Bajet 2018 telahpun selamat dibentangkan oleh Perdana Menteri Malaysia.
Bajet kali ini banyak mengutamakan kekeluargaan. Di antara topik yang hangat diperkatakan di kalangan ibu-ibu ialah pemberian tabungan saham RM200 kepada setiap orang bayi.
Selain itu, jumlah cuti bersalin keseluruhan penjawat awam ditambah dari 300 hari kepada 360 hari (90 hari setahun). Untuk sektor swasta, cuti bersalin mandatori dinaikkan dari 60 ke 90 hari.
Tambahan lagi, penjawat awam wanita yang hamil 5 bulan ke atas dibenarkan pulang kerja awal 1 jam. Jika suaminya juga penjawat awam, maka si suami juga boleh pulang awal 1 jam. Untung!
Amanah Dana Anak Malaysia 2050 ADAM50
Sebelum ini, hanya bayi yang lahir di Selangor sahaja ada Tabung Warisan Anak Selangor (TAWAS). Mulai tahun 2018, bayi seluruh Malaysia akan dapat ADAM50.
Jadi, sebaik sahaja Perdana Menteri umumkan tentang ADAM50, penuh newsfeed FaceBook dengan perancangan rakan-rakan nak menambah ahli keluarga baru mulai tahun 2018.
Setiap anak Malaysia yang dilahirkan bermula 1 Januari 2018 sehingga tahun 2022 dihadiahkan dana tabungan permulaan sebanyak RM200, melalui unit Amanah Saham di PNB (Permodalan Nasional Berhad).
Amanah Dana Anak Malaysia 2050 atau ADAM50.
Alhamdulillah. Mungkin bagi sesetengah individu, RM200 tiada nilainya.
Maklumlah, sekali check up bulanan kehamilan di hospital swasta pun dah lebih RM200. Kos bersalin apatah lagi. Bersalin normal tanpa komplikasi pun cecah RM4,000.
Namun, saya yakin ada banyak golongan yang menghargai pemberian RM200 ini. Apatah lagi pemberian ini diberikan dalam bentuk dana tabungan saham. Demi masa depan si anak juga.
Mulakan Asid Folik Hari Ini Sebagai Persediaan Untuk Hamil
Kami menjangkakan pasti ramai ibu-ibu yang merancang untuk hamil dan menambah bilangan ahli keluarga mulai tahun 2018 nanti. Jangan lupa amalkan suplemen asid folik seawal 3 bulan sebelum merancang ingin hamil, tau.
Asid Folik ialah salah satu vitamin dalam kumpulan B. Ia wujud secara semulajadi sebagai folat dalam kekacang, sayuran hijau, buah-buahan, yis dan daging lembu. Sesetengah makanan seperti roti dan bijirin sarapan turut diperkuat dengan asid folik.
Asid folik menolong melindungi bayi dalam kandungan anda daripada kecacatan dalam sistem sarafnya (kecacatan tiub neural) seperti spina bifida. Spina bifida berlaku apabila pelindung yang melitupi saraf tunjang bayi tidak tertutup dengan sempurna, dan menyebabkan kerosakan saraf kekal.
Walaupun ada banyak perdebatan tentang keperluan asid folik, lebih banyak doktor dan pakar yang bersetuju tentang kepentingan pengambilan asid folik ketika hamil.
Jika anda nak dapatkan suplemen asid folik yang lengkap dengan 8 kumpulan vitamin B, boleh cuba B-Complex Shaklee. Atau, lebih optimum jika terus amalkan Set Kehamilan kami.
Arnie Samsudin
Pencinta Asid Folik dan B-Complex
at-tarmizi says
elok untuk tabungan awal
GenkiMomma says
Untung anak Malaysia…
NORIZA ABDUL RAHMAN says
Dah kerajaan suka hati nak bagi, kami suka rela jer terima, Alhamdulillah
GenkiMomma says
Rezeki jangan di tolak, Alhamdulillah…
mrhanafi dot com says
saya sangat menghargai pemberian RM200 cuma saya tiada peluang untuk dapat kerana isteri dah tutup kilang kerana faktor umur..
GenkiMomma says
Hihihi.. Takpe, nanti boleh grab peruntukan lain2 pula maca pendidikan ke..
Mama Hakim says
Selamat pagi isnin dari Mama
Salam blog walking sis Genki momma
Apa khabar pagi ni
Jemput singgah ya
Ada bajet kita manfaatkan
jangan buat tak tahu je
GenkiMomma says
Grab sahajalah tawaran yang ada, kan..
Ibu Zaid says
Ibu anak 2 orang dah 5 dan 3 tahun
oklah
tak ada nak tambah anak lagi
GenkiMomma says
Alhamdulillah.. 😀
Ibu Zaid says
Ibu tak minat nak masukkan duit dalam skim kerajaan