Amalan Kerohanian Buat Ibu Hamil/ Mengandung.
Berikut merupakan beberapa DOA dan Surah Al-Quran yang elok diamalkan sewaktu mengandung:
DOA.
(1) Doa memohon rahmat – Surah Ali ‘Imran, 3: 8-9.
(2) Doa memohon zuriat yang baik – Surah Ali ‘Imran, 3: 38.
(3) Doa agar anak mengerjakan solat – Surah Ibrahim, 14: 40-41.
SURAH AL-QURAN.
(1) Surah Al-Fatihah – Untuk terang hati & kuat ingatan.
(2) Surah Maryam – Untuk memudahkan ibu bersalin.
(3) Surah Yusuf – Untuk memperoleh anak yang cantik rupa & akhlak.
(4) Surah Luqman – Untuk memperoleh anak yang cerdik akal & jiwa.
(5) Surah Yasin – Untuk ketenangan hati & anak tidak mudah terpengaruh dengan godaan syaitan yang mengajak kepada maksiat.
(6) Surah Toha – Semoga bayi lembut hati.
(7) Surah An-Nahl – Untuk memperoleh anak yang berdisiplin.
(8) Surah At-Taubah – Untuk membersih jiwa & terpelihara daripada maksiat.
(9) Surah Hujurat – Untuk memperbanyakkan susu ibu & anak bersifat hati-hati.
Jangan lupa untuk menjaga amalan yang wajib juga (solat 5 waktu!) dan sebaik-baiknya untuk cuba khatam Al-Quran walau sekali. Banyakkanlah membaca Al-Quran, berzikir dan berdoa memohon keselamatan sepanjang mengandung dan dipermudahkan bersalin. Insya Allah… (^_-)
* DISCLAIMER: These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.
* Pertanyaan?
Hubungi kami di genkimomma[@]gmail.com, atau SMS/WhatsApp ke 017-3030081 (Arnie) untuk maklumat lanjut. Jom Like FaceBook GenkiMomma.com untuk mengetahui TIPS kesihatan terkini!!!