menyokong pembuangan toksin, badan berhenti hasilkan sel-sel lemak baru yang tak perlu, dan metabolisme meningkat untuk menyokong penurunan berat badan.
(2) Usus Lebih Sihat, Tiada Kembung dan Sembelit
Usus kecil dan usus besar, mengalirkan sisa pembuangan badan. Namun, ada sesetengah sisa buangan seperti refined, makanan proses, makanan rendah serat dan makanan lemak tak sihat boleh berkumpul, dan sedikit demi sedikit buat sistem kita jadi tersumbat.
Pengumpulan toksin akan menyebabkan weight retention, rasa kembung, dan lebih merisaukan bilamana boleh menyebabkan penyakit usus dan kanser kolorektal. Usus ialah sistem pembuangan sampah badan, perlu dibersih dan dikosongkan supaya ia boleh berfungsi dengan normal.
Detoks yang sihat bantu membersihkan usus, melegakan sembelit, dan juga menyokong sistem penghadaman menyahkan bahan buangan dan kimia berbahaya dari badan.
(3) Meningkatkan Tenaga
Badan kita ada organ khusus untuk buat kerja-kerja detoks, tapi tugasan ini perlukan banyak tenaga. Jumlah tenaga yang digunakan, bergantung kepada jumlah toksin yang sedang diproses oleh organ.
Tidak bermaya dan selalu letih merupakan antara simptom badan kita dipenuhi toksin. Detoksifikasi menyokong organ untuk membuang toksin, menjadikan kita lebih bertenaga dan berstamina.
(4) Mengidam Makanan
Pembersihan dalaman badan daripada toksin yang tidak sihat, dan menggantikannya dengan nutrien lengkap, akan beri signal pada sensor dalam otak untuk mengidam makanan sihat.
Jadi, bye bye makanan dan minuman berkafein, bergula dan berlemak.
Hello makanan sihat, berkhasiat dan mengenyangkan! 😀
Kebanyakan Suplemen Detoks Hanya Fokus 1 Organ, Detoks Tak Lengkap
(5) Kulit Cantik dan Sihat
Kulit ialah organ luaran terbesar pada badan, dan menunjukkan apa yang ada di dalam badan kita.
Kulit bantu menyahkan toksin melalui peluh. Jika kadar timbunan toksin lebih cepat daripada kadar toksin dibebaskan dari tubuh, jumlah toksin yang tinggi ini akan mengalir di dalam darah. Apabila sistem dan kelenjar peluh dipenuhi dengan toksin, ia akan menyebabkan pelbagai masalah kulit, termasuklah jerawat.
Detoks membuang toksin dalaman dari badan kita. Bila toksin tidak lagi tersumbat di mana-mana, anda akan dapati peningkatan pada kulit wajah. Lebih sihat, lebih berseri.
(6) Mengurangkan Tekanan
Stress. Apabila badan kita dipenuhi dengan toksin, minda kita pun turut tertekan.
Apabila badan penuh dengan toksin, badan sukar nak serap nutrien dengan baik. Lama-kelamaan, badan yang tidak gembira akan melepaskan hormon stress dikenali sebagai Cortisol.
Jadi, bila kita bantu badan untuk buang toksin melalui proses detoks, Cortisol akan bertenang, dan badan tidak lagi rasa tertekan (de-stress).
(7) Menguatkan Sistem Imun
Radikal bebas yang jahat sentiasa cari peluang untuk musnahkan sel badan kita. Pendedahan berterusan kepada toksin, akan membuatkan radikal bebas semakin beranak pinak.
Nak tahu, radikal bebas ini sentiasa berusaha keras nak musnahkan pasangan sistem imun kita, sekaligus menyebabkan keradangan. Detoksifikasi bantu badan kita buang semua toksin. Jadi, toksin tak boleh bekerjasama dengan radikal bebas.
Sebaliknya, badan akan fokus untuk menguatkan sistem pertahanan badan semulajadinya.
(8) Tidur Berkualiti
Toksin, terutama logam berat, ganggu kestabilan sel normal, dan menghasilkan radikal bebas yang jahat. Radikal bebas turut meningkatkan penghasilan hormon tidur, dan ganggu paten tidur kita. Kadangkala sampai jadi insomnia.
Detoksifikasi menyokong pembuangan logam berat daripada sistem kita, sekaligus bantu badan set semula paten tidurnya. Selamat datang tidur yang berkualiti.
Jangan Ambil Makanan Ini, Jika Nak Buat Diet Detoks Parasit
Cara Terbaik Buang Toksin, Bantu Badan Detoks Dengan Lancar
Setiap hari, badan kita terdedah dengan toksin daripada alam sekitar, nutrisi tak seimbang, dan tekanan gaya hidup. Pendedahan berterusan dari faktor-faktor ini, akan mengalahkan keupayaan semulajadi badan untuk membuang toksin dari badan sepenuhnya.
Sedikit demi sedikit toksin akan berkumpul dan menimbun di dalam badan, yang akhirnya akan menyebabkan pelbagai penyakit. Jadi, penting untuk kita detoks badan dengan kerap.
Cara terbaik untuk bantu badan buang toksin dengan lancar ialah:
- ambil makanan berkhasiat dan seimbang dengan portion yang betul,
- lakukan senaman ringan,
- sokong proses detoksifikasi badan dengan suplemen detoks yang selamat.
Amalkan gaya hidup sihat. Jangan biarkan toksin menimbun dalam badan kita… 😀
*DISCLAIMER
These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.
Follow FB Arnie Samsudin untuk mengetahui pelbagai tips kesihatan yang ohsem.
WhatsApp 017-3030081 untuk order “Set Detoks Optimum”.
Daftar keahlian Shaklee di “Join Now“ sekarang & nikmati penjimatan hingga 20%.
Noriza Abdul Rahman says
Cravings benda manis memang tak boleh menahan kan? Itu sebab lah kena buat detoks ni. Tiap hari nak minum teh tarik….haha
GenkiMomma says
Ai lettew, pantang nampak teh tarik, hihi.. 😛
azimah mohd zainuddin says
Tidur tu yang penting. Kalau masa tidur pun resah gelisah sahaja patut cuba detoks ni
GenkiMomma says
Bila tidur kurang berkualiti, esoknya nak marahhh aje, haih…
Ibu Zaid says
Rupa rupanya tidur berkualiti itu tanda badan kita sihat ya
.
Ibu ni susah benar nak lelap waktu malam
.
Kena buat sesuatu ni
Oja Samid says
Lately selalu tido lewat. Dah patut sangat amalkan DTX..kesian badan kalau liver tak boleh nak detox betul2. 🙁
GenkiMomma says
Kena slowly ubah stay up lewat malam, kepada bangun awal pagi, kannn…
Nur Razali says
Dah 2 minggu Nur tidur lewat jugak. Jerawat mula naik kat dahi ni ha 😅 terus teringat kan DTX Complex. Hati kena jaga baik2 jugakkan.
GenkiMomma says
Haa jerawat tue salah satu tanda ‘something wrong’ dalam badan, kannn…
Mama Hakim says
Mama sekeluarga selalu amalkan makan buah dengan banyak
.
Terutama hujung minggu
.
Serat buah bantu detoks 😁
.
Sedap pun ya
Haulia Razali says
Doc pun dah suruh kurangkan makanan yang tak berapa sihat, mata dah mula kuning. Mata kuning salah satu sebab penyakit hati juga kan? Kena detoks juga la nih nampak nya kan..