9 Langkah Mudah Menghadapi Cuaca Panas
Akhir-akhir ini tekak mudah rasa haus. Rupa-rupanya, Malaysia sedang dilanda cuaca panas bersempena fenomena El Nino, yang dijangka akan berakhir bulan Mac 2016 nanti.
Cuaca panas dan kering yang kini berlaku di Perlis dan Kedah dijangka akan turut dirasai seluruh Semenanjung pada penghujung Januari hingga Mac 2016. Keadaan yang sama dijangka berlaku di Sabah dan Bahagian Limbang dan Miri di Sarawak.
Keadaan ini disebabkan oleh kejadian fenomena El Nino kuat yang sedang berlaku dan dijangka akan berterusan sehingga suku pertama tahun 2016. Fenomena El Nino kuat ini dijangka boleh menyebabkan pengurangan jumlah hujan antara 20% – 60% dan kenaikan suhu sekitar 0.5°C hingga 2.0°C berbanding biasa.
Orang ramai dinasihatkan supaya berjimat cermat dalam penggunaan air dan mengurangkan aktiviti luar semasa cuaca panas berlaku. *Sumber: MOSTI
Selain itu, Malaysia dijangka mengalami fenomena Ekuinoks pada 20 Mac 2016.
Ekuinoks adalah suatu kejadian astronomi di mana kedudukan matahari berada tepat di atas garisan khatulistiwa. Ia merupakan kejadian tahunan yang menyebabkan bulan Mac dan April lebih panas berbanding bulan-bulan lain. Namun, Ekuinoks bukanlah penyebab utama kepada keadaan cuaca panas dan kering luar biasa yang di alami sekarang.
Jadi, apakah yang perlu kita lakukan untuk menghadapai cuaca panas melampau ini?
9 Langkah Ketika Menghadapi Cuaca Panas
(1) Pakai topi, atau payung yang besar ketika berada di luar untuk melindungi daripada pancaran haba terus ke badan.
(2) Banyakkan berada tempat bertutup. Contohnya, berada di dalam rumah, bangunan, pasar raya atau apa jua tempat terlindung dari cuaca panas dan bahang matahari. Kurangkan aktiviti di luar.
(3) Tidak duduk di dalam kenderaan yang bertutup tanpa pendingin hawa.
(4) Pakai losyen pelindung suria. Digalakkan untuk menggunakan losyen pelindung suria dengan SPF 30 ke atas.
(5) Pakai pakaian yang nipis, dan berwarna terang. Elakkan pakaian tebal dan tidak menyerap peluh, serta pakaian berwarna gelap kerana warna gelap dipercayai akan menyerap haba.
(6) Mandi, atau gunakan kipas angin untuk menyejukkan badan. Aktiviti ini membantu menyegarkan badan, sekaligus menjadikan kita rasa selesa dan bertenaga.
(7) Banyakkan minum air kosong. Sentiasa bawa air kosong di dalam botol apabila ke mana-mana, suapaya badan kekal terhidrat walau cuaca panas. Didik anak kecil untuk sentiasa bawa botol air ke mana-mana jua.
(8) Minum minuman isotonik. Pengambilan minuman isotonik boleh menggantikan garam dan mineral di dalam tubuh badan. Namun hati-hati, elakkan minuman isotonik yang mengandungi gas.
(9) Elakkan minuman yang mengandungi kafein, alkohol, atau minuman tinggi gula. Minuman sebegini akan buatkan badan menjadi lebih dahaga (dehydrated). Cuba gantikan dengan minum infused water.
Performance® Natural Orange
Di Shaklee, kami mempunyai minuman isotonik tanpa gas yang dikenali sebagai Performance Natural Orange, atau lebih dikenali sebagai Performance Drink.
Bekerja atau bersukan lasak menyebabkan tubuh kehilangan nutrisi penting yang diperlukan. Shaklee Performance Drink merupakan pilihan paling ideal yang berupaya menghidrat lebih cepat berbanding air, dan membekalkan tenaga untuk kegiatan harian anda. Sangat sesuai di minum ketika cuaca panas juga.
Kelebihan minuman isotonik Performance Drink:
- OptiCarb® pilihan eksklusif untuk tenaga yang berpanjangan.
- Meminimakan kehilangan bendalir dari badan.
- Membekalkan bendalir dan elektrolit yang penting untuk membantu mencegah penyahidratan.
- Membekalkan spektrum penuh elektrolit.
- Mengekalkan paras glukosa dalam darah, demi memastikan pengeluaran tenaga yang optimum dan meningkatkan stamina.
Performance Drink juga menjadi pilihan ramai atlit serata dunia. Nak mudah, bancuh sahaja terus satu jug Performance Drink, dan boleh dinikmati seisi keluarga. Bancuh dengan air sejuk, simpan dalam peti sejuk, dan minum sejuk-sejuk. Sedap sangat!
Jika anda ingin mencuba Performance Drink, boleh terus membuat pembelian secara Online di sini:
Cara bancuhan Performance Drink, serta tips tambahan kegunaan lain Performance Drink akan kami berikan secara eksklusif buat semua customer GenkiMomma.My
Pastikan anda sekeluarga kekal terhidrat di musim cuaca panas ini! 😀
*DISCLAIMER
These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.
Kami ialah Pengedar Sah Shaklee anda di SETIA ALAM, Bukit Raja, Meru, Kapar, Klang dan Shah Alam. Penghantaran produk Shaklee menggunakan kurier ke seluruh Malaysia & Indonesia. Untuk order produk Shaklee, daftar keahlian, atau peluang jana pendapatan dengan Shaklee, hubungi:
Call/ SMS/ WhatsApp : 017-303 0081/ 012-218 0781
E-Mail : genkimomma@gmail.com
Masukkan No. ID: 830022 di kotak “Sponsor” jika daftar keahlian (Express Enrolment) di “Join Now“.
Noriza Rahman says
Terasa sangat kehangatan tu walaupun duk dalam rumah kan…
GenkiMomma says
Wajib bancuh Performance Drink! 😀
Noriza Rahman says
Kalau ada air PD memang terasa badan rehidrasi semula
GenkiMomma says
Ahli sukan pun gunakan, confirm terbaik Perf Drink nie! 😉
nur razali says
Sentiasa standby stok Performance Shaklee nih. Antara minuman wajib Nur sekeluarga 😉 rasa segar dan bertenaga je bila minum Performance..membantu sgt2 utk hadapi musim cuaca panas kering sekarang ni..
GenkiMomma says
Betul kan nur.. Bancuh sejuk2 pastu simpan pulak dalam peti sejuk Performance Drink tue, fuhhh sedap sangattt! 😉
Oja Samid says
Baru je restock Performance Drink. Rasa badan tak cukup elektrolit kalau minum air kosong je, sebab banyak sangat berpeluh..Ni anak pun dah masuk musim sukam sekolah, so bekalan kena selalu ada kat rumah. 🙂
GenkiMomma says
Betul, beza sangat rasa minum air kosong dengan air elektrolit nie.. Lagipun rasa masam2 Performance Drink tue memang sesuai laa hilangkan dahaga tekak di musim panas nie… 😀