Semalam kami ke Wisma Putra Putrajaya, untuk mendapatkan pengesahan sijil nikah. Pengesahan ini salah satu syarat wajib untuk mohon visa Umrah buat suami isteri.
Selesai urusan dah hampir pukul 1 petang. Anak-anak dah bising kelaparan.
Jadi, terus google tempat makan sedap di Putrajaya. Zaman sekarang nie senang kan. Ada banyak informasi berguna di hujung jari sahja. Terima kasih bloggers yang rajin berkongsi.
Makan Tengahari di Foodcourt Presint 9 Putrajaya
Dalam banyak-banyak pilihan tempat makan, kami pilih untuk makan tengahari di Foodcourt Presint 9. Ada banyak pilihan makanan, sampai pening nak pilih apa. At last, kami beli nasi ayam 5 set sahaja. RM4.50 sepinggan. Simple dan sedap.
Foofcourt nie open space tau. Boleh rasa dingin angin bertiup sepoi-sepoi bahasa, walaupun tengahari. Sambil makan, ada banyak burung-burung comel terbang di sekeliling kita. Ada juga muzik sebagai halwa telinga.
Lupa pula nak ambil gambar, sebab dah kelaparan. Tau-tau pinggan dah licin. Hehe..
Nak Main Playground
Betul-betul depan Foodcourt Presint 9 Putrajaya nie ada playground. Apalagi, teriak laa si kecil nak main taman. Ayah dah mula cair dengan tangisan si anak.
“Tak boleh!“, tegas ibu yang tiba-tiba bertukar jadi macam mak tiri bawang merah.
Kisahnya, bukan tak mahu bagi anak main di taman. Tapi, jujurnya agak risau dengan kes jangkitan HFMD sekarang. Selagi boleh elak, kami akan elakkan anak kecil main di tempat umum.
Walaupun anak kami tak pernah duduk nursery, tapi anak ketiga pernah dijangkiti HFMD.
Di mana dia dijangkiti HFMD tue kami tak pasti. Cuma kami suspect dua tempat ini, sebab kami baru sahaja balik dari seminar sambil bercuti di Johor Bahru. Jadi, samada masa berenang di swimming pool hotel, ataupun ketika bermain di playground R&R.
Tanda-tanda awal anak terkena jangkitan HFMD
Dua-dua tempat umum ini ialah tempat terakhir Hafiy main di khalayak ramai sebelum disahkan HFMD. Sejak kejadian itu, kami elakkan anak main di tempat crowded. Biar anak menangis sekarang, jangan nanti kita menagis berjemaah dengan anak di rumah pula.
Pengalaman Jaga Anak Dijangkiti HFMD
Pengalaman jaga anak yang dijangkiti HFMD nie, bukan senang tau. Sedih tengok dia menggelisah tak boleh tidur, dan tiada selera makan sebab ada blisters dalam mulut. Lebih mencabar bila nak kena kuarantin kan dia dari adik-beradik yang lain, terutama baby.
Kami tak tahu statistik sebenar kanak-kanak yang dijangkiti HFMD. Namun, dari database pelanggan, dah cukup buat kami lebih berhati-hati tentang kes HFMD ini.
Ini antara mesej dari seorang ibu yang anaknya dijangkiti HFMD:
“Assalamu’alaikum sis. Saya nak beli Nutriferon dan Herbal Blend Cream. Berapa RM ya? Anak saya kena HFMD baru hari ini, naik bintik di tapak tangan dan tapak kaki..”
Hampir setiap minggu mesti ada ibu ayah yang hubungi kami nak beli Nutriferon dan Herbal Cream untuk anak yang dijangkiti HFMD. Sekurang-kurangnya dalam seminggu mesti akan ada 1 customer. Kadang-kadang sampai 2-3 customer cari set HFMD nie.
Kebiasaannya, mesti customer mahukan set HFMD nie secepat mungkin. Tengah malam pun sanggup datang self-collect. Dari jauh pun, sanggup drive datang ke Setia Alam. Semuanya demi anak tercinta. Siapa tak sayang anak, kan?
Ibu ayah, hati-hati lah bila bawa anak bermain di luar. Elakkan pergi ke kawasan tumpuan ramai, terutama kawasan yang tidak berapa bersih. Pastikan anak kita sentiasa hygiene.
Pengalaman jaga anak HFMD, penyakit tangan kaki dan mulut
Semoga usaha kecil ini, dapat kurangkan risiko anak kita dari terkena penyakit berjangkit.
Nak set suplemen untuk HFMD? WhatsApp 017-3030081.
Follow FB Arnie Samsudin untuk update terkini, dan mesej secara langsung.
Anuar says
HFMD antara penyakit paling ditakuti…
Hari tu anak saya pun suspek HFMD…
Tapi mujur pula lepas tu tumbuh biji-biji dekat satu badan… Pelentong… Lega rasa hati..
GenkiMomma says
Memang kesian tengok anak-anak yang dijangkiti HFMD, kalau boleh elak, kita elak..
Noriza Rahman says
Kalau dah sekali kena memang fobia kan, berjemaah menangis dengan anak dirumah. Nak kemana-mana pun tak boleh
GenkiMomma says
Fobia sebab tahu kat situ antara tempat paling senang virus HFMD merebak..
Oja Samid says
Ramai juga parents yang relax bawa anak chicken pox keluar jalan2, sebab nampak “macam dah OK”. tak fikir (tak tahu?) yang anaknya boleh menjangkitkan kat orang-orang lain. 🙁
GenkiMomma says
Mereka memang ‘simply ignorance’ rasanya.. Bukan tak tahu virus chicken pox memang senang merebak… *sigh*
Hairul HIssam says
zaman skrg nie mcm2 penyakit muncul.. ibu bapa kena lebih peka dan berhati2..
GenkiMomma says
Ya betul, kena usaha jadi ibu bapa yang well-informed..