Pernah perhatikan tak warna dan struktur air kencing setiap kali lepas buang air kecil? Ke tak ambil kisah pun, yang penting cuci dengan bersih, dan terus flush sepantas kilat?
Warna air kencing sebenarnya boleh menjadi indikasi kepada taraf kesihatan badan kita tau. Sama juga dengan struktur air kencing, normal ataupun berbuih juga mempunyai maksud tertentu.
Kehadiran protein dalam air kencing boleh menjadi penyebab kepada air kencing berbuih. Namun begitu, air kencing berbuih juga boleh dibahagikan kepada 2 kategori iaitu air kencing berbuih yang normal, dan air kencing berbuih yang tidak normal.
Air Kencing Berbuih Yang Normal
Air kencing berbuih tak semestinya menjadi indikasi tidak sihat. Untuk kes air kencing berbuih yang normal ini, banyakkan minum air kosong, dan segera ke tandas untuk membuang air kecil boleh membantu mengurangkan buih dalam air kencing. Fenomena ini biasanya berlaku kepada:
(1) Ibu Hamil
Ketika hamil, sesetengah wanita mengalami pembesaran saiz salur darah. Ini menjadi penyebab sesetengah protein yang sepatutnya tak melepasi penapis buah pinggang, berjaya keluar ke dalam air kencing. Tapi, kandungan protein dalam air kencing ibu hamil sangat minima.
Jika terdapat banyak protein di dalam air kencing ibu hamil, kemungkinan besar ada komplikasi kehamilan. Jadi, segeralah berjumpa dengan doktor.
(2) Individu Yang Dehidrasi
Ketika dehidrasi, air kencing menjadi lebih pekat. Maka, air kencing mudah berbuih.
(3) Pengambilan Protein Tinggi Untuk Tujuan Tertentu
Proteinuria ialah keadaan di mana terdapat protein di dalam air kencing. Ia boleh berlaku kepada individu yang mengambil makanan atau minuman berprotein tinggi dalam jumlah yang tinggi, dengan tujuan untuk membesarkan otot atau meningkatkan berat badan.
Air Kencing Berbuih Yang Tidak Normal
Air kencing berbuih yang tidak normal pula berlaku apabila:
(1) Pengambilan Protein Tinggi Berlebihan
Ini berlaku apabila individu mengambil protein secara berlebihan dari sumber makanan atau minuman berprotein tinggi, suplemen protein, mahupun terlalu banyak makan daging dan produk tenusu. Protein yang diambil dalam jumlah berlebihan menyebabkan buah pinggang tidak mampu menyekat protein yang keluar masuk ke dalam air kencing.
Biasanya, kuantiti dalam air protein adalah minima. Air kencing juga tidak akan lagi berbuih apabila individu tidak lagi ambil protein tinggi secara berlebihan.
(2) Penapis Buah Pinggang Bocor
Bagi individu yang sihat, apabila darah melalui penapis buah pinggangnya, semua bahan toksin dan bahan buangan akan dikeluarkan ke dalam air kencing.
Walaubagaimanapun, bagi individu yang ada penyakit buah pinggang, atau buah pinggang nya tidak berfungsi dengan normal, akan menyebabkan proses penapisan tidak sempurna. Maka, protein dari darah dapat melepasi penapis buah pinggang, dan masuk ke dalam air kencing.
(3) Jangkitan Saluran Kencing
Selain dari masalah buah pinggang yang menyebabkan protein terlepas masuk ke dalam air kencing, air kencing berbuih juga berlaku apabila terdapat jangkitan kuman pada pundi dan saluran kencing. Ini kerana, kuman yang berada di dalam pundi dan saluran kencing akan melepaskan gas yang menyebabkan penghasilan buih.
Di antara tanda kencing kotor ialah air kencing berbuih semasa membuang air kecil, seiring dengan rasa sakit atau pedih melampau. Pemeriksaan air kencing perlu dilakukan untuk mengetahui air kencing berbuih tersebut disebabkan oleh jangkitan kuman atau masalah buah pinggang.
Air Kencing Berbuih Petanda Buah Pinggang Bocor
Air kencing berbuih mungkin petanda awal bahawa buah pinggang bocor, dan mungkin juga tidak.
Untuk kepastian, silalah berjumpa doktor secepat mungkin sekiranya anda mempunyai salah satu dari tanda di atas untuk pemeriksaan dan rawatan lanjut.
Hero Borneo says
memang ada juga perasan kencing berbuih tetapi tak tahu sama ada ia banyak atau tidak..
GenkiMomma says
wahh bahaya tue.. untuk kepastian, better buat medical check up nnt..
Noriza Rahman says
Time suami buat diet atkins memang perasan dia cakap kencing berbuih, tapi alhamdulillah tu kencing dia normal ja..risau juga sebab dia asyik makan protein jer kan
GenkiMomma says
oo ye ke kak? Tenkiu, share… Tue mesti masuk bawah katgori “Air kencing berbuih yang normal” kan, berbuih sementara ambil high-protein aje…
Azeni Ahmad says
Bila start air kencing berbuih memang petanda awal dah tue.
Maslaah pada buah pinggang kan.
Kena cepat-cepat periksa doktor kan.
Kesian buah pinggang berat nak proses setiap masa..
GenkiMomma says
Betul tue, buah pinggang kecil aje, tapi kena buat tugasan yang berat.. Kesian buah pinggang kalau tak dijaga dengan baik..