Anak sulung kami menghidap penyakit resdung sejak kecil. Mulanya tak perasan juga, ingatkan dia kerap kena selesama dan lambat baik. Maklumlah masa tue kami hantar ke babysitter.
Sehinggalah satu ketika, kami perasan yang hingusnya tak kurang-kurang. Dahi tak panas, tak demam, dan bukan selesema. Aktif macam biasa. Cumanya, setiap pagi mesti bersin dengan hingus yang agak banyak. Setiap kali bersin, mesti selambak hingus keluar. Sah resdung!
Resdung ini ialah jangkitan bakteria atau virus ke atas hidung, dan rongga di sekelilingnya yang dipanggil sinus. Sinus berfungsi untuk meringankan tengorak, dan memainkan peranan dalam dengungan suara. Jangkitan pada sinus, dipanggil sinusitis.
Inilah beza sinus dan sinusitis (resdung). Ramai salah faham, mereka ingat sinus itu resdung.
Nutrisi Penting Untuk Resdung Kanak-Kanak
Sejak dari itu, kami memang pentingkan pengambilan multivitamin, vitamin C dan minyak ikan untuknya. Pilihan kami semestinya lah suplemen Shaklee.
Jadi, kami berikan Meal Shakes, chewable Vitamin C dan OmegaGuard. Bila dia dah sekolah rendah, kami tukarkan chewable vitamin C itu, kepada Sustained Release Vitamin C 500mg.
Selain daripada penjagaan nutrisi, kami elakkan dia dari terdedah kepada habuk, atau apa-apa elemen yang boleh trigger dia untuk bersin. Seperkara lagi, paling penting kami elakkan dia dari suasana sejuk. Tak mahu dada atau badannya sejuk. Sebab itu, saya pastikan dia tak miss ambil OmegaGuard setiap hari, untuk panaskan badan dan juga anti-radang.
Namun, biasalah budak-budak. Minum air sejuk pun nak tambah ais. Tidur malam, selimut entah ke mana. Waktu tidur mesti nak penghawa dingin. Atau, dia buka kipas dan menghala terus padanya.
Anak Sakit Resdung, Mengadu Sesak Nafas
Kelmarin, dia mengadu sakit dada. Susah nak bernafas. Mulanya, kami nasihatkan agar dia banyak berehat, minum air suam banyak-banyak, tak boleh minum air sejuk berais lagi. Selain dari itu, tingkatkan pengambilan minyak ikan OmegaGuard, dan tambah Nutriferon untuk immune booster.
Biasanya, lepas berehat seharian, dia akan ok.
Tapi, kali nie lain macam simptom nya. Nafasnya berbunyi, ala wheezing. Waktu dia tidur, saya nampak perut dia berombak-ombak kembang kempis, sambil mulut sedikit ternganga. Nampak macam susah sangat nak bernafas, dan sah memang bernafas ikut mulut.
Kami risau kalau-kalau dia terkena asthma. Sebab, memang ada sejarah keturunan asthma dari belah ayahnya. Tak boleh jadi, lepas Maghrib terus kami bawa dia ke klinik berhampiran.
Sinus Belah Kanan Bengkak Besar
Setelah kami terangkan simptom nya, mula-mula doktor check dada, depan dan belakang. Kata doktor, nafas dia berbunyi mungkin sebab asthma, atau mungkin juga sebab hidungnya tersumbat. Dia confirm tak demam, dan tiada selsema.
Kemudian, doktor check hidungnya pula, dengan alat ala teropong. Tak tahu apa namanya. Di sinilah buat kami terkejut. Doktor kata sinus (tisu belakang hidung) bahagian kanannya bengkak besar. Anak kami pun mengaku, hidung kanan lebih susah nak nafas. Ya Allah, terkejut sangat!
Jadi, doktor terus bagi rawatan nebulizer. Tujuannya nak clear off apa juga lendir, dan mukus yang ada di saluran hidungnya. Sebenarnya, dah lama anak kami tak kena neb nie. Kali terakhir kena, masa umur dia kurang 2 tahun. Sekarang dah 11 tahun.
- Rawatan nebulizer.
- Bromhexine HCI 8mg (ubat kahak).
- Montelukast 5mg (ubat batuk/ asthma).
- Pil putih tanpa nama (ubat asthma).
- Nasal drop 0.025% (ubat titis hidung).
Tambahan, ada beberapa ubat untuk legakan sesak nafas pada hidung, dan elakkan simptom asthma terjadi (rujuk di atas). Namun, kalau kejadian sesak nafas berlaku lagi, kami perlu bawa dia ke hospital untuk jalani pemeriksaan, samada betul-betul ada penyakit asthma atau tidak.
Rawatan Resdung Tanpa Ubat
Kata doktor lagi, ubat ini hanya solusi sementara. Tak boleh nak bergantung selamanya pada ubat. Lebih baik dapatkan nutrisi yang cukup, dan elakkan faktor-faktor yang boleh trigger resdung.
Jadi, kami teruskan beri Set Nutrisi Resdung Kanak-kanak kepadanya.
- Meal Shakes: Multivitamin & Multimineral lengkap dengan serat. (RM120)
- OmegaGuard: Minyak ikan kaya sumber Omega-3, EPA & DHA. Anti-radang. (RM136.25)
- Sustained Release Vitamin C: Sumber 500mg Vitamin C. Immune Booster. (RM97.50)
Selain itu kena elakkan faktor yang boleh mengeruhkan lagi keadaan resdungnya.
Macam Hakim nie, doktor kata mungkin cold induce penyebab sinus bengkak sampai susah bernafas. Sebabnya, sekarang ini musim hujan, dia tidur dalam air-cond, dan kadangkala buka kipas hala terus kepadanya. Dalam masa yang sama, tidur tak pakai selimut, tak mahu pakai stokin juga, dan suka sangat minum air sejuk berais. Kenalah pantang minum ais lama sikit.
Penjagaan Resdung Kanak-Kanak
Lepas dengar penerangan doktor, dia kini tidur malam pakai stokin, dan dah mula berselimut. Nak minum air pun cari air kosong atau suam sahaja. Disiplin makan ubat, dan set suplemen resdung. Mungkin dia rasa betul-betul sakit masa sesak dada tue, sampai jadi seriau takut berulang kembali.
Oh anak, jikalau dikau tahu betapa risaunya ayah ibu dengan kesihatanmu. Terima kasih juga, kerana ibu tambah lagi satu ilmu kesihatan yang baru (tentang resdung) hari ini. Alhamdulillah.
Ibu ayah, jika anak anda juga ada resdung, monitor selalu keadaannya. Resdung mungkin nampak mcam penyakit biasa, tapi boleh menyebabkan jangkitan telinga dan sakit tonsil, terutamanya kanak-kanak. Malah, komplikasi resdung boleh menyebabkan jangkitan otak (meningitis) juga.
Segeralah bawa jumpa doktor jika anak kecil anda juga menghidap resdung.
Arnie Samsudin
Hidup biar beri manfaat.
Nur Razali says
Nak kene pantau kalau anak2 ada tanda resdung ni. Sebagai langkah pencegahan kan. Disebabkan ada masalah resdung nak belajar pun boleh ganggu fokus jugak tue.
GenkiMomma says
Betul, kesian anak2 tak boleh nak fokus belajar kerana resdung…
Mama Hakim says
Mama perasan anak anak selalu bersin awal pagi
.
Dulu ingatkan resdung ni orang dewasa saja
.
Rupa rupanya kanak kanak pun boleh ada resdung
GenkiMomma says
Kanak2 pun berisiko kena resdung..
Farha says
owh budak kecik pun boleh kena resdung ye? isk bahaya gak kan..memang kena pantau sentiasa.
GenkiMomma says
Especially yg ada family history tue, kena hati2..
Yana says
Dengar resdung je pun dah seram.., teringat-ingat bila serangan tu datang memang rasa sakit abis muka!
GenkiMomma says
Bila dah faham konsep resdung nie, rasa kasihannn sgt pada anak..
Wan norasiah says
Bahaya resdung ni
GenkiMomma says
Sangat..
Noriza Abdul Rahman says
Kalau ada sejarah keluarga ni memang kita agak risau kan? Kami pun sama ada sejarah asma, so kalau anak mengadu sesak nafas tu memang terus ke klinik, zassss
GenkiMomma says
Kalau ada family history tue, mmg kena jaga2..
Oja Samid says
Entah-entah anak sulung kami pun ada resdung agaknya. Pagi-pagi memang akan bersin-bersin. Maklumlah, dia memang ada asthma masa kecil. So kena berjaga-jaga jugalah nie.
Mama Hakim says
Sama macam anak mama yang sulung. Selalu sangat bersin awal pagi
.
Buah dan sayur makan
.
Hairan boleh ada resdung ya?
.
Susu pun dah minum
GenkiMomma says
Faktor luaran pun boleh trigger resdung..
GenkiMomma says
Resung nie biasanya bersin pakej dengan hingus selambak.. cer monitor anak..
Ibu Imad says
Baru tau nutrisi resdung untuk kanak2 pun ada huhu. Moga sentiasa diberi kesihatan yang baik kak dan keluarga 😉
GenkiMomma says
Alahan ada macam2 jenis, nutrisi harian yang cukup sgt membantu, Insya Allah..
Ibu zaid says
Ibu rasa pemakanan memainkan peranan kan
.
Selain tu kebersihan
.
Kalau banyak habuk resdung memang menjadi jadi
GenkiMomma says
Betul juga..
azimah mohd zainuddin says
Kena berjaga–jaga jugaklah dengan anak di rumah ini memang kuat juga bersin dan selesemanya. Especially waktu pagi.
GenkiMomma says
Kalau berterusan bersin setiap pagi tue, kemungkinan besar resdung..
titan says
syukurlah takde masalah resdung selama nih.
syukur juga anak takde masalah ni.
lagi syukur bini pun takde masalah nih.
GenkiMomma says
Alhamdulillah…