Kali pertama baca tentang meruang dalam 2-3 tahun lepas, perkongsian dari seorang bidan urut bersalin di laman sosial. Jujurnya, memang terkejut baca fakta tentang meruang, sebab seumur hidup tak pernah tahu pun tentang teknik meruang untuk wanita nie.
Meruang ini kononnya teknik pembersihan faraj dan vagina dengan memasukkan jari ke dalam vagina. 1 ruas jari ada, 3 ruas jari pun ada. Kononnya, kalau tak buat begini faraj kita berbau busuk, banyak kotoran tak keluar dengan bersih dan macam-macam ‘ketakutan’ lagi.
Ya Allah, seramnya baca. Namun, saya tak amalkan meruang ini. Tengok teknik meruang yang dikongsikan pun boleh rasa nak meraung. Ngeri sangat gayanya.
Kenapa Doktor Larang Meruang?
Lebih yakin tentang tak perlunya buat amalan meruang ini apabila akhirnya para doktor, terutama doktor pakar sakit puan pun turut bersuara bahawa kaum wanita tak perlu meruang. Meruang lebih banyak bahaya, tiada manfaat pun.
Ini perkongsian dari Doktor Afida Sohana di laman Facebook:
(1) Apa Itu Meruang/ Douche?
MERUANG atau dalam istilah English nya VAGINAL DOUCHING adalah perbuatan mencuci atau bahagian dalam faraj. Bagi meruang, ia menggunakan jari, istilah douching menggunakan air/cecair. Selalunya, air yang digunakan dicampur dengan cuka. ‘Douche’yang dijual di dalam botol selalunya mengandungi antiseptic atau/dan pewangi.
(2) Kenapa Orang Meruang/ Douche?
Katanya untuk menghilangkan bau yang tidak menyenangkan, membasuh darah haid, mengelakkan keputihan, menghalang kehamilan (selepas bersama) dan mengurangkan jangkitan kuman. Bila ditanya, ramai rupanya mengamalkan meruang ini.
(3) Apa Berlaku Apabila Anda Meruang/ Douche?
1. Risiko Jangkitan Kuman
Faraj atau vagina ini adalah organ yang ‘self cleansing’, iaitu mancuci sendiri dengan mengeluarkan lendiran (lendiran atau mucus adalah normal. Jika berbau teruk atau berwarna, sila jumpa doktor).
Di dalam faraj terkandung pelbagai flora bakteria yang hidup seimbang. Bakteria2 ini menjaga pH dalam faraj supaya kekal asid (pH <4.5), yang mana keadaan ini menghalang bakteria atau pathogen lain dari membiak. Jika keseimbangan ini terganggu (ps bila anda meruang/douche, ini AKAN berlaku), maka pH di dalam faraj akan berubah, dan mengizinkan pertumbuhan bakteria atau pathogen lain yang menyebabkan thrush, bacterial vaginosis dan jangkitan kuman lain.
2. Sukar Hamil dan Kandungan di Luar Rahim
Meruang/douche menyebabkan bakteria serta pathogen dalam faraj ditolak lebih dalam melangkaui pangkal rahim, oleh itu meningkatkan risiko untuk ‘Pelvic Inflammatory Disease (PID)’.
PID adalah jangkitan kuman yang menular ke bahagian dalam system pembiakan wanita, dan boleh menyebabkan ‘scarring’ atau kesan parut pada bahagian dalam rahim serta tiub falopia. PID menyebabkan wanita sukar untuk hamil, dan jika hamil – risiko kandungan di luar rahim meningkat (ectopic pregnancy).
3. Bayi Pramatang
Jika meruang/douche sewaktu hamil, perubahan pH dan jangkitan kuman yang dibincang di atas boleh menyebabkan risiko kelahiran bayi pramatang.
4. Kanser pangkal rahim dan kanser ovari
Terdapat beberapa kajian yang menunjukkan wanita yang selalu douche mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mendapat kanser pangkal rahim.
Douche yang dijual pula dikhuatiri mengandungi ‘phtalates’, sejenis bahan kimia yang boleh mengganggu keseimbangan hormon wanita, seterusnya meningkatkan risiko kanser ovari. Risiko kanser ini masih memerlukan kajian yang mendalam, namun beberapa kajian kecil sudah menunjukkan kaitan.
(4) Jadi, Perlukah Meruang/ Douche?
Selepas membaca semua risiko yang saya bincangkan di atas, apa pendapat anda?
Saya terbaca promosi satu produk yang menyatakan meruang dapat mengetatkan dan meningkatkan kemesraan ketika bersama pasangan. Bila meruang atau douche, lendiran fisioloji (yang mencuci dan menjaga lapisan dalam faraj) dikeluarkan. Ini meninggalkan dinding faraj yg kering (tak bagus ya).
Memanglah akan terasa seolah ‘ketat’ dan ‘best’. Tapi ini meninggikan risiko luka dan jangkitan ketika bersama, dan risiko-risiko lain yang disebut di atas. Dan, kalau selalu ‘korek’ (excuse my french), makinlah longgar. Nak ketat, rajin-rajin buat pelvic floor exercise ya!
*Sumber FB Dr. Afida Sohana
Bidan Professional Juga Larang Meruang
Sebelum kenyataan doktor ini, saya dah terlebih dahulu tahu tentang bahaya meruang ini daripada bidan professional, iaitu Bidan Azniza. Suka sangat penerangan beliau, jelas dan penuh fakta.
“Puan faham normal dan tak normal vaginal discharge? Kalau macam ini rupanya, ia menandakan puan tak subur.
Kenapa ia tak keluar? Sebab itu adalah pelembap semulajadi vagina. Vagina kat dalam tue sifatnya lembap, gelap, suam. Kalau dah puan korek pelembap semulajadi dia, kan dah ganggu kesihatan dan keharmonian di dalam. Lama-lama jadi macam orang menopause pulak. Dikorek, pastu di masukkan ubat supaya menyerap bendalir tue. Elok-elok ia mencengkam, lama-lama ia licin sebiji macam orang dah menopause.” -Bidan Azniza
“Ramai betul yang kurang jelas, bendalir semulajadi vagina tidak berbau dan gatal. Strukturnya dipengaruhi oleh hormon wanita. Ia boleh jadi penentu tahap kesuburan, dan perancang kehamilan semulajadi, selain penggunaan kalendar haid. Tidak perlu mengorek. Biasanya ia boleh dikesan dengan mencalit sedikit dari bibir vagina. Kekadang ia keluar dan tergantung seperti mukus/ hingus.
Saya juga ingin ajak para pembaca untuk follow FB beliau untuk lebih banyak info.
Beliau bukan sahaja bidan bertauliah yang mahir urusan perbidanan seperti menyambut kelahiran bayi, penjagaan ibu ketika hamil dan di dalam pantang (urut bersalin), malah berkongsi ilmu melalui pengalaman belasan tahun sebagai bidan professional di hospital dalam dan luar negara.
Beliau ada buat Kelas Kelahiran juga, boleh lah ibu-ibu hamil sertai kelasnya.
Bahaya Meruang, Jangan Meruang
Wanita memang obses tentang cantik, luar dan dalam. Namun, hati-hati apabila mendapat info baru, terutama yang memerlukan kita masukkan sesuatu ke dalam badan, samada melalui mulut atau rongga-rongga lain. Pastikan produk yang ingin di cubapakai mempunyai kajian klinikal, dan disokong oleh fakta sains. Bukan sekadar testimoni cakap-cakap orang sahaja.
Semoga tiada lagi ibu-ibu atau anak dara terutamanya yang buat amalan meruang ini. Allah jadikan sistem tubuh wanita indah sekali. Jangan buat yang tak perlu, ok. Risau meraung nanti.
Arnie
Mak anak ramai, tak pernah meruang.
anuar says
first time tahu tentang meruang ni..
Sebelum ni tak pernah tahu pun..
Terima kasih di atas perkongsian info..
GenkiMomma says
Biasanya meruang nie dilakukan ketika mandikan jenazah…
NORIZA BINTI ABDUL RAHMAN says
Hish macam-macam terma lah orang nak promosi barang ni kan, dah elok-elok sihat jadi penyakit pula bila lakukan meruang
GenkiMomma says
Meraung jadinya…
Nieve says
Bagi Nieve, eloklah dielakkan kerana menggangu “keharmonian” semulajadi setiap wanita kan… Sama seperti pakar/bidan tulis itu 😉 Maklumlah kebanyakannya ada menggunakan “bahan” sampingan namun pengguna jarang teliti kandungan bahan tersebut bukan — so elakkan sahajalah atau jumpa doktor sakit puan..
GenkiMomma says
Dalam bab kewanitaan nie, kena follow cakap pakar sakit puan..
Yana says
alamak.. baca tajuk pun dah seram
GenkiMomma says
Cari penyakit namanya..
Mama Hakim says
Tak pernah dengar pun pasal meruang ni
Dan lepas dah tau memang tak nak baut
Huhu
GenkiMomma says
Haa tak perlu buat…
Mazni Azmi says
Macam macam petua orang lama yang kena di kaji semula
kena dapatkan pengesahan
Bukan semua baik
GenkiMomma says
Bab begini, kena ikut cakap bidan bertauliah…
titan says
tak pernah meruang.
dan memang tak bagi pun bini meruang tak tentu pasal.
GenkiMomma says
toksah buat, risau meraung jadinya…
titan says
tu la.
saya meruang tak apa.
Haha.