9 Kelebihan Makan Coklat | “Coklat yang sihat” ialah coklat yang mengandungi sekurang-kurangnya 70% koko, biasanya dark chocolate! Menurut Women Health Magazine, ada 9 kelebihan makan coklat yang anda perlu tahu!
9 Kelebihan Makan Coklat
(1) Jantung yang Sihat!
Kajian terkini menyatakan bahawa coklat sangat bagus untuk kardiovaskular! Di dalam satu kajian selama 9 tahun di Sweeden ke atas 31,000 wanita mendapati, wanita yang makan 1-2 hidangan coklat setiap minggu boleh mengurangkan 1/3 daripada risiko kegagalan jantung.
Satu lagi kajian di Jerman mendapati, 1 bar coklat setiap hari boleh merendahkan tekanan darah, mengurangkan risiko serangan jantung dan strok sehingga 39%! Kredit kepada flavonoids, komponen antioksidan yang meningkatkan fleksibiliti pembuluh vena dan arteri darah.
(2) Mengurangkan Berat Badan!
Makan coklat boleh kurus? Biar betul!
Kajian di University of Copenhagen mendapati, dark chocolate mengenyangkan dan beri lebih rasa kepuasan berbanding coklat biasa. Maka, makan dark chocolate akan buat kita rasa kurang mengidam makanan manis, masin atau berlemak. Jadi, dengan mengamalkan makan dark chocolate akan buat anda berdisiplin untuk makan dalam saiz yang kecil, dan tak terpesong dari diet sihat anda.
(3) Anak yang lebih Ceria!
Ibu mengandung yang makan coklat setiap hari sepanjang kehamilan dilaporkan boleh mengawal tekanan lebih baik, berbanding ibu hamil yang tak makan coklat. Satu kajian di Finnish mendapati bayi kepada ibu-ibu hamil yang makan coklat ini lebih ceria dan selalu senyum!
(4) Mengelakkan Kencing Manis (Diabetes)!
Dalam satu kajian di Itali, peserta yang makan coklat sekali sehari selama 15 hari mendapati, rintangan insulin dalam badan mereka berkurangan hingga separuh. Ini kerana, Flavonoids meningkatkan penghasilan Nitrik Oksida yang membantu mengawal kadar sensitiviti insulin.
(5) Mengurangkan Tekanan!
Stress? Kajian Saintis dari Swiss mendapati bahawa, apabila orang yang terlalu gelisah makan coklat (1.5 oz dark chocolate) setiap hari selama 2 minggu, paras hormon tekanannya semakin berkurangan. Jadi, jika anda putus cinta, makan 1 bar dark chocolate jauh lebih baik daripada sepotong ais krim!
(6) Pelindung Matahari!
Baru-baru ini penyelidik di London menguji flavanol coklat sebagai agen pelindung matahari. Selepas 3 bulan makan coklat yang mengandungi paras flavanol yang tinggi, kulit kepada peserta kajian mereka tidak mudah menjadi merah terbakar, iaitu kesan terbakar apabila terkena cahaya matahari. Sebaliknya, peserta yang makan coklat kurang flavanol tidak mendapat efek pelindung matahari yang sama. Jadi, carilah jenama coklat yang mempunyai kandungan flavanol yang tinggi!
(7) Tinggi Intelek!
Makan coklat juga boleh bantu kuatkan tenaga segera minda. Penyelidik di University of Nottingham mendapati minuman coklat yang kaya dengan flavanol akan beri tenaga segera aliran darah kepada bahagian utama di dalam otak selama 2 ke 3 jam, yang mana akan meningkatkan prestasi otak dalam jangkamasa pendek.
Penyelidik di Oxford University dan Norway pula membuat kajian efek jangkamasa panjang coklat kepada otak, ke atas lebih 2,000 individu berusia lebih 70 tahun. Kajian mendapati, mereka yang mengambil coklat tinggi flavanol, wine atau teh mendapat markah lebih tinggi berbanding mereka yang tak mengambilnya.
(8) Melegakan Batuk!
Satu kajian mendapati coklat melegakan batuk, hampir sama fungsi seperti codeine. Ini adalah disebabkan oleh kandungan theobromine di dalamnya yang bukan sahaja bertanggungjawab memberi rasa sedap kepada coklat, malah mengurangkan aktiviti vagus nerve di dalam otak.
Menurut Maria Belvisi, seorang Profesor Farmakologi Respirasi di National Heart and Lung Institute di London, Theobromine tiada efek negatif. Sebaliknya, Codeine membuatkan kebanyakan orang rasa mengantuk, lesu dan semestinya tidak sesedap rasa coklat!
(9) Melegakan Cirit-Birit (Diarrhea)
Menurut sejarah masyarakat Amerika Selatan dan Eropah, pada abad ke-16, mereka menggunakan koko untuk merawat diarrhea. Para saintis di Children’s Hospital Oakland Research Institute mendapati, flavonoids di dalam koko mengikat protin yang mengawal penguraian cecair di usus kecil, seterusnya menghentikan aktiviti cirit-birit tersebut.
*Nota: Kesemua COKLAT yang dinyatakan di dalam artikel ini merujuk kepada Dark Chocolate.
Wow! Tak sangka begitu banyak faedah makan coklat nie, kan?
Tapi perlu ingat, memandangkan kesemua kebaikan (antioksida, flavonoids, dan lain-lain) ini datang dari sepotong coklat yang mempunyai kandungan gula, susu, dan butter yang tinggi, maka, makan septong coklat bukanlah alasan untuk anda tidak bersenam. Malah, jika anda bersenam dan makan coklat, anda akan terkejut melihat perubahan kesihatan badan anda yang menjadi lebih baik! 🙂
*Cabaran Blogging bersama Blog Celik Nutrisi, MinAinaIlaAina, MamaOlin, VitaMoon dan BabyKawaiiStore.
*DISCLAIMER
These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.
Kami ialah Pengedar Sah Shaklee anda di SETIA ALAM, Bukit Raja, Meru, Kapar, Klang dan Shah Alam. Penghantaran produk Shaklee menggunakan kurier ke seluruh Malaysia & Indonesia. Untuk order produk Shaklee, daftar keahlian, atau peluang jana pendapatan dengan Shaklee, hubungi:
Call/ SMS/ WhatsApp/ Telegram: 017-303 0081 atau 012-218 0781.
E-mail: genkimomma@gmail.com
ReeN says
Jom makan coklat tanpa rasa bersalah. 🙂
GenkiMomma says
Jom Reen! 😀
Noriza Rahman says
Lepas ni kalau pregnant lagi kena amalkan makan coklat la..anak bijak tinggi IQ..ibu pun maintain cantik..hahaha..perahsan 😛
GenkiMomma says
Yezza… pastikan hanya Dark Choc, ya… 😛
azimah mohd zainuddin says
Makan coklat boleh kurus tu yang best 🙂
GenkiMomma says
Tak sangka, kan? Ingatkan choc nie bagi tambah kalori jer… 😀