Infused water ialah kombinasi buah-buahan, sayur-sayuran dan herba yang direndam di dalam air suam atau air sejuk. Ia turut dikenali sebagai minuman detoks, minuman berperisa buah, atau minuman infus buah (fruit infused water).
Secara amnya, minum air kosong yang cukup akan meningkatkan metabolisme kita secara semulajadi. Namun, ramai yang ada kekangan untuk minum sekurang-kurangnya 2L air kosong sehari seperti yang disarankan untuk mendapatkan kesihatan optimum.
Oleh itu, mengamalkan minum infused water untuk menurunkan berat badan boleh menjadi salah satu cara paling mudah untuk kita tingkatkan pengambilan air seharian. Lagipun, resepi minuman detoks ini sangat murah, hampir tiada kalori, dan mempunyai rasa yang hebat juga!
9 Sebab Minum Infused Water Boleh Bantu Anda Kurus
Selain daripada mempunyai kalori sifar, minuman detoks infused water mempunyai pelbagai manfaat kesihatan untuk bantu penurunan berat badan.
Minum Infused Water boleh bantu anda turunkan berat badan kerana:
- Bantu memperbaiki mood. Emosi tidak stabil buat kita mengidam makanan manis.
- Bantu buang toksin dari sistem. Detoks badan kita.
- Buat kita rasa kenyang. Jadi kita tak cenderung nak kudap junk food.
- Bantu badan melepaskan sel-sel lemak secara semulajadi. Sekaligus bantu buang lebihan berat air dalam badan.
- Bantu makanan bergerak lancar dalam sistem pencernaan kita. Lebih lawas.
- Bantu organ dalaman sihat, ketika kita berpeluh.
- Bantu mengurangkan rasa sengal otot ketika bersenam.
- Bantu kita kembali segar dengan cepat selepas bersenam.
- Bantu mengelakkan rasa lemau tak bermaya di waktu petang.
Wow! Best, kan? Hakikatnya, minum infused water untuk tujuan kesihatan, sambil menurunkan berat badan, merupakan satu aktiviti yang sangat mudah untuk dilakukan.
Lebih seronok jika kita boleh hasilkan dan variasikan pelbagai jenis resepi infused water.
5 Resepi Infused Water Paling Popular
Setiap orang ada resepi infused water kegemaran sendiri. Namun, ada beberapa buah-buahan yang sangat popular apabila kita bercakap tentang infused water iaitu lemon, limau, strawberi, epal dan oren. Manakala, timun, daun pudina, basil, kulit kayu manis dan halia merupakan bahan infused water popular untuk kategori sayur-sayuran.
Di sini kami kongsikan 5 resepi infused water paling popular, yang sangat mudah disediakan. Campurkan sahaja bahan-bahannya, rendam semalaman. Jadilah infused water idaman…
(1) Lemon Mint Infused Water
Resepi infused water paling top! Bahannya hanyalah hirisan lemon dan daun pudina. Lemon kaya dengan khasiat Vitamin C, manakala daun pudina memberikan rasa segar di hari yang panas.
(2) Apple Cinnamon Infused Water
Gabungan epal dan kulit kayu manis terkenal membantu meningkatkan metabolisme. Bahan-bahannya pun sangat mudah dijumpai di dapur.
(3) Mango Ginger Infused Water
Nikmati rasa buah mangga yang enak, sambil meningkatkan metabolisme. Halia terkenal sebagai natural pain reliever turut membantu mengurangkan migrain, morning sickness dan pedih ulu hati.
(4) Tangerine-Strawberry Infused Water
Gabungan buah Oren dan Strawberry ini menyegarkan, kaya Vitamin C, dan meningkatkan metabolisme dengan cepat. Rasanya yang lazat, masam manis buah, enak dinikmati sejuk-sejuk.
(5) Cucumber Lemon Water
Lemon dan timun, resepi minuman lemon paling klasik! Merupakan minuman detoks yang hebat, gabungan timun dan lemon akan mencuci sitem badan dan membuatkan kita rasa selesa.
Bagaimana Minum Infused Water Boleh Kurus?
Kajian menunjukkan bahawa minum air merupakan cara yang telah terbukti berkesan untuk mempercepatkan penurunan berat badan.
Ini kerana, air secara semulajadinya meningkatkan metabolisme badan. Jadi, apabila kerap minum air akan buat kita rasa kenyang, bantu nyahkan toksin dalam sistem kita, serta bantu badan menguraikan sel-sel lemak secara semulajadi.
Jika sebelum ini kita sukar nak minum banyak air kosong setiap hari, bayangkan keseronokan melihat penurunan berat badan jika kita konsisten minum infused water?
Tanpa sedar, akan jadikan kita rajin untuk minum air dengan kerap setiap hari.
Bagaimana cara nak sukat pengambilan air harian?
Bolehkah Minum Infused Water Untuk Detoks?
Minuman detoks ini asasnya ialah ialah sebarang resepi air yang boleh merangsang kita untuk minum air lebih banyak, kerana hanya dengan minum banyak air boleh detoks badan kita. Kunci utama minuman detoks ialah AIR, yang sangat penting agar semua sistem badan kita dapat berfungsi dengan baik, sekaligus nyahtoksin dari sistem badan.
Namun, bukan semua orang suka minum air kosong, sebab tiada rasa apa-apa. Terutama bagi mereka yang sweet-tooth. Jadi, dengan menambah beberapa bahan ringkas untuk dijadikan infused water, kita boleh hasilkan resepi minuman detoks dengan rasa yang hebat!
Yang penting, minuman detoks perlu mempunyai kandungan gula yang rendah (kalori sifar lebih baik!), dan bebas dari sebarang pewarna atau perisa tiruan.
Infuser Water Bottle
Untuk rasa lebih seronok menikmati infused water ini, boleh juga dapatkan Infuser Water Bottle yang banyak terdapat di pasaran. Ada pelbagai corak, warna dan variasi harga juga. Nak mudah, beli sahaja secara Online. Klik, klik dah sampai!
Takdelah wajib ada pun, tapi mesti kita rasa lebih cool jika bawa botol ini ke gym, kan?
Get Clean Water Pitcher
Tambahan lagi, boleh juga dapatkan Water Pitcher yang portable (klik untuk belian) ini untuk memudahkan kita dapat sumber air kosong yang bertapis lagi bersih.
Kelebihan Get Clean Water Pitcher ini ialah ia mudah di bawa ke mana-mana. Jadi, anda mudah mendapat bekalan air minum yang bersih ketika on-the-go semasa sedang dalam perjalanan pulang ke kampung, bermalam di hotel, mahupun berpiknik di tepi pantai.
Ok, sekarang kita dah tahu 9 kelebihan minum infused water untuk membantu penurunan berat badan, 5 resepi ringkas infused water, serta cara untuk dapatkan botol infused water yang comel.
Jadi, jom kita mulakan pengambilan infused water hari ini juga! 😉
*DISCLAIMER
These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.
Pencinta Air Lemon Madu Panas,
Follow FB Arnie Samsudin untuk update terkini, dan PM secara langsung.
Noriza Rahman says
Buat infused water timun jepun, ginger dan daun pudina pun sedap juga..perut rasa selesa ja
GenkiMomma says
Kena kreatif & inovatif hasilkan resepi infused water nie.. semua pun sedap, kannn..
Noriza Rahman says
Aah semua pun sedap, kreatif ja
spa8i says
sangat berkhasiat.adalah lebih baik consume gula yang original daripada buah-buahan, daripada ambil minuman bergula
GenkiMomma says
betul, gula putih tue bahaya sangat, punca pelbagai penyakit…
azimah mohd zainuddin says
Saya pun suka sangat makanan manis…kena cuba juga kurangkan makanan manis dengan infused water ni
GenkiMomma says
cubalah zimah, pastu pelbagaikan resepi, confirm addicted! 😉
Oja Samid says
dah beli lemon..memang nak start dgn infused water nie. hehe
GenkiMomma says
jom selangkah ke arah gaya hidup sihat! ekeke… 😀
Ikhwan says
saya sudah kurus, jadi mungkin boleh ambil khasiat lain dari infused water ni 🙂